Showing posts with label Merepek Macam Kerepek. Show all posts
Showing posts with label Merepek Macam Kerepek. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

Muka Pandai

Amaran
Ini post mengarut dan membuang masa pembaca dan pencerita. Sila berhenti dari membaca kalau anda tak ada banyak masa untuk dipoya-poyakan. 

Allah ciptakan manusia dengan pelbagai bentuk, rupa dan warna kulit. Walaupun secara amnya kebanyakan orang ada dua kaki, dua tangan, dua mata, dua lubang hidung, dua telinga dan satu mulut, tapi hasil akhirnya rupa seorang dari seorang yang lain adalah berbeza. Untuk lagi berbeza, kulit manusia juga lain-lain, ada putih melepak, kuning langsat macam buah langsat, hitam manis si tampuk manggis, sawo matang macam buah sawo, juga gelap gelita tapi hati baik (hehe...). Selain itu, rambut manusia juga lain-lain ada kerinting macam Pua Chu Kang, lurus licin macam iklan Rejoice guna jari pun boleh, dan ikal mayang macam rambut saya yang cantik (perasantan!).. Di sebalik wajah yang berbeza-beza ini, disebabkan pengaruh iklan atau mungkin cakap-cakap orang, atau mungkin pemerhatian sendiri, manusia suka membuat kesimpulan pada karakter orang lain hanya berdasarkan rupa yang dilihat (first impression) tanpa terlebih dahulu mengenali individu tersebut. Ada manusia nampak orang pakai spek tu macam pandai, orang mata kuyu suka tidurdan orang ada misai macam miang (bukan saya kata ye, saya sampaikan je...). 

pinjam image encik google

Zaman saya sekolah rendah dulu, sekolah kami takde beza pandai tak pandai ikut kelas macam sekolah zaman sekarang. Bila saya masuk Tahun 5, tiba-tiba sekolah dah jadi bijak kononnya, lalu mengklasifikasikan pelajar mengikut kepandaian atas kertas. Bila sekolah buat sistem macam ni baru saya tiba-tiba tahu yang saya takdelah tak pandai sangat sebab tanpa sogok duit bawah meja pada cikgu saya dapat masuk kelas nombor dua. Waktu periksa pertengahan tahun, saya dapat nombor 3 daripada 40++ pelajar (nombor 3 je pun...). Tiba-tiba satu hari ada seorang kawan perempuan yang tak rapat mana dengan saya tiba-tiba datang dekat dan beritahu:
"mula-mula masuk kelas ni dulu aku ingat ko bodoh, macamana la boleh masuk kelas pandai, rupa-rupanya sekarang baru aku tau ko pandai"
See, see, apa kataku tadi? Manusia suka menilai orang lain berdasarkan rupa kan? dan sah-sah seperti kata kawan tu tadi, muka saya muka tak pandai... (sampai ati... haha)

Waktu saya sekolah menengah, saya agak aktif dengan kokurikulum dan masuk segala macam persatuan  dan kelab (sebab tu SPM saya hancur sebab sibuk berpersatuan macam datin-datin). Saya juga adalah setiausaha Badan Pengawas sekolah dan selalu menjadi fasilitator untuk program motivasi  di sekolah. Satu hari sewaktu menjadi fasilitator untuk program motivasi pengawas (bukan mawas ye..), saya meminta para peserta untuk memberi penilaian kepada kami the so called facilitator. Sewaktu membaca komen-komen yang ditulis ahli kumpulan saya untuk saya (apa da ayat belit-belit), saya mendapat beberapa komen berbunyi seperti ini:
"fasi periang, cantik dan baik"
Hahaha..... yang ini bukan first impression. Manusia boleh bertukar pandangan selepas mengenali seseorang. Individu yang muka tak pandai macam saya pun boleh kelihatan cantik kalau dia periang dan baik... kiki...



