Showing posts with label Life as Student. Show all posts
Showing posts with label Life as Student. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Ribena dan 4 Kali Vitamin C

Ketika sedang mencari-cari jurnal dan artikel untuk thesis, tiba-tiba terjumpa case study yang sangat menarik tentang Ribena. Kalau kita ingat dulu-dulu, Ribena sangat berbangga di dalam iklannya menyatakan yang Ribena mengandungi 4 kali lebih vitamin C daripada oren. Tapi kalau kita tengok iklan di bawah, takde dah kenyataan 4 kali vitamin C tu.


Hakikatnya ni cerita yang dah lama. Sebelum ni saya cuma tau it's a false claim, tapi tak tau cerita sebenarnya. Rupa-rupanya syarikat multinasional pengeluar Ribena ini di'kantoi'kan oleh 2 orang budak perempuan berumur 14 tahun ketika sedang menjalankan projek Sains sekolah. Ingatkan badan Sains manalah yang buat ujian dan jumpa sebenarnya kandungan vitamin C dalam Ribena tak sebanyak yang diwar-warkan. Terbaiklah budak 2 orang tu. Kagum!!

Nak tau cerita lebih lanjut sila Google lah ye. Artikel tu penuh dengan analisis perniagaan yang malas saya nak ulas panjang-panjang. Ok bye! Nak sambung buat proposal. Huhu..

Tuesday, June 5, 2012

Dermatoglyphics

Alhamdulillah...
Tamatlah sudah musim peperiksaan yang menyeksakan jiwa dan raga. Akhirnya boleh kembali hidup normal, tidur awal dan bangun awal, juga boleh mula melakukan beberapa perkara yang terpaksa ditinggalkan semata-mata kerana peperiksaan akhir yang membuatkan tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah.. haha...

Maka bermulalah cuti semester yang panjang. Dengan macam-macam angan-angan dan rancangan. Nak pergi Fraser Hill lah, nak pergi Sarawak lah, nak pergi Cameron Highland lah, nak mula buat proposal thesis lah, nak khatamkan baca semua buku-buku yang diborong masa Pesta Buku tapi tak bersentuh lagilah, nak berumah tangga di Perpustakaan Raja Tun Uda setiap hari untuk fokus buat thesis lah kononnya, semua angan-angan pun ada. Cuma tak tau lah yang mana akan tercapai. Jangan angan-angan Mat Jenin sudahlah. Oh Oh, kalau ada orang nak upah key in data SPSS ke, collect data ke, pun saya berangan nak buat juga, boleh tambah-tambah pendapatan pada cuti yang panjang ni. 

Dermatoglyphics
Waktu musim-musim peperiksaan hari tu, sempat juga saya melencong sekejap, berjumpa dengan seorang wakil dari satu syarikat ni, yang membuat analisis mengenai karakter kita sejak lahir atau 'inborn talent' berpandukan kepada cap jari secara saintifik. Walaupun tahu yang cap jari kita ni unik dari seorang ke seorang yang lain, saya tak pernah tahu yang dari cap jari tu kita boleh kenal karakter dan sikap individu tu. Kalau sebelum ni kita selalu buat ujian personaliti dengan menjawab soalan-soalan tertentu dan mungkin kita melencong bagi jawapan sebab boleh agak keputusannya, yang ni memang tak boleh nak tipu sebab cap jari yang berkata-kata. Uncontrollable! Dan boleh dikatakan, keputusan ujian tu, bila dibanding-bandingkan dengan rakan-rakan, saya boleh percaya ianya agak tepat. Yang kelakarnya, perkataan pertama yang keluar dari wakil tu bila scan cap jari saya dia kata 'You're a very kind hearted person, tak suka kecilkan hati orang, tak sanggup kecewakan orang, jadi bila orang mintak buat apa-apa atau ajak pergi mana-mana, u akan follow je' yang mana lepas tu dengan lajunya kawan-kawan saya kata 'betul betul, sebab tu dia selalu kena buli!'.. Walaupun sebenarnya saya tak terasa pun macam kena buli, cuma hakikatnya bila buat orang kecil hati saya akan rasa terseksa dan terfikir-fikir sekian lama. Huhu..

Bukan setakat tu je, banyak lagi sebenarnya yang ujian tu boleh bagitau kita. Dari cara terbaik untuk kita belajar, bakat terpendam kita (tak sangka sebenarnya saya seorang yang kreatif, menurut ujian tu lah...), kebolehan kita memimpin, kemampuan kita untuk fokus terhadap sesuatu, kemahiran tangan dan pergerakan  badan, sampaikan jumlah sel otak kita pun boleh diberitahu. Yang menariknya ujian tu juga bagitau kita ni orang yang banyak guna otak kanan atau otak kiri dan tahap IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional Quotient), AQ (Adversity Quotient) dan CQ (Creative Quotient) yang ada dalam diri kita sejak lahir.  

Bila lepas ujian tu saya dan kawan-kawan mula fikir balik dan bandingkan banyak perkara. Ada sorang kawan saya ni sel otak dia cukup banyak, paling banyak di antara kami semua, yang menunjukkan dia cepat menangkap pelajaran, tapi kemahiran pembacaan dan fokus dia sangat lemah. Patutlah selama ni setiap kali kena buat Literature Review dia sangat terseksa dan tertekan. Baru kami tau puncanya. Tapi bila dibandingkan, hakikatnya, tahap pembacaan saya pun tak sebaik mana, lebih sikit je dari kawan saya tu, tapi mungkin sebab dari kecil dah kena paksa baca buku dengan ayah dan tak bagi tengok TV, maka saya takdelah rasa terseksa pun bila kena membaca. Dalam kes saya pula, selama ni saya dok perasan yang saya pandai Matematik sebab masa SPM saya dapat A1, dan setiap kali ada subjek pengiraan di Universiti, biasanya saya boleh je dapat sekurang-kurangnya A-. Tapi semester ni bila belajar Advanced Quantitative Method, setiap kali masuk kelas saya rasa kepala saya berat cuba memahami apa yang diajar, walaupun bukannya saya tak boleh tangkap. Lepas ujian tu baru saya tau kemahiran Logik dan Matematik saya memang sangat lemah. Cuma sebab selama ni cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah subjek pengiraan ajar satu-satu ikut susunan, sebab tu lah saya dapat tangkap dengan mudah dan boleh dapat A. Kalau belajar caca marba, memang sah saya tak boleh tangkap, macam saya tak pandai-pandai buat analisis SPSS sebab tak pernah belajar step-step by step. Selagi tak nampak jalan dari A sampai Z selagi tu lah saya macam si buta yang meraba-raba badan gajah dan buat kesimpulan bukan-bukan. Jadi bila dah tau macam tu, lepas ni kena lah saya mencari seorang guru yang boleh ajar step by step dan tak membebel 'kenapa lah kau ini lambat tangkap dik ooii'. Huhu...

Hasil analisis tu sebenarnya boleh juga digunakan untuk membantu memperbaiki hubungan sesama manusia. Sebagai contoh, analisis tu boleh juga bagitau sama ada kita ni orang yang sensitif terhadap bunyi, visual atau sentuhan. Bagi kes saya tiga-tiga tu saya sensitif, paling tinggi sekali bunyi, sebab tu kena belajar tempat senyap, kalau tak telinga sibuk nak dengar orang lain bercakap. Dan sebab tu juga bila orang bercakap tinggi suara pada saya, saya akan ingat dia marah dan laju je kecil hati. Haha... Wakil tu kata, ada sesetengah orang cuma salah satu dari tiga perkara tu yang dominan. Ada orang dia sangat sukakan sentuhan sahaja. Jadi bila tension ke, berkawan ke, berkahwin ke, perkara yang paling dia perlukan adalah sentuhan. Tapi ada pulak orang yang langsung tak suka sentuhan. Cuba bayangkan kalau orang dengan dua kategori yang berlawanan ni berkahwin. Wakil tu kata memang ada kes masalah rumah tangga datang jumpa dia, yang bila dikaji-kaji rupanya sebab dua karakter yang berbeza ni. Jadi kenalah belajar untuk saling memahami. ;-)

Kesimpulannya banyak saya belajar kenal diri sendiri dari ujian tu. Dan saya percaya ianya sangat bagus kalau dibuat sejak kecil, jadi ibu bapa tahu macamana nak bantu anak-anak. Nanti-nantilah, Insya-ALLAH kalau saya ada anak, saya akan buat ujian ni untuk mereka juga. (ok, berhenti berangan).

Oh Oh, nak melencong benda lain, tiba-tiba saya terasa macam dah membesar sejak duduk UIA ni. Adakah makanan di sini sedap-sedap atau saya takde kerja lain lalu asyik makan 24 jam? ;-)

Wednesday, May 2, 2012

Emas Oh Emas

Nampaknya saya sudah terkena jangkitan virus cintakan emas gara-gara membuat kajian mengenai penggunaan dinar emas dalam transaksi jual beli. Satu semester membaca mengenai emas, sudah beberapa kali saya mengunjungi kedai emas, dan sekarang menyemak turun naik harga pasaran emas sudah seperti jadi rutin harian. Kalau cuma satu semester pun penangannya sudah begini, maka tidak hairanlah andai para calon Doktor Falsafah yang sedang membuat PhD begitu mendalami dan menjiwai sekali topik mereka; makan, tidur, berkhayal dan berfikir dengan topik itu selama bertahun-tahun.

Sebelum mengkaji mengenai emas ini, saya pernah mendapat e-mail tentang kelebihan menyimpan emas dan hartanah jika dibandingkan dengan wang kertas. Tetapi selepas berkali-kali membaca mengenainya dan menghadiri seminar sehari mengenai emas ini, kepercayaan saya kepada kepentingan emas nampaknya meningkat berkali-kali ganda berbanding sebelumnya. Kalau dulunya saya cuma melihat emas sebagai simpanan, sekarang baru saya tahu rupa-rupanya terdapat banyak kedai di Malaysia yang sudah menerima dinar emas dan dirham perak untuk ditukarkan dengan barang belian, sebagai menggantikan matawang ringgit.

Mengikut sejarahnya, sesetengah penulis mengatakan penggunaan dinar dan dirham dalam transaksi telah bermula sejak zaman kegemilangan Islam, walaupun hakikatnya perkataan dinar dan dirham itu sendiri bukan merupakan perkataan Arab. Walaubagaimanapun, kejatuhan empayar Turki pada tahun 1924 telah membawa bersama dinar dan dirham dari sistem kewangan dunia dan menyebabkan ia tidak lagi digunakan.

Gerakan penggunaan emas di Malaysia pula sebenarnya sudah bermula pada tahun 80-an oleh golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai Murabitun, yang merupakan anak murid kepada Syeikh Dr. Abdul Kadir as-Sufi yang merupakan pengasas kepada Murabitun World Movement. Agenda gerakan ini antara lainnya adalah untuk menghidupkan kembali penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, juga menaikkan kembali peranan zakat yang mana merupakan Rukun Islam keempat. Walaubagaimanapun, kesedaran mengenai nilai emas itu sendiri hanya meningkat naik selepas krisis kewangan yang menimpa Malaysia pada tahun 1997 dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu kemudiannya mencadangkan supaya Dinar Emas digunakan di dalam transaksi perdagangan antarabangsa antara negara-negara OIC. Walaubagaimanapun, kesungguhan mengenai penggunaan Dinar Emas ini kemudiannya menurun selepas perletakan jawatan Tun, dan Perdana Menteri yang menggantikannya selepas itu dilihat kurang berminat untuk memberi perhatian kepada perkara ini dengan lebih mendalam. Walaubagaimanapun, ianya tidak berakhir di situ apabila Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2006 melancarkan Dinar Emas Kelantan yang sekarang ini digunakan di dalam transaksi jual beli oleh banyak peniaga yang mempunyai kesedaran mengenai perkara ini. Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Perak juga melancarkan Dinar Emasnya sendiri, yang mana dikeluarkan lebih kepada untuk tujuan simpanan. Selain daripada kedua-dua kerajaan negeri ini, Dinar Emas juga dikeluarkan oleh syarikat persendirian seperti Public Gold dan yang lain. Walaubagaimanapun, menurut aktivis dinar yang saya temui ketika seminar yang dianjurkan oleh Dinihari Dinar, Dinar Emas yang diterima di dalam transaksi jual beli adalah yang terdapat cetakan WIM (World Islamic Mint) di atasnya, tidak kiralah ianya dikeluarkan oleh siapa pun. Tetapi, menurut mereka lagi, Dinar yang paling bagus disimpan adalah yang dikeluarkan oleh kerajaan kerana sistem sokongannya lebih kuat jika dibandingkan dengan syarikat swasta.

Nanti saya akan sambung lagi mengenai kelebihan emas berbanding wang kertas pada post yang akan datang.

Sunday, October 30, 2011

Gunung oh Gunung....

Saya tiba-tiba mempunyai kegilaan yang baru.
Kegilaan terhadap gunung. (gunung ke bukit batu kapur sebenarnya, saya pun tak tau)
Saya memang suka termenung tengok alam sejak kecil.
Tengok burung, tengok bunga, tengok air, tengok hutan, tengok pokok.
Masa kecik-kecik dulu bila jalan-jalan lalu sungai, atau tasik atau lombong, saya akan jadi sangat excited.
Cuma malangnya air kat Malaysia ni makin lama dah makin hilang serinya.
Sungai yang rupa macam Sungai Klang dah bertambah-tambah bilangannya, air keruh, bau pelik.
Maka kegilaan terhadap air itu sedikit berkurangan sekarang.
Tiba-tiba bilik saya di UIA ni betul-betul menghadap bukit batu kapur. Bangun tidur tengok bukit.
Kadang-kadang tak nampak langsung sebab da kena tutup kabus.







Bila kabus hilang, nampaklah ia tersergam indah depan mata.
Subhanallah, kebesaran Allah.
Nikmat yang tidak terhingga menatap kebesaran yang sebegitu rupa.
Saya boleh study atas katil sambil menatap keindahan alam itu.
Subhanallah, subhanallah, allahuakhbar, Maha Besar Allah yang menciptakan semua itu.
Maka berangan-anganlah saya untuk cari rumah yang menghadap bukit nantinya.
Tapi ada ke bukit kat Bangi?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...