Showing posts with label Thailand. Show all posts
Showing posts with label Thailand. Show all posts

Thursday, April 19, 2018

Krabi - Phuket - Hat Yai dengan Kereta

Awal tahun 2018 dimulakan dengan kerja gila ke Krabi, Phuket dan Hat Yai dengan memandu kereta. Tapi disebabkan busy collect data tak habis-habis, tak sempat pun nak mencatat di blog. Sebenarnya hampir-hampir lupa ada blog. Hahaha...

Saya letak itinerary dengan gambar je la dulu.
Lain kali free boleh tulis detail.




Hari Pertama:

11.30pm     Bertolak dari Kuala Lumpur
4.30am       Tidur dan solat Subuh di R&R Gurun
8.30am       Buat insurans Thai di Changlun
10.00am     Sarapan + makan tengahari di Padang Besar
11.00am     Urusan masuk ke Thailand di sempadan Padang Besar
6.00pm       Check in di Krabi Phetpailin Hotel
8.00pm       Makan malam di Madina Restaurant, Ao Nang
11.00pm     Tidur




 Hari Kedua:

8.30am     Sarapan di Ao Nang Beach
10.00am   Bertolak untuk island hopping
8.00pm     Membeli-belah di Pasar Malam Krabi
9.00pm     Makan malam di Abdullah Halal Food, Pekan Krabi




Hari ketiga:

9.00am     Sarapan di restoran tepi jalan
11.30am   Trekking di Emerald Pool dan Blue Pool
4.30pm     Melawat Shell Fossil Beach
5.30pm     Makan tengahari + makan malam di Madina Restaurant, Ao Nang
6.30pm     Bertolak ke Phuket
10.00pm   Tiba di Patong Beach
1.00am     Check in di Chaofa Resort, Chalong



Hari Keempat:

11.00am     Melawat Rawai Beach
12.00pm     Sarapan + makan tengahari di hadapan masjid di Rawai
1.00pm       Melawat Kata Beach
1.30pm       Melawat Karon Beach
2.30pm       Melawat Patong Beach
4.00pm       Melawat Khao Rai Hill
4.50pm       Membeli-belah di Phuket Old Town
8.00pm       Balik chalet makan maggi, kahkahkah



Hari Kelima:

9.30am      Sarapan pagi di Rawai
10.30am    Membeli cenderahati di Karon Beach
12.45pm    Bertolak ke Hat Yai
8.00pm      Makan malam di Salma Restaurant, Hat Yai
9.00pm      Membeli-belah di Asean Night Bazar
11.30pm    Check in di Grand Plaza Hotel Hat Yai



Hari Keenam:

6.00am      Bertolak ke Thale Noi
8.00am      Tiba di Thale Noi
1.00pm      Makan tengahari di Salma Restaurant, Hat Yai
4.30pm      Tiba di Bukit Kayu Hitam
10.00pm    Makan malam di Alor Star
3.00pm      Tiba di Kuala Lumpur



Dah, bye.
Insya-Allah nanti sambung lagi.






Sunday, February 12, 2012

Cuti-Cuti Hat Yai Naik Bas

Ini post yang terlewat. Entah kenapa mood nak update blog sangat tidak menggalakkan sejak akhir-akhir ini.

Cuti semester baru saja berakhir. Kelas dah bermula dari minggu lepas, tapi semuanya berlangsung tidak sampai setengah jam. Tiba-tiba ada ramai lelaki dalam kelas dan kami menjadi minoriti. Saya yang semenjak bertahun-tahun dari zaman diploma, degree dan master semester lepas di kelilingi perempuan merasa sangat tidak selesa berada di dalam kelas yang di kelilingi lelaki. Tambah-tambah pula majoriti mereka foreigner. Cuma dua orang pakcik Melayu, yang lain entah dari negara mana. Dan tambah merumitkan, lepas cuti tiga minggu tiba-tiba saya rasa terlupa bagaimana untuk berbahasa Inggeris. Haha, kemahiran bahasa memang susah didapati tapi mudah saja untuk hilang ;-)

Berbalik kepada tajuk post ini, sebaik sahaja tamat final exam semester lepas, kami ke Hat Yai. Tak menyempat-nyempat. Pukul 12 tengahari habis exam, pukul 10.30 malam kami bertolak ke Hat Yai. Naik bas ye kawan. Sudah bertahun rasanya saya tak naik bas ekspress jauh-jauh. Tiba-tiba teruja sebaik sahaja melihat tiket bas. RM 45.00 dari Pudu Sentral terus ke Hat Yai. Sangat berbaloi.

Duit Baht. Exchange rate dia sangat mudah dan tak memeningkan kepala. 10 Baht = RM 1.

 McD Thailand. Tak halal ye.

 Tuk-Tuk. 

 Thailand ni macam syurga makanan pun ye. Walaupun orang kata susah nak cari makanan halal di Thailand, tapi di kawasan Hat Yai nampak ok. Peniaga Islam memang ramai dan tak perlu dirisaukan. Kalau dia berniaga sebelah penujual 'pork' tak payah la beli kan?
Gambar atas tu pulut mangga dan pulut ayam. Tapi saya makan mangga tu je, sebab sangat lazat. ;-)

 Kami baru buat case study on Thailand as the Detroit of Asia. Jadi bila sampai sana memang mata sangat 'alert' terhadap semua yang berkaitan dengan syarikat kenderaan bermotor.

 Ini di Hat Yai City Municipality Park. Tapi kami tak naik pun cable car ni. Saya gayat, jadi saya akan beri berjuta alasan bila orang ajak naik cable car.

Patung Dewi Kwan Yin. Kesimpulan saya, Thailand adalah negara yang dipenuhi dengan patung-patung. Ianya berada di mana-mana.

 Satu lagi Patung Buddha yang besar.


 Ini pemandangan dari Tang Kuan Hill Top. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dari atas bukit ni, membuatkan saya rasa tak nak turun dah.

 Aiskrim kelapa dalam tempurung kelapa. Yummy!

 Samila Beach, Songkhla. Sangat cantik.

 Ombak sangat kuat sampaikan takde siapa pun berani mandi kat sini.

 Inilah The Golden Mermaid of Samila Beach. 

Naga ni di Samila Beach juga. Dipotong tiga bahagian dan diletakkan di tiga tempat yang berbeza supaya orang melawat keseluruhan Pantai Samila itu. Tapi kami jumpa kepala je. Tak cukup masa nak buat 'Dragon Hunting'. Dah hujan dah masa ni.

 Buddha tidur. 

Ini kenderaan yang kami naiki untuk satu hari tour dari Hat Yai ke Songkhla. Pakcik yang bawak van ni boleh cakap Melayu loghat Kedah, sekaligus menyelesaikan masalah bahasa yang kami hadapi. Orang Thailand tidak berbahasa Inggeris, dan kadang-kadang kami terpaksa tawar harga barang guna kalkulator atau kertas dan pen. Adakalanya seorang bercakap Bahasa Melayu, dan seorang bercakap Thai.

Ini air buah yang diisi di dalam bekas buluh. Sangat kreatif. Saya teruja.

Floating Market. Tapi Pasar Terapung di Hat Yai ni kecil saja. Mungkin kerana kami datang pada hari Jumaat dan bukan hujung minggu, atau mungkin juga sebab hujan. Apa pun kami tetap teruja. Tambahan pula majoriti yang berniaga adalah wanita Muslim.

Secara keseluruhannya, ianya perjalanan yang memuaskan. Sewa hotel sangat murah, dan harga barangan made in Thailand juga sangat murah. Untung saya tidak membawa terlalu banyak duit. Kalau tidak, mahu lebur duit-duit itu di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...