Apabila tamat sekolah menengah, saya melanjutkan pengajian ke peringkat diploma (SPM hancur, sebab tu tak dapat matriks.. haha). Disebabkan saya konon-konon dah insaf dengan kemalasan zaman sekolah menengah, saya belajar rajin-rajin dan selalu mendapat Dean's List. Satu hari waktu mengadap cermin pakai tudung nak pergi pasar malam Alor Gajah yang roti John dia sangat sedap, seorang kawan yang sedang duduk di kerusi memerhatikan saya, berkata begini pada kawan-kawan lain:
"Aku kan first jumpa Siti dah boleh agak dia pandai. Gaya dia memang macam budak pandai" 
Kahkahkah... yang ni dah tak dapat nak gelak sopan santun sebab sungguh tak logik. Setelah berkawan dan mengenali seseorang, manusia mudah dikaburi dengan perwatakan orang tersebut sehingga dia mungkin melupakan first impression-nya lalu mengatakan pandangannya hari ini pada orang tersebut memang telah wujud sejak azali.

Kesimpulannya, saya lapar tapi malas nak pergi beli makanan. Manusia yang lapar memang suka menulis mengarut-ngarut. Jadi sila abaikan saya. ;-)

mi jawa Sarawak yang nampak sedap sebab kebulur.

Tuesday, August 28, 2012

Macam - Macam

Nampaknya waktu paling tidak produktif dalam proses membaca saya adalah pada pukul 2.00 ke 3.00 petang. Waktu-waktu macam ni, mata macam digam untuk tertidur. Huhu....

Raya
Selamat Hari Raya!!!
Raya dah sepuluh hari berlalu pun. Dalam tempoh tu dah ada yang buat kenduri kahwin, kenduri aqiqah, kenduri doa selamat, dan yang utamanya jemputan open house mula menderu-deru. Raya tahun ni rumah sangat penuh dengan tetamu. Tetamu-tetamu yang tak pernah datang pun muncul. Maka saya macam biasa menjadi bibik sepenuh masa yang mencuci gelas dan men'top up' kuih raya. Haha...

Bercakap pasal raya, di sebalik kemeriahannya, ada sesuatu yang buat saya agak kurang senang hati. Bila berjumpa dengan mereka-mereka yang bukan mahram, sepupu, ayah kawan-kawan, tiba-tiba hulur tangan nak bersalam... alahai.... terseksanya jiwa raga. Kalaulah..... Kalaulah semua orang faham tentang halal haram kan?

Birthday Mak
Hari Ahad lepas birthday mak. 26 Ogos. Mak, walaupun kakak tau takkan mungkinlah mak baca blog kan, tapi kakak nak ucapkan juga Selamat Hari Lahir Mak!!! Mak lah cinta pertama kakak yang takkan mungkin ada pengganti yang lain di dunia ini. Semoga mak panjang umur, dan bahagia sentiasa, di dunia dan akhirat. Semoga nantinya kita dapat berkumpul bersama di syurga Allah. [kakak janji nak jadi anak yang baik dan hamba Allah yang baik supaya nanti kita dapat jumpa lagi di syurga ye mak] Tetiba terasa macam nak nangis lak. Huhu...

Kena Cakar Langsuir?
Adik saya, orang sibuk beraya, dia gigih berjalan cuti-cuti Malaysia di Melaka. 
Tiba-tiba balik dengan muka takde perasaan dia bercerita.
"Kau tau, aku tidur kat hotel masa kat Melaka tu, aku bergaduh dengan hantu"
"Cerita tipu ke betul ni?" komen saya yang selalu terkena dengan adik yang
 memang suka mengenakan orang itu.
"Nampak tak badan aku calar-calar? Kena cakar dengan langsuir"
"Macam mimpi ke?"
"Aah, tapi betul-betul kena cakar."
"Abis tu kau takut ke tak ni?"
"Biasa je.."
Hish, budak kalau memang takde perasaan memang macam tu.
Dah bergaduh dengan langsuir pun selamba je. 
Tapi lepas tu kena bebel dengan mak tidur tak baca ayat kursi. Haha...


