Friday, July 24, 2015

Kerepek Ketam

Disebabkan pengaruh Eyma yang hebat lagi dahsyat, saya pun bersungguh buat kerepek ketam baru-baru ni. Kalau google ada sangat banyak resepi kerepek ketam ni, boleh cuba yang mana suka. Tapi yang ni resepi kami, yang sekejap je hilang dari penglihatan bila hidang pada budak-budak.

sebelum digoreng

dah siap

Bahan-bahan:
1. Jejari ketam jenama tak ingat tapi sebahagian bungkusan warna hitam. Memang berkualiti, tak lembik, tak berair, elok-elok je.
2. Satu sudu Maggi Cukup Rasa (tak letak pun takpe kot sebab lama-lama jadi masin plak)
3. Dua sudu lada hitam
4. Dua sudu rempah kari
5. Daun kari suka hati nak letak banyak mana

Cara-cara:
1. Potong jejari ketam kecil-kecil.
2. Gaulkan bersama Maggi Cukup Rasa, lada hitam, rempah kari dan daun kari
3. Goreng. (Guna api kecil. Sila bersabar kalau lembik, jangan hangin lalu terus angkat, nanti tak garing, lembik, hangin lagi sekali. ;p)
4. Dah siap.

Popia Nestum

Ini antara kuih wajib buat bila Raya atau ada kenduri-kendara sebab senang dan gerenti jadi walaupun sakit-sakit tengkuk menggulung dan menggunting popia. Disebabkan kadang-kadang setahun cuma 2,3 kali buat, maka selalu terlupa sukatan. Google-google cuba-cuba sukatan orang lain, tapi tak berapa nak best. Jadi saya simpan sini resepi dengan sukatan yang ikut lidah saya paling sesuai. Senang nak rujuk kemudian.

haha... segar dari kuali.

Bahan-Bahan:
Kulit popia sebungkus 50 keping
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula halus
1 cawan nestum
1 sudu susu tepung

Cara-cara:
1. Kisar horlicks, gula halus, nestum dan susu tepung guna blender kering
2. Gulung popia
3. Potong menyerong kecil-kecil ikut kesukaan
4. Goreng popia yang telah dipotong
5. Angkat bila dah kekuningan dan gaulkan dalam bahan-bahan yang dikisar tadi panas-panas. Kalau dah sejuk nanti tak melekat.

Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...