Semenjak dua menjak ini, kelihatannya cycling telah menjadi trend. Bila login Facebook, masing-masing beli basikal baru yang canggih, dan berbasikal berkilo-kilometer sehari. Disebabkan saya tidak pernah mempunyai peruntukan untuk membeli basikal, tetapi sibuk juga nak naik basikal, maka saya membawa sepupu-sepupu yang disayangi ke Taman Botani Negara (dahulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam) terletak di U10 Shah Alam, Selangor untuk cuba-cuba mengeluarkan peluh dengan berbasikal.
Taman Botani Negara ini ada kenangannya tersendiri pada saya. Di sinilah tempat saya menjalani latihan praktikal sewaktu diploma dahulu, sekitar tahun 2003. Pada waktu itu keadaanya Ya Ampun, tak boleh nak komen. Walau bagaimanapun keadaan taman ini pada waktu itu, ia masih dapat menarik perhatian banyak pihak antara lainnya yang sempat saya ikuti pada tempoh itu adalah filem Pontianak Harum Sundal Malam, Explorace dan iklan Ford (kalau tak silap) yang penggambarannya dijalankan di sini.
Selepas hampir 8 tahun tidak mengunjungi taman ini, saya berharap keadaannya sudah diperbaiki. Dan apabila mengunjunginya, kelihatan usaha sedang dijalankan untuk mengindahkan kembali taman ini, walaupun masih sangat di peringkat permulaan. Bayaran masuknya masih sama iaitu RM3 untuk dewasa, dan RM1 untuk kanak-kanak. Bayaran untuk basikal pula mengikut kategori, iaitu RM5 bagi basikal dewasa (macam basikal ada umur pula bunyi ayat ni) pada satu jam pertama dan RM3 untuk basikal kanak-kanak. Jam seterusnya dikenakan kadar caj yang lebih murah. Kalau anda bukan yang suka mengayuh, ada perkhidmatan bas percuma disediakan.
inilah ahli-ahli rombongan yang memainkan peranan utama mengugut saya untuk membawa mereka cycling
Lokasi pertama yang kami tuju. Tasik ini adalah lokasi untuk flying fox dan berdekatan dengan tapak perkhemahan.
disebabkan saya sangat suka melihat air dan kehijauan, jadi mereka terpaksa redha apabila tempat-tempat tujuan utama saya adalah yang berkaitan dengan air.
Ini tarikan tambahan. Waktu saya praktikal dulu tiada tapak permainan ini. Tapi siapa pula yang nak meluangkan masa lama-lama main gelongsor lepas penat berbasikal ye?
bayaran masuk ke Rumah Iklim ini RM3 bagi dewasa, dan RM1 bagi kanak-kanak. Tapi kami masuk percuma sebab under renovation. Budak-budak tu suka la sebab sejuk.
replika Rumah Melayu ini juga tarikan baru. Sangat comel dan sangat digemari oleh Dina (baju merah).
kerana kehijauannya, Taman Hiasan ini menjadi lokasi menarik untuk bergambar.
Saya sangat suka gambar ni. ;-)
Rumah pokok ini sangat menarik untuk mereka yang baru pertama kali datang. Tapi kurang menarik bagi saya sebab gayat bila nak turun. ;-)
tasik ini terletak berdekatan dengan rumah pokok tersebut. Jadi sebab saya gayat saya duduk je la bawah tengok tasik sementara mereka gigih memanjat rumah.
ini juga tarikan baru.
p/s: cuba tengok muka budak ni.
comel kan dia? tadi sampai ternganga main benda alah tu. Sekarang sengih-sengih riang pulak.
mereka telah kepenatan.
turun bukit memanglah senyum. Tak payah kayuh pun.
Ini lokasi terakhir kami.
Sawah padi ini selalu mengecewakan saya. Dah 8 tahun pun takde juga padi.
Kelihatan berhadapan dengan sawah ini, kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan.
Secara keseluruhannya, daripada 10, saya berikan 5 markah kepada taman ini. Walaupun tidak semua tarikannya berada di dalam keadaan baik, tetapi sesetengahnya kelihatan sudah diperbaiki berbanding dengan dahulu. Saya berharap dalam masa 5 tahun lagi, apabila saya ke sini semula, taman ini mampu mengembalikan era kegemilangannya pada tahun 90-an.
Apa-apa pun kami gembira kerana telah berjaya mengeluarkan peluh dengan jayanya. Rasa macam turun 3 kilo lepas balik dari sini. ;-)
No comments:
Post a Comment