Ok, dah hilang ngantuk. Nak sambung membaca. ;-)



Sunday, April 29, 2012

Orang Kuning vs PBAKL 2012

erk, Digi marah tak bila warna tema dia dikaitkan dengan 'kontroversi?'.

Macam biasa bila Pesta Buku menjelma saya akan jadi antara orang yang excited nak pergi mengunjungi PWTC. Apa jadi pun nak pergi juga. Jadi walaupun tau Orang-Orang Kuning nak berhimpun semalam, saya tak peduli juga. Aish, malas lah nak cakap, let the photos talk.

Pagi, dalam pukul 8.00 lebih: Encik-encik Polis masih bergembira sebab orang Kuning belum datang.
Lokasi: Stesyen LRT Masjid Jamek.

Budak kebuluran yang makan 8 keping sandwich dan 3 cawan air dengan harga RM32. Erk, nak pengsan kejap. Pukul 9.10 am: Booth pesta buku belum mula lagi waktu ni.

Paksaan bergambar. 


Budak-budak tak sabar. Eh, ke kakak dia yang tak sabar sebenarnya?

Orang Malaysia tak suka membaca? Setiap kali Pesta Buku nampak kepala orang je, buku pun tak nampak dah. Hari Sabtu lepas tak sepadat selalu mungkin sebab masing-masing nak elakkan Orang Kuning. Ataupun mungkin juga sebab waktu ni awal lagi, baru dalam pukul 10 lebih.

Baru satu level poket kami dah 'kering'. Hampir pukul 12.00  kami keluar dari PWTC sebab saya ada kelas ganti pukul 2.00 petang.

Sampai di area Dataran Merdeka Orang Kuning dah merata-rata.

Sembang apa tu Pak Cik? 
Pagi tadi saya nampak orang-orang yang macam Pak Cik dalam LRT, tapi tak pakai baju kuning.

Orang Kuning dan tak Kuning lepak tepi jalan.

hoho... Masjid Jamek dalam pukul 12 tengahari. Kami menyibuk ambil gambar dari atas.


Ok, Orang Kuning sangat ramai rupanya. 
Orang Hijau pun ada juga tengah jerit "Bersih! Bersih! Reformasi!"

Ups, takde dah Orang Kuning. Tak kuasa pulak saya nak duduk situ lama-lama ambil gambar. Ini hasil buku-buku yang dibeli cuma dari satu level Pesta Buku. Seriously, tolong jauhkan saya dari Pesta Buku, Kedai Buku dan yang seumpamanya kalau saya takde duit. Sangat merbahaya! Dan yang lebih dahsyat, budak 3 orang itu nampaknya dah terkena jangkitan juga. Huhu...


Nota Kaki: Secara peribadi, saya ini cuma memerhati dari jauh atau dekat, melihat mereka sama ada pembangkang atau kerajaan beraksi, membuat penilaian, dan memberikan jawapan hanya pada hari pilihanraya as I don't think bringing problems to the streets could resolve anything.

Yang Benar,
Saya yang cintakan keamanan. ;-)

Saturday, November 5, 2011

Kepantangan Saya

Saya mungkin dah tua.
Sebab tu saya ada beberapa pantang yang budak-budak muda takkan faham.
Benda macam tu pun jadi isu ke?
Ya, memang jadi isu. Noktah.
Saya pantang bila budak-budak sekarang rosakkan bahasa.
Cukuplah kerosakan yang dah ada.
Semua singkatan-singkatan ejaan yang saya pun buat juga tu.
Terutamanya dalam sms, (short message system kan?) dah tentu-tentu singkat.
Yang itu saya masih nampak biasa lagi.
Tapi tahap ejaan ya jadi yeww, kan jadi an, tak jadi ta, sori jadi sowey, nak jadi na, Ya ALLAH, tau tak boleh jadi pening orang membacanya?
Tolonglah adik-adik, janganlah rosakkan bahasa sampai tahap macam tu sekali.
Elok-elok cikgu ajar masa tadika A bunyi dia 'a' kan?
Yang pandai-pandai tambah ew ew ww banyak-banyak tu kenapa?
Lagi satu bila perkataan 'lah' jadi 'r'...
Entah kenapa saya rasa sangat kasar.
(Hahaha, macamlah diri sendiri tu lembut sangat..)
Saya mengaku saya pun bukanlah menulis menggunakan bahasa Melayu yang betul sangat dalam blog ni.
Tapi apa-apa pun saya sayangkan bahasa saya, dan tak sampai hati nak rosakkan dia sampai tahap yang berlaku sekarang.
Anak makcik saya kata 'itu bahasa Mat dan Minah Rempit'.
Jadi maknanya bolehkah saya buat kesimpulan bahawa mereka yang suka menambah 'w' di belakang perkataan itu adalah golongan rempit?
Tepuk dahi, tanya diri sendiri... Ewww... haha... ;-)


