Saturday, August 3, 2013

Cuti-Cuti Malaysia: Kuching, Sarawak

Hoho, kan dah kata awal tahun ni kurang sedar diri study leave dah nak abis asyik pergi berjalan je. Saya ke Kuching awal bulan April hari tu. Yang bestnya accommodation free sebab tidur rumah kawan. Haha... Jimat lagi menjimatkan.

Day 1
Tiket ke Kuching ni dibeli disebabkan tamak bila nampak tiket murah. Tapi yang tak bagusnya tiket murah tu cuma ada untuk flight pagi pukul 6.50am kalau tak silap. Pagi-pagi ayam belum berkokok dah menyusahkan adik untuk hantar ke LCCT. Kami sampai Kuching dan settle semua hampir pukul 10am. Breakfast di Kopi O' Corner. Makanan dia sedap. Kali ni teruja sikit cari makanan sebab ada orang tempatan jadi guide. Kali pertama pergi tahun 2008 dulu kami pakai redah je dan agak takut-takut nak makan sebab ada sekali berhenti depan restoran halal, tetiba bila tengok banner depan restoran ada bak kut teh antara menu dia. Ayyoo! Oh, by the way, bak kut teh tak semestinya tak halal ye. Saya baru tau lepas baca blog ni.

 Mi kolok.

Destinasi pertama kami hari ni adalah pasar pagi + Satok. Pasar Satok yang kami pergi tahun 2008 dulu dah bertukar tempat. Walaupun nampak lebih terancang, tapi saya lebih sukakan pasar yang lama, sebab feel tradisional tu masih ada.

Antara souvenir yang ada jual kat pasar pagi ni. Tapi kalau pandai cari, ada banyak kedai souvenir depan Waterfront yang jual souvenir lebih murah dari kat sini. 

Teruja tengok sayur dan buah-buahan yang sangat besar-besar kat sini. Yang warna kuning tu terung asam. Sedap buat masak asam pedas. Saya beli bawak balik, mak siap tanam lagi. Lepas ni takyah naik 'belon' nak cari terung asam Sarawak.

Balik dari Satok, kami ke rumah kawan dan tidur. Tak senonoh sungguh, qada' tidur yang kurang sebab bangun pukul 4 pagi katanya. Petang kami ke Waterfront, dan naik sampan. 


Rasa tenang je tengok rumah-rumah colourful sepanjang sungai ni.

Tengok river cruise ni teringat subjek Transport  belajar masa diploma dulu. Hehe.. Sebenarnya amik gambar ni sebab nampak orang buat aksi ala Titanic kat depan cruise tu.

Mat Saleh ni main alat muzik yang nampak macam tempurung penyu tu, dan ramai orang letak duit depan dia. Sama macam gambaran dalam novel Andrea Hirata 'Edensor', kalau takde duit tapi nak travel boleh lah buat macam ni. Setiap kali takde duit jadilah penyanyi jalanan ke, patung jalanan ke, bila cukup duit, boleh teruskan perjalanan lagi. (Kalau ku lelaki, mahu kubuat kerja-kerja begini sebab nak berjalan punya pasal. huhi)

Malam tu kami pergi makan seafood di TopSpot kot nama dia. Aiya, hilang ingatan dah, tu lah, bulan 4 pergi, bulan 8 baru nak tulis entry, mana tak jadi gitu. Huh! 

 Cuba tengok yang macam lembik-lembik dalam pinggan tu nama dia gamat. Baru tau rupanya gamat tu sedap. Selama ni tau guna minyak gamat je.

Ni makanan yang orang Semenanjung teruja sangat nak cari kat Sabah Sarawak. Nama dia midin. Aiya, ni kat Semenanjung pun ada la. Cuma nama je lain. Kat sini orang panggil pucuk paku merah. Sabar je lah, sebab ku juga termasuk dalam spesis yang beria nak makan midin.

Day 2

Hari kedua, kami ke Taman Negara Bako. Super excited sebab nak berjumpa dengan pujaan hatiku si Proboscis Monkey yang kubelek-belek kat brochure Sabah Sarawak, sejak dari zaman diploma lagi.

Taman Negara Bako ni terletak di Bako, tak jauh pun dari Pusat Bandaraya Kuching. Dalam setengah jam perjalanan lebih kurang. Bayaran masuk dia RM10 seorang untuk warga tempatan. Tambang bot RM90 untuk satu bot yang boleh memuatkan 5 orang. RM90 ni adalah perjalanan pergi balik dari jeti ke HQ Taman Negara.


 Pagi-pagi tak boleh bawak bot laju-laju sebab ramai nelayan dalam perjalanan balik. Bawak laju sikit kena jerit dengan nelayan nanti sebab alunan ombak tu boleh buat perahu diorang terbalik.

 Subhanallah, Alhamdulillah, tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk mendapat peluang melihat keindahan alam macam ni. Sungguh, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu mahu dustakan?


 Ni dalam perjalanan ke Teluk Pandan Kecil. Kalau nak lalu batu (suka-suka hati je bagi nama batu) ni kena tambah tambang lagi RM35 kot kalau tak silap, sebab dia agak jauh sikit dari HQ.

Trek dalam gambar ni tak nampak macam mencabar sangat. Tapi laluan pertama dari Teluk Pandan Kecil tu ala-ala membuatkan saya rasa nak patah balik tak jadilah nak jumpa Proboscis Monkey. Curam semacam, nasib baik kami mendaki. Kalau turun ke bawah mau nangis dulu baru turun. Huhu..

 Alhamdulillah perjalanan mencabar tu membawa kami ke pemandangan ini. Subhanallah, benarlah alam ini penuh dengan tanda-tanda kebesaran-Nya kalau kita mahu berfikir.




 Secara keseluruhannya trek dalam Taman Negara Bako ni bagi saya tahap sederhana. Tanda arah lengkap, jadi tak perlu risau. Yang pasti pemandangan alamnya memang sangat indah. Sambil menaip ni pun terbayang lagi bahagianya tengok landskap semulajadi dalam tu.

Ni dah sampai HQ. Monyet pujaan hatiku tak muncul pun. Orang kata kalau nak jumpa monyet tu datanglah pukul 9 pagi, banyak je dia merayau-rayau cari makanan. Sampai hati orang tu cuma 'kata' lepas kami dah balik dari sini. Huhu..

 Akhirnya ini je lah yang kami jumpa. Ini tak payah cari pun memang ada merayau-rayau kat situ.

Huk, dah balik sampai jeti, baru saya perasan signboard ni. Rupanya kawan-kawan saya dah nampak dulu dah tapi buat diam je takde perasaan. Tidak kusangka, ada Bujang Senang di sungai  yang kami lalu dengan gembira. Lalala...

Balik dari Bako sempat lagi amik gambar kucing ni. Bukti kami dah jejak Kuching. Haha...

Day 3

Destinasi pertama kami pagi ni Taman Orkid. Free je. Rugi sapa tak masuk. Eh, tapi kalau orang tak berapa nak minat bunga tak rugi kot.



Balik dari Taman Orkid kami ke Kampung Budaya Sarawak. Pertama kali datang dulu amik gambar kat luar je, sebab nak pengsan entrance fee dia RM60. Tapi rupa-rupanya dia ada student rate RM16. Apa lagi, gunakanlah sebaik-baiknya peluang sementara status student masih bernyawa.


 Ni Rumah Bidayuh kot. Kalau salah tolong maafkan.

 Sila bayangkan kalau perempuan mengandung atau dukung baby naik turun tangga ni tiap-tiap hari. Saya yang tak dukung sapa-sapa pun tak berani nak naik. (Ok, saya gayat, orang lain mungkin ok je tengok. Lelebih plak nak takutkan orang lain sekali)

 Baju ni dibuat dari kulit pokok. Teruja den melihatnya!

 Tinggi yang amat kan Rumah Orang Ulu ni? Lepas tu cuba bayangkan nak naik atas rumah ni guna tangga dalam gambar kat bawah ni.. (Sekian, terima kasih!)



 Rumah Melanau ni saya suka sebab ada tempat lepak-lepak yang sangat luas dan sejuk kat bawah dia. 


Ni persembahan kebudayaan yang diadakan dua kali sehari pagi dan petang. Yang kami masuk ni sesi pukul 4 petang. Puas hati lah juga, walaupun tak sampai tahap meremang bulu roma. (Tetiba rasa kalau performance yang hebat boleh menyebabkan bulu roma merinding, kenapa ye?)


Alang-alang dah sampai Kampung Budaya ni, jalan lah sikit ke depan. Ada tempat makan dan pantai. Damai Beach. Boleh je kalau nak mandi-mandi. Tapi sebab dah nak Maghrib, kami amik gambar kejap, lepas tu balik.

Day 4

Tak sempat nak ke mana-mana  hari ni sebab flight yang ditempah pukul 4 petang telah di reschedule dengan suka hatinya oleh Air Asia ke pukul 11 lebih kot (yang pastinya pagi), dan yang lebih menggeramkan adalah flight yang di reschedule itu delay sampai pukul 2 lebih. Hebat kan Air Asia?

Dah abis dah. Wa tammat kalimatahum.

Nota Kaki:
Entry ini ditulis kerana rasa geram menunggu proof reader yang berjanji untuk siapkan kerja sejak 3 hari lepas tak siap-siap. Maka daripada ku menangis tak berlagu, membebel-bebel marahkan dia dalam hati, lebih baiklah ku menulis-nulis melegakan perasaan di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...