Alhamdulillah...
Da dapat result baru bole tulis tips. Walaupun result takde la segempak mana, tapi bole la nak kongsi-kongsi pengalaman.
IELTS ni sebenarnya ada 2. Satu Academic Test, biasanya untuk mereka-mereka yang nak sambung belajar. The other one is General Test, which sometimes is required by MNCs if you want to work with them. Atau kalau-kalau anda nak berhijrah mencari kerja di luar negara, adakalanya mereka perlukan anda menduduki IELTS General Test ini juga.
Ok, mari kita bercerita dari mula proses nak amik IELTS ni. Mula-mula download borang dari website British Council. Dalam website tu juga ada tarikh-tarikh pilihan yang masih available. Tapi melalui pengalaman, saya jadikan tarikh tu sebagai panduan je. Tak yah isi siap-siap dalam form kecuali kita memang nak anta form hari tu juga. Kalau tak, masa anta form nanti baru confirmkan balik tarikh mana yang betul-betul available. Lepas form da complete, bawa lah ke British Council terdekat, dalam kes saya Kuala Lumpur bersama-sama dengan duit RM570.00. Jangan risau, kalau anda bekerja, British Council juga dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Ada orang daftar melalui agen, tapi yang tu saya tak pasti proses dia macamana dan agen mana nak contact. Waktu register, confirmkan balik dengan dia tarikh pilihan kita. Kalau nak beli buku rujukan, bole beli kat sini juga. Tapi harga dia Ya Ampun, nipis yang amat pun da RM100.00. Kalau rasa-rasa macam sayang duit, jawab je la contoh-contoh soalan yang ada merata-rata kat internet. Masa register ni juga dia akan bagitau test venue. In my case, Listening, Reading and Writing Test di Corus Hotel, and Speaking Test di British Council. It's two different days ye. Kalau nak dapat semua on the same day, kena register sangat awal, sebab dia limit kan kepada 50 seats je untuk yang nak amik semua test on the same day.
Bila da register maka kita pun da ada target ke arah mana preparation kita. Saya register 2 minggu lebih awal. Tapi 2,3 hari lepas register tu je rajin buat latihan. Lepas tu malas dah. Tiba-tiba tersedar da tinggal 2 hari before the test date. Kelam kabut balik masa tu. Padan la muka. Lalala....
Bagi saya, antara preparation yang paling penting perlu dibuat adalah on Listening Test. Kecuali anda pernah duduk di negara Mat Saleh, atau anda memang jenis tengok movie tak pernah baca subtitle, maka anda sangat-sangat perlu membiasakan diri dengan slang-slang mereka ini. Mula-mula dengar tu rasa macam nak membebel pun ada. Apa la ko merepek ni. Tapi lepas 2,3 kali dengar da biasa and da bole tangkap da. Sebab tu kena practice before test. Lagi satu, IELTS Listening ni dia bagi chance dengar sekali je. Jadi memang kena biasa-biasakan telinga dan minda untuk menjawab soalan dan mendengar ayat dengan cekap. Itu pun kadang-kadang tak terkejar.
tipu je ni. takde pun earphone ni. dia pasang radio kuat-kuat kita besar-besarkan la telinga dengar. ;-)
Reading for Academic Test, article dia agak mencabar juga kadang-kadang. Mula-mula buat latihan rasa macam da baca 2,3 kali pun tak faham-faham juga. Ataupun sebenarnya tak fokus sebab artikel tak menarik, mana nak faham kan? Lepas tu baru saya dapat tangkap macamana nak buat. Mula-mula baca sekali lalu soalan. Lepas tu untuk setiap perenggan fahamkan apa sebenarnya yang perenggan tu nak sampaikan. Bila kita bole tangkap benda ni insya-ALLAH kita tak tercari-cari bila nak jawab soalan. Lagi pun, soalan dia ikut turutan. Dia tak kan tanya soalan 5 jawapan kat perenggan no 1. Jadi kita pun tak terkial-kial la mencari-cari anak kambing yang hilang... huhu... abaikan ayat pelengkap yang mengarut itu.
Untuk Writing Test, kalau baca tips di mana-mana pun dia akan kata buat Part 2 dulu sebab yang tu carry more marks from the first part. Dan itu lah yang saya buat. Akibatnya Part 1 saya tak cukup jumlah perkataan, sebab saya sibuk nak check grammar and spelling. Tiba-tiba bila nak anta baru macam terfikir, 'eh, kenapa karangan pertama ni pendek sangat?'. huk, tak sempat da la kan masa tu. Terus band writing paling rendah. Keciwa. Lagi satu, kita ni kadang-kadang bila da lama tak buat karangan (in my case, 5 years da meninggalkan zaman karang-mengarang), buat ayat senang pun kelam kelibut. Maka eloklah buat latihan. At least 1 essay for each part pun jadi lah. Selain mengembalikan tahap pick up minda kita, ia juga membantu untuk kita budget panjang mana sebenarnya essay 150 patah perkataan dan 250 patah perkataan itu.
Ok, last but not least, Speaking Test. Untuk mereka-mereka yang speaking berabuk memang no need to be worried, sebab soalan dia kedengaran sangat biasa-biasa sahaja. Soalan warm up dia biasanya berbunyi: nama sapa? belajar ke kerja? tinggal kat mana? apa yang istimewa dengan masyarakat di tempat tinggal anda? anda suka ke nama anda? (hampeh.com, tau la nama saya pelik). Lepas tu dia akan bagi satu kertas soalan, and mintak kita baca and prepare dalam masa 1 minit, dan bercakap on that particular topic in 1-2 minutes. Sangat penting untuk anda memahamkan soalan di sini. Sebab saya macam ala-ala tersalah arah berfikir masa baca soalan tu. Walaupun jawapan saya takdelah 100% menyimpang, tapi I would have done better kalau saya dapat tangkap soalan tu straight to the point. Kalau ikutkan tips-tips yang saya baca, dia kata jangan berhenti bercakap selagi dia tak kata stop. Tapi saya sebab macam ala-ala blurr dengan soalan, siap berenti tanya dia lagi, da 1 minit ke belum? hihi... at least bercakap la sampai 1 minit jangan kurang. Tapi kalau kurang sebenarnya nanti dia akan tanya soalan yang berkaitan untuk bagi kita bercakap lagi. After part kita bercakap sorang-sorang ni, the examiner akan tanya soalan berkaitan dengan soalan yang kita dapat tadi. For me, jawab je lah. Walaupun slang Si Mat Saleh tu kadang-kadang saya tak dapat tangkap, asalkan kita boleh faham soalan should be no problem. Kalau rasa-rasa macam tak dapat tangkap tanya je balik. 'I beg your pardon Sir' sambil tersengih-sengih. Sebenarnya saya je yang dok senyum-senyum sambil jawab soalan. Examiner tu macam nak senyum tak senyum je. Cis, tak tau ke senyum tu sedekah? Ataupun sebenarnya dia dah lali dengan orang yang tersengih-sengih setiap kali jawapan yang diberikan kedengaran sangat tidak indah dari segi pronunciation and grammarticality nya...
Result akan keluar in 13 days bermula dari tarikh anda amik Listening, Reading and Writing Test. Biasanya dia akan announce tarikh untuk check result pada akhir sesi test anda. Boleh check result dalam website British Council, and the result slip kena collect sendiri di British Council.
Sebagai tambahan, kat bawah ni ada link website-website yang selalu saya lawati untuk membuat latihan dan mendapatkan tips-tips.
Untuk mereka-mereka yang nak amik test, harap dapat membantu, and all the best!!
Tahniah kak siti. Terbaik dari Meru...
ReplyDeletehihi.... sama-sama Shahrina.. Alhamdulillah...
ReplyDelete