Tuesday, August 30, 2011

Yeayyy!!! Saya Bukan Anak Angkat!!!

Saya terpaksa mengaku yang saya mempunyai beberapa kebodohan yang agak memalukan. Antaranya, saya baru sahaja mengetahui jenis darah saya, pada usia yang hampir mencecah 28 tahun. Balik dari klinik, dengan bersemangat wajanya kerana baru mengetahui jenis darah, saya pun bertanya kepada adik saya:

Saya : Lim, darah ko jenis apa?
Adik : O. 
Saya : Hu? Kenapa kakak A?
Adik : Sapa cakap?
Saya : Doktor la cakap. Kakak baru check blood type tadi.
Adik : Bodoh gila doktor tu. Kenapa tak sama dengan aku? Darah daddy O juga tau. Abis la, ko mesti
          anak angkat.
Saya : Mak?
Adik : Apa pulak, ikut jenis darah bapak la, suka-suka hati ko je nak ikut mak.
Saya : Kenapa kakak lain? 
Adik : Malas aku nak ulang, terima je la kenyataan ko anak angkat.
Saya : Peliknya. 
Adik : Tu la, dulu mak ambil ko dari Muthusamy jadikan anak angkat.
          Terima je la kenyataan kak.
Saya : Ko jahat. Tipu lah.
Adik : Kalau betul ko anak angkat macamana?
Saya : Sedih lah. Belum betul pun da nak nangis ni. Tapi daddy cakap darah Wak Salam (pakcik saya) pun
          A juga. Maknanya adik beradik tak semestinya sama.
Adik : Kalau macam tu maknanya ko anak Wak Salam.
          Nanti raya aku anta ko balik rumah bapak ko.
Saya : Kejam. Huhu...

Agak musykil, walaupun saya sangat yakin saya adalah anak kandung ibu bapa saya, tapi saya masuk ke dalam bilik air dan menangis selepas perbualan tersebut. Tiba-tiba teringat cerita Autumn in My Heart, tiba-tiba terfikir kalau betul saya anak angkat, macamana, saya sayangkan mak, daddy dengan Halim, saya tak nak ada keluarga lain. Sambil terasa nak gelakkan diri sendiri, saya menangis beria dalam bilik air. Macam tu rupanya perasaan seseorang apabila tiba-tiba mengetahui yang dia adalah anak angkat.

Kerana tidak puas hati dengan confident level Halim yang terlampau tinggi, saya pun meng'google' la maklumat mengenai jenis darah, dan menemui website ini. Jenis darah manusia terbahagi kepada 4 jenis iaitu A, B, AB dan O bergantung kepada antigen yang mereka miliki. Antigen A dan B adalah dominan. Ini bermakna jika seorang individu mempunyai antigen B dan O, antigen B akan lebih bersifat dominan terhadap O dan darah individu tersebut akan react sebagai darah jenis B.

Seorang anak boleh berkemungkinan untuk mempunyai jenis darah yang berlainan daripada ibu bapanya. Sebagai contoh, jika kedua ibu bapa mempunyai jenis darah yang sama iaitu B dan mempunyai antigen BO, anak mereka berkemungkinan berdarah BB (antigen B diwarisi daripada kedua ibu bapa), BO (antigen B daripada ibu dan O daripada ayah atau vice verca), atau OO (antigen O daripada kedua ibu bapa). Ini bunyinya macam agak simple. For more complicated version, boleh rujuk sini.

Maka saya dengan ini membuat kesimpulan bahawa, yeayy!!! Saya sangat yakin yang saya bukan anak angkat. Budak nakal tu, siap dia nanti!! ;-)

Rujukan:

Moral of The Story: 
Akibat ambil Sains Teknikal masa SPM dulu, percuma saya kena tipu bulat-bulat dengan Halim. Kalau dulu-dulu saya ambil Sains atau Biologi mesti saya lagi bijaksana bila kena buli bab-bab macam ni. Huhu.
Lain kali banyak-banyak la membaca perkara yang bukan bidang kita ye. ;-)

p/s: Sila abaikan allignment and balancing yang tonggang terbalik dalam dialog tu. Penat dah betulkan tak berjaya. :(

Sunday, June 5, 2011

Saya Ter-Over Value Diri Sendiri

All this while I am a true supporter of the government initiative to increase the number of public transport users in Klang Valley from 16% currently to 25% by the end of 2012.

I can't remember whether this figure is true or not, but I read an article before that mention, in developed countries 80% of the citizens use public transport, while in Malaysia,this is clearly the other way around.

In developing country like Malaysia, public transport is seen as a low class vehicles, mainly for the poor. This perception was even mentioned in a newspaper article, but in a way that looks like nothing is wrong with this kind of thinking. On the other hand, I remember also reading an article saying that, a difference between a developed nation and a developing nation can be seen from the people perceptions about vehicle. In developed nation, either you drive a luxury car, or a low end car, or using a public transport, nobody will care, because they are just a means of transportation for you to reach your destination. But in a developing country like us, this issue seems like a great big deal.

ok, saya da lari tajuk. da la poyos speaking berabuk sebab baru amik IELTS pagi tadi. apa ko nak citer sebenarnya ct?

Citer dia pendek je sebenarnya. Tengahari tadi balik dari test IELTS, saya naik la bas dari Klang ke Meru. Memang saya biasa naik bas ke mana-mana, tapi kalau dari Klang ke Meru ni lemah betul jadinya. Almaklumlah, penduduk-penduduk pribumi Meru yang lain pun rasanya memang mengelak naik bas bila hujung minggu. Apa taknya, dalam bas penuh dengan segala bangsa di dunia. Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal, India (ini India dari India ok), Vietnam dan sebagainya. Perasaan ala-ala ngeri dan muka ala-ala garang memang terpamer sepanjang perjalanan bila terpaksa berhimpit-himpit dengan mereka-mereka ini.

utusan.com.my

Tak tau la mungkin sebab warga asing kat Meru ni da lagi banyak dari penduduk asal ke atau sebab rupa saya ni memang ada ciri-ciri international ke apa, tapi ini kali kedua saya dapat soalan dari TKI dan segala TK yang lain ni. Kes pertama dulu, ada sorang mamat Indonesia ni berdiri kat tangga bas dok gigih pandang saya. Bila tempat sebelah saya kosong, cepat-cepat dia duduk dan tanya 'kamu Indonesia ya?'... hish, bukanlah, tau la atuk saya Jawa. Tapi kes tadi lagi tak bole blah. Mamat Bangla tu dok pandang-pandang, lepas tu lama-lama da tak leh nak kawal curiosity agaknya, dia pun tanya 'awak Bangla?'.... cis, kot la ingatkan tengok-tengok tu nak cakap 'you look like Beyonce'.Rupanya nak kata saya datang dari negara dia jugak. Huh, hampeh.com...

Pendatang-pendatang asing di Meru, tolong lah, kat Meru ni ramai lagi tau rakyat tempatan. Jangan la dok ingat yang naik bas tu semua warga anda-anda semua... :-(

Saturday, May 14, 2011

Countdown to IELTS

I am looking to register for IELTS exam tomorrow, and is thinking to sit for the exam either by end of this month or early next month. Therefore, from today onwards, as part of my preparation, mcm poyo je bunyinye, I'll be posting only English entry into this blog. And as a practice to make my ears familiar with the English slang, I've changed my mixpod.com playlist into English song only and included nursery rhymes into it also. tapi ada 1,2 lagu Korea tersesat, xtahan godaan la.

I have started doing some of the listening exercises yesterday, and feel a bit irritated with the slang that they are using. May be because I'm too familiar with Malaysian English, I feel like the persons speaking in the record are trying to exaggerate the sound. Hopefully in these few weeks, I would be able to erase that bad feeling also.

I've been writing without doubt in Malay before this, and would be able to finish an entry in just a few minutes, but this 'first time using English in a blog' syndrom looks like going to make me stuck in front of the PC for sooo many minutes. 

So, ct, please start using back your English frequently starting from today, or else, don't dream to get at least Band 6.5 in your IELTS exam.


ads//: mission not impossible ~ write English, speak English, listen only English news and song & read only English book.... haha, bunyinye macam angan2 yang takkan jadi kenyataan. kalau da lidah Melayu, otak Melayu, tangan Melayu, telinga Melayu tu mengaku je lah..



Saturday, March 26, 2011

countdown

ada tak orang buat countdown untuk pegi Pesta Buku?
 Saya sedang tak sabar nak tunggu hujung bulan 4 untuk menyerbu PWTC di pagi hari nak memborong buku-buku sesuka hati saya dengan perasaan riang dan gembira. 
oh, tolong la, takde acara tahunan lain ke yang lagi menarik untuk ditunggu-tunggu selain Pesta Buku?
 hep, jangan berani-berani tanya soalan itu, kerana anda sedang mempersoalkan hobi seumur hidup saya dengan mengutarakan ayat-ayat sebegitu.. ;-)

22 April - 1 Mei 2011

Tuesday, March 15, 2011

This Blog is Undergoing a Major Renovation

Action Kamen, BERTUKAR!!!!

Tetiba mendapat semangat baru untuk menjelitakan blog ni. Terima kasih kepada cikgu sebelah katil saya yang telah bersengkang mata memberikan tunjuk ajar kepada saya yang agak rabun IT ini.. rabun je, tak buta, sbb pandai sikit ;-)

Title yang sadis tu pun da bertukar. Bunyi positif sikit. Alang-alang Menyeluk Pekasam, jangan jadi kurang asam.. ;-) Saja nak menyuntik semangat baru kepada diri sendiri supaya jd rajin dan hebat lepas ni. Tinggal-tinggalkanlah hidup sadis yang sudah-sudah tu ye.. :-)

Wednesday, February 16, 2011

title yang sadis

Sadis yang amat title blog ni kelihatannya. Tapi itulah hakikat. Kita tak pernah dijanjikan hidup yang sentiasa indah, tapi kita perlu rajin-rajin mengingatkan diri sendiri yang hidup ni berbaloi. Cabaran dan dugaan yang dihadapi dalam kehidupan itulah yang mengindahkan kehidupan.

Teringat satu quote yang saya suka sangat-sangat dulu, yang lebih kurang macam kat bawah ni bunyinya:

'Look to this day! For it is life, the very life of life. For yesterday is but a dream. And tomorrow is only a vision. But today well lived makes every yesterday a dream of happiness, and tomorrow a vision of hope. Look well,  therefore to this day!'

Tak tau la sebenarnya umat mana yang muncul dengan quote ni, tp dulu saya dok tampal-tampal la quote ni kat buku teks, setiap kali malas blaja, baca la benda ni, kot2 timbul semangat untuk merajinkan diri membaca buku.

Maka kerana itu, marilah kita sama-sama menjadikan hidup kita indah. Walau apa pun yang perlu kita hadapi dalam perjalanan menempuhnya. Live life to the fullest!! (mcm tak berapa nak sesuai bila ayat ni keluar dari orang yang suka terperap dalam rumah mcm sy.. ;-> )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...