Saturday, June 11, 2011

Suatu Pagi di Broga Hill

I have been keen to hike to the peak of Broga Hill since I saw Datuk Dr. Sheikh Muzaphar Shukor pre-wedding photos sometimes ago.
And since Broga is near to my new house, I make the effort to start our journey early this morning.Sesudah Subuh.
Berpandukan google map, dan berpandukan instinct Rosmah yang memang sangat bole diharap, akhirnya kami tiba juga di kaki Broga pada pukul 7.00 pagi.

Sangat terkejut sebab kereta dah berderet parking, dan ada juga orang-orang yang dah nak balik.
Entah pukul berapa diorang sampai kat atas tu.

Car Park 

Nak parking dalam ni bayar RM2. Kalau nak free bole parking tepi jalan. 
Sangat untung uncle Tuan Punya Kebun ni. Hasil sawit dapat, hasil duit parking pun dapat. :-)


Dalam kebun sawit ni kena berjalan lebih kurang 10 minit sebelum bermulanya perjalanan ke puncak bukit. Lepas tu mula la meredah pokok-pokok dan lalang-lalang. 
Tapi trek dah ada. Jadi takde la susah sangat. 
Saya yang gigih nak panjat bukit sangat ni, kasut tertinggal kat Meru pun tak peduli. Nak juga panjat pakai selipar. 
Sebelum ni baca dalam blog orang-orang yang dah pergi, ok je, memang ada yang pakai selipar pun, kaki ayam pun ada. 
Tapi melalui pengalaman, saya taubat tak buat dah. 
Memang lah naik dan turun dengan selamat, tapi agak kurang selesa dan memang tak sesuai pun. 
Lagi satu sebab ramai sangat orang yang naik turun, trek dia agak licin, jadi kalau selipar kurang mencengkam kemungkinan untuk jatuh adalah sangat 
besar.

Pemandangan ke bawah dari pertengahan perjalanan. 

Sebelum sampai ke puncak. Cuba tengok puncak tu, dah penuh dengan orang.

Dalam 45 minit, sampai lah ke puncak yang pertama. Dari situ bole nampak 2 lagi puncak. Tapi puncak yang pertama ni trek dia agak licin dan kena berhati-hati.

Pemandangan puncak kedua dari puncak pertama. Sangat cantik kan?

Sangat kagum dengan budak kecil dua orang ni yang dengan bahagianya dilatih oleh mak ayah untuk memanjat bukit. Esok-esok ada anak tiap-tiap bulan saya bawak panjat bukit biar jadi lasak dan gagah.hihi...

Patutnya dari sini bole nampak kampus Nottingham University, tapi cuaca agak kurang menggalakkan.

Punya la ramai orang. Dah macam melawat Tembok Besar Cina pulak gayanya.

Tengah dok bersuka ria dan berehat-rehat, tiba-tiba ini lah yang berlaku. 
Awan berarak, langit gelap, guruh berdentum, semua orang pun kelam kabut berderet-deret turun bawah termasuk lah kami. 

Sampai bawah cuaca cerah, walaupun Auntie ni da prepare pakai baju hujan siap-siap.
Sampai rumah, hujan memang tak turun pun. Sabar je lah.

Apa nak buat kami pun redha je lah balik rumah. Lain kali bole pergi lagi untuk meningkatkan stamina. Tapi secara peribadi, kalau anda seperti saya yang tak suka tempat yang sesak, Broga Hill agak tidak sesuai dikunjungi pada hujung minggu. Punya lah ramai orang. 

Apa pun, saya gembira dengan aktiviti mengeluarkan peluh ni, walaupun tertipu dengan langit yang gelap secara tiba-tiba itu, menyebabkan masa yang diluangkan di atas puncak teramatlah sekejapnya. ;-)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...