Monday, May 9, 2011

Ibu... Ibu... Engkaulