Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, August 3, 2017

Cara Hilangkan Ketuat

Apa benda ketuat ni sebenarnya?


Gambar dari kiambangmerah.com


Secara jujurnya waktu tetiba sedar kat tapak kaki saya ada ketuat, saya tak tau apa benda tu.
Siap tanya adik saya, tapi jawapan dia macam biasa mengecewakan.
"Kau mayat ke kak? Kenapa kulit kau dah mati?" Cis!
Disebabkan tak tau apa saya biar je sampaikan dari satu ketuat, dia muncul jadi tiga.
Tiba-tiba ada kakak kat ofis bagitau ketuat dia dah surut sejak minum kunyit asam.
Bila dia tunjuk rupa ketuat tu baru saya tau... oooo rupa-rupanya 'benda' kat tapak kaki saya tu ketuat.
Tapi tidak juga kubeli kunyit asam tu.. sebab macam 'ala bukan sakit pun ketuat ni...'

Tapi....
Buruk kot.. lepas tu boleh beranak-pinak pulak tu..
Dan bila rajin google rupa-rupanya lama-lama dia boleh menyebabkan sakit jugak.
Baca-baca blog macam-macam petua orang tulis macamana nak hilangkan ketuat ni.
Siap pakai vaseline bagai.
Maka saya pun berazam nak beli bahan-bahan dia, tapi tak terbeli-beli juga.
Nampak sangat tak gigih, sebab tak sakit kan?
Haha..

Tiba-tiba satu hari adik ipar saya yang kerja kat klinik bawa balik satu ubat ketuat.
Dia kata klinik nak hapuskan sebab dah lama.

Ni la rupa ubat tu. Bila nak pakai tengok dah expired.
Cis, patutlah klinik nak hapuskan.

Jadi saya pun paksa (dengan kasih sayang 😇) suami pergi farmasi belikan ubat yang sama.
Tapi takde stok la pulak.
Suami bawa balik jenama lain, tapi fungsi sama.
Jadi saya redha je pakai.

Yang ni la saya pakai.
Sapu pada ketuat dan biarkan.
Sangat mengagumkan.
Ketuat hilang dengan mudah.
(Kau ingat iklan radio? 😜)

Tapi serius ni...
Walaupun saya pakai kadang ingat kadang lupa. 
Tiba-tiba ketuat tu hilang licin.
Mula-mula yang kecil hilang dulu, lepas tu mak dia pun ikut hilang sekali.
Bersih tanpa meninggalkan kesan.
Bahagia sungguh rasanya.
Terus tukar status tak jadi mayat dah. Hahaha...

Sapa-sapa yang ada ketuat tu... sudi-sudikanlah mencuba ye..
(Ellgy tak nak bagi upah ke saya tolong promosi ni? Eh, hahaha...)


Friday, April 3, 2015

Cara Mengatasi Masalah Jerawat Paling Berkesan

Rasa-rasanya ramai pernah mengalami masalah jerawat. Waktu zaman muda-muda, pada era belum mengenali segala jenis pencuci muka di pasaran dan sangat setia mencuci muka dengan sabun mandi, takde seketul jerawat pun berani singgah di pipiku.

Tapi bila dah terpengaruh dengan produk-produk yang dipakai kawan-kawan (kononnya nak ikut perkembangan semasa), juga terpengaruh dengan kehebatan marketers membuat iklan, saya mula berjinak-jinak dengan produk-produk jagaan muka. Lepas tu, silap pakai, apa lagi. Tumbuhlah jerawat sedikit sebanyak di pipi. Masa awal-awal kemunculan dan sampai sekarang pun, dahi adalah pelabuhan terbaik untuk jerawat di wajahku (by the way, tempat kemunculan jerawat tu sebenarnya memberitahu tahap kesihatan tubuh kita. Tak percaya tengok ni . Salah satu sebab jerawat muncul di dahi dikatakan adalah kerana stress. Wallahua'alam.

Selain dari berpunca dari produk kecantikan, disebabkan nak sangat ada kulit yang elok, saya obses jugak mencuba segala macam petua yang dicatatkan encik google. Antaranya kalau nak kulit cantik, letaklah susu tiap-tiap malam. Entah macamana, tersilap letak susu agaknya, tumbuh jerawat kat pipi pulak (aiyaa). Tak cukup dengan tu, disebabkan terpengaruh dengan iklan facebook kawan sendiri, saya beli dan pakai produk jagaan muka tempatan. Memang kulit cantik mulus masa tu. Jerawat pun takde. Tapi disebabkan ada lagi parut jerawat sikit-sikit, saya gatal pulak cuba petua lain. Encik google punya hal jugak la ni. Dia kata letak soda bikarbonat boleh hilangkan parut. Dia tak kata tak boleh letak lama-lama. Rupanya bila letak lama-lama kulit jadi macam kepanasan, habis menggelupas kawasan tu. Tak lama lepas tu, kena serangan jerawat balik. Berpunca dari sini lah saya jumpa penyelesaiannya.

Entah macamana terjumpa website Klinik Dr Hasseenah. Nak pulihkan kulit punya pasal, sanggup jugaklah gigih cari klinik Dr ni. Mula-mula jumpa lebur duit hampir RM500 ringgit. Tapi tu mungkin salah satunya sebab saya beli jugak multivitamin dari dia. Kalau amik ubat je mungkin tak sebanyak tu. Lepas dia buat analisis kulit, dia pun bagi la segala macam krim untuk disapu. Habis pencuci muka, sunblock semua pun dari klinik dia. Tapi alhamdulillah, dalam masa sebulan lebih, masalah jerawat selesai. Kira berbaloi dengan duit yang dilaburkan. Walaupun nak pakai ubat Dr. tu leceh sikit. Siap kena sapu muka dengan ais bagai. Tak cukup dengan tu, siap kena pantang. Dr. tak bagi langsung makan ayam. Sebab Dr. kata ayam yang kita makan ni tak elok. Makanan yang diberi pada ayam tu tak bagus dan akhirnya beri kesan pada kita. 

Lepas selesai masalah jerawat tu, sampai sekarang saya masih lagi beli pencuci muka dan sunblock dari klinik dia. Lagi pun boleh beli online. Tapi sekarang dah lupa pesanan jangan makan ayam tu. Makan tak ingat balik. Bila lah nak insaf ni.

Sekian.


* entry ini tidak ditaja langsung oleh Dr Hasseenah. Dia pun tak tau saya ni salah seorang pelanggan yang berpuas hati dengan produk dia. ;-)

Thursday, January 9, 2014

IELTS TIPS II

Setelah dua tahun berlalu dan keputusan IELTS yang diambil pada 2011 telah menemui tarikh luput, beberapa minggu lepas saya menduduki IELTS lagi sekali dan baru saja mendapat keputusan hujung minggu yang lalu (baca pengalaman 2011 di sini). Ironinya, keputusan saya sama dengan keputusan tahun 2011, cuma band di setiap komponen itu ada sedikit perubahan. Beberapa kawan meminta tips, maka saya tuliskan saja di sini supaya senang untuk beri link pada mereka kemudian. Hahaha... tiba-tiba mengalami sindrom malas membebel.

Yuran pendaftaran IELTS tahun ini sudah naik beberapa puluh ringgit. Kalau pada tahun 2011 yuran yang dikenakan hanya RM570, sekarang sudah mencecah RM610. Dan yang sedihnya tak boleh claim dari majikan. Ish3, universiti lain boleh je claim. Sampai ati. (Semalam macam dah insaf tak nak bebel pasal claim sebab alhamdulillah Allah bagi lepas dengan sekali ambil, hari ni bebel lagi pulak. Apa nak jadi ni?)

Kalau sebelum ini saya mengambil IELTS dalam masa 2 hari (sehari untuk 3 komponen, satu hari yang berlainan untuk speaking test), kali ni saya ambil keempat-empat komponen dalam satu hari sahaja. Kesemua peperiksaan untuk keempat-empat komponen ini dijalankan di bangunan British Council sendiri. Tak payah ambil test kat hotel macam dulu. Tapi sebenarnya sama saja, sebab takde pun masa listening dia bagi earphone, terpaksa juga besarkan telinga, dan memang ada beberapa perkataan yang saya tak dapat tangkap. Huaaa...


Kalau nak ikutkan, peperiksaan kali ni diambil dalam keadaan saya tak bersedia. Rasanya saya cuma buat latihan tak sampai seminggu sebelum tarikh peperiksaan. Walaupun semangat buka buku tu dah berbulan-bulan. Tapi cuma buka je la, tak buat pun, jeling-jeling sikit kadang-kadang. Haha.... Apa yang boleh saya katakan, walaupun dah ambil peperiksaan yang sama 2 tahun lepas, tetap juga bila dengar rakaman perbualan untuk listening test tu, tangan saya berlari-lari panik nak tulis jawapan tak jumpa. Maka disebabkan itu, saya habiskan juga 6 rakaman perbualan yang ada dalam satu buku practice test sebelum menduduki peperiksaan. Alhamdulillah, keputusan listening ini yang menaikkan band saya.

Secara keseluruhannya, saya buat semua latihan listening dan reading yang ada dalam buku yang diwariskan kepada saya oleh seorang teman yang telah pergi ke Kent, UK. Semoga Allah memudahkan perjalanan PhD nya di sana. Dia bagi lima buah buku sebenarnya, tapi saya guna sepenuhnya sebuah je, nampak sangat pemalasnya. Huaa macamana la nak sambung study lagi ni? (Maaf, menyimpang banyak). Sewaktu membuat latihan reading, saya cuba set masa seperti yang dicadangkan dalam buku latihan. Tapi memanjang terlajak perahu tak boleh diundur. Memang tak sempat. Sampaikan masa peperiksaan sebenar pun tak cukup masa. Sangat rugi, bila pengumuman habis masa dibuat baru saya perasan jawapan yang saya cari ada di mana. Huhu... Sayang satu soalan hilang markah. Lain orang mungkin lain caranya untuk tackle reading test ni. Disebabkan saya tau saya bermasalah menguruskan masa, maka saya baca semua soalan dan bulatkan nama-nama orang dan keyword-keyword penting sebelum saya baca petikan yang diberi (yang ni kena buat latihan baru kita tau apa yang penting di setiap section soalan) . Kemudian bila saya baca petikan, saya bulatkan balik nama-nama dan keyword-keyword yang serupa. Dan biasanya bila saya jumpa jawapan, saya terus jawab, tanpa tunggu habis baca petikan, dan tanpa ikut turutan section (satu petikan biasanya merangkumi beberapa section soalan). Jadi, bila habis baca petikan, soalan pun habis dijawab. Tapi nak buat cara ni memerlukan familiarity dengan bentuk soalan. Apa pun, practice makes perfect (macam tak layak je nak guna slogan ni sebab bukan buat latihan sangat banyak dan sangat hebat pun).

Writing test adalah yang paling saya takuti. Sebab banyak kes yang mengulang IELTS 'angkara' (hoho, strong word) tak lepas komponen ni. Dan, saya sendiri salah faham terhadap diri sendiri sebab saya ingat band writing test yang saya ambil dua tahun lepas kurang daripada 6.0 (Boleh tak salah faham dengan diri sendiri lepas tu tak pergi check result IELTS 2011 tu balik?). Writing test ni saya buat dua latihan untuk section A, tapi tak buat latihan untuk section B (haiya, sila jangan tiru). Apa yang saya buat adalah saya baca berulang kali tips yang terdapat di dalam buku yang diberi oleh kawan saya tadi. Untuk section A writing, biasanya buku-buku latihan memang akan beri senarai perkataan-perkataan yang baik untuk digunakan (supaya kita tak ulang perkataan yang sama banyak-banyak kali). Jadi saya baca tips tu ulang-ulang kali masukkan dalam minda. Dan, kali ni saya agak berhati-hati untuk pastikan jumlah patah perkataan yang saya tulis mencukupi. Lagi satu, buku latihan juga biasanya akan berikan guideline untuk buat introduction, untuk mulakan paragraph, dan untuk beri penerangan satu-satu apa yang ada dalam carta. Maka saya sebagai penuntut ilmu yang baik, ikut saja apa yang diajar dengan sebaiknya. Haha... Untuk section B tak tau nak bagi tips macamana sebab saya pakai tulis je. Dapat soalan, fikirkan outline isi untuk setiap perenggan dan tulis. Yang penting saya cuba minimumkan grammatical error. Almaklum dah selalu sangat proofreader thesis betulkan grammar saya, jadi tahap waspada agak lebih sikit kali ni berbanding pertama kali amik IELTS dulu (tapi sikit je la, saya tau grammar saya tonggang terbalik lagi).

Alkisah speaking test, saya cuma tengok format soalan dalam masa menunggu (dari pukul 12 lebih ke 3 lebih) sementara giliran saya tiba. Itu pun tengok sambil lalu sebab lagi banyak bercakap dengan kawan yang baru dikenali masa exam tu daripada tengok buku. Kali ni saya tak dapat native speaker as examiner. Examiner saya rakyat Malaysia berbangsa Cina yang sangat friendly. Rasanya kami banyak ketawa sepanjang sesi speaking test tu. Dan macam biasa nama saya yang agak pelik tu selalu jadi 'bahan' speaking test IELTS, cis! Kalau nak dibandingkan native speaker yang agak serius dan saya sorang je sengih-sengih dulu, speaking test kali ni berlalu dalam keadaan rileks dan menyenangkan. Tapi jangan disangka air yang tenang takde buaya. Native speaker dulu beri saya 7.5 untuk speaking, kali ni saya dapat 6.5 sahaja. Hahahahaha..... mungkin kemahiran bercakap saya sudah berkurangan. ;p 

Ok, selesai sudah keempat-empat komponen. Bila dapat result IELTS ni saya rasa macam nak nangis mengenangkan betapa baiknya Allah pada saya. Sebab saya tau kalau nak diikutkan usaha saya yang tak seberapa, mungkin saya perlu mengulang IELTS lagi. Tapi nikmat tak perlu mengulang IELTS dan tak perlu mengeluarkan duit RM610 sekali lagi ni, hanya setinggi-tinggi pujian dapat saya panjatkan pada-NYA. Sungguh, nikmat Allah yang mana lagi yang hendak saya dustakan?

Untuk mereka-mereka yang akan menduduki IELTS, all the best!! Semoga bantuan Allah bersama kalian. Semoga Allah permudahkan dan berkati usaha kalian. Dan semoga kejayaan menjadi milik kalian. Amin. :-)

Saturday, June 18, 2011

IELTS TIPS

Alhamdulillah...
Da dapat result baru bole tulis tips. Walaupun result takde la segempak mana, tapi bole la nak kongsi-kongsi pengalaman.

IELTS ni sebenarnya ada 2. Satu Academic Test, biasanya untuk mereka-mereka yang nak sambung belajar.  The other one is General Test, which sometimes is required by MNCs if you want to work with them. Atau kalau-kalau anda nak berhijrah mencari kerja di luar negara, adakalanya mereka perlukan anda menduduki  IELTS General Test ini juga.

Ok, mari kita bercerita dari mula proses nak amik IELTS ni. Mula-mula download borang dari website British Council. Dalam website tu juga ada tarikh-tarikh pilihan yang masih available. Tapi melalui pengalaman, saya jadikan tarikh tu sebagai panduan je. Tak yah isi siap-siap dalam form kecuali kita memang nak anta form hari tu juga. Kalau tak, masa anta form nanti baru confirmkan balik tarikh mana yang betul-betul available. Lepas form da complete, bawa lah ke British Council terdekat, dalam kes saya Kuala Lumpur bersama-sama dengan duit RM570.00. Jangan risau, kalau anda bekerja, British Council juga dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Ada orang daftar melalui agen, tapi yang tu saya tak pasti proses dia macamana dan agen mana nak contact. Waktu register, confirmkan balik dengan dia tarikh pilihan kita. Kalau nak beli buku rujukan, bole beli kat sini juga. Tapi harga dia Ya Ampun, nipis yang amat pun da RM100.00. Kalau rasa-rasa macam sayang duit, jawab je la contoh-contoh soalan yang ada merata-rata kat internet. Masa register ni juga dia akan bagitau test venue. In my case, Listening, Reading and Writing Test di Corus Hotel, and Speaking Test di British Council. It's two different days ye. Kalau nak dapat semua on the same day, kena register sangat awal, sebab dia limit kan kepada 50 seats je untuk yang nak amik semua test on the same day.

Bila da register maka kita pun da ada target ke arah mana preparation kita. Saya register 2 minggu lebih awal. Tapi 2,3 hari lepas register tu je rajin buat latihan. Lepas tu malas dah. Tiba-tiba tersedar da tinggal 2 hari before the test date. Kelam kabut balik masa tu. Padan la muka. Lalala.... 

Bagi saya, antara preparation yang paling penting perlu dibuat adalah on Listening Test. Kecuali anda pernah duduk di negara Mat Saleh, atau anda memang jenis tengok movie tak pernah baca subtitle, maka anda sangat-sangat perlu membiasakan diri dengan slang-slang mereka ini. Mula-mula dengar tu rasa macam nak membebel pun ada. Apa la ko merepek ni. Tapi lepas 2,3 kali dengar da biasa and da bole tangkap da. Sebab tu kena practice before test. Lagi satu, IELTS Listening ni dia bagi chance dengar sekali je. Jadi memang kena biasa-biasakan telinga dan minda untuk menjawab soalan dan mendengar ayat dengan cekap. Itu pun kadang-kadang tak terkejar.

tipu je ni. takde pun earphone ni. dia pasang radio kuat-kuat kita besar-besarkan la telinga dengar. ;-)

Reading for Academic Test, article dia agak mencabar juga kadang-kadang. Mula-mula buat latihan rasa macam da baca 2,3 kali pun  tak faham-faham juga. Ataupun sebenarnya tak fokus sebab artikel tak menarik, mana nak faham kan? Lepas tu baru saya dapat tangkap macamana nak buat. Mula-mula baca sekali lalu soalan. Lepas tu untuk setiap perenggan fahamkan apa sebenarnya yang perenggan tu nak sampaikan. Bila kita bole tangkap benda ni insya-ALLAH kita tak tercari-cari bila nak jawab soalan. Lagi pun, soalan dia ikut turutan. Dia tak kan tanya soalan 5 jawapan kat perenggan no 1. Jadi kita pun tak terkial-kial la mencari-cari anak kambing yang hilang... huhu... abaikan ayat pelengkap yang mengarut itu.

Untuk Writing Test, kalau baca tips di mana-mana pun dia akan kata buat Part 2 dulu sebab yang tu carry more marks from the first part. Dan itu lah yang saya buat. Akibatnya Part 1 saya tak cukup jumlah perkataan, sebab saya sibuk nak check grammar and spelling. Tiba-tiba bila nak anta baru macam terfikir, 'eh, kenapa karangan pertama ni pendek sangat?'. huk, tak sempat da la kan masa tu. Terus band writing paling rendah. Keciwa. Lagi satu, kita ni kadang-kadang bila da lama tak buat karangan (in my case, 5 years da meninggalkan zaman karang-mengarang), buat ayat senang pun kelam kelibut. Maka eloklah buat latihan. At least 1 essay for each part pun jadi lah. Selain mengembalikan tahap pick up minda kita, ia juga membantu untuk kita budget panjang mana sebenarnya essay 150 patah perkataan dan 250 patah perkataan itu.

Ok, last but not least, Speaking Test. Untuk mereka-mereka yang speaking berabuk memang no need to be worried, sebab soalan dia kedengaran sangat biasa-biasa sahaja. Soalan warm up dia biasanya berbunyi: nama sapa? belajar ke kerja? tinggal kat mana? apa yang istimewa dengan masyarakat di tempat tinggal anda? anda suka ke nama anda? (hampeh.com, tau la nama saya pelik). Lepas tu dia akan bagi satu kertas soalan, and mintak kita baca and prepare dalam masa 1 minit, dan bercakap on that particular topic in 1-2 minutes. Sangat penting untuk anda memahamkan soalan di sini. Sebab saya macam ala-ala tersalah arah berfikir masa baca soalan tu. Walaupun jawapan saya takdelah 100% menyimpang, tapi I would have done better kalau saya dapat tangkap soalan tu straight to the point. Kalau ikutkan tips-tips yang saya baca, dia kata jangan berhenti bercakap selagi dia tak kata stop. Tapi saya sebab macam ala-ala blurr dengan soalan, siap berenti tanya dia lagi, da 1 minit ke belum? hihi... at least bercakap la sampai 1 minit jangan kurang. Tapi kalau kurang sebenarnya nanti dia akan tanya soalan yang berkaitan untuk bagi kita bercakap lagi. After part kita bercakap sorang-sorang ni, the examiner akan tanya soalan berkaitan dengan soalan yang kita dapat tadi. For me, jawab je lah. Walaupun slang Si Mat Saleh tu kadang-kadang saya tak dapat tangkap, asalkan kita boleh faham soalan should be no problem. Kalau rasa-rasa macam tak dapat tangkap tanya je balik. 'I beg your pardon Sir' sambil tersengih-sengih. Sebenarnya saya je yang dok senyum-senyum sambil jawab soalan. Examiner tu macam nak senyum tak senyum je. Cis, tak tau ke senyum tu sedekah? Ataupun sebenarnya dia dah lali dengan orang yang tersengih-sengih setiap kali jawapan yang diberikan kedengaran sangat tidak indah dari segi pronunciation and grammarticality nya...

Result akan keluar in 13 days bermula dari tarikh anda amik Listening, Reading and Writing Test. Biasanya dia akan announce tarikh untuk check result pada akhir sesi test anda. Boleh check result dalam website British Council, and the result slip kena collect sendiri di British Council. 

Sebagai tambahan, kat bawah ni ada link website-website yang selalu saya lawati untuk membuat latihan dan mendapatkan tips-tips.



Untuk mereka-mereka yang nak amik test, harap dapat membantu, and all the best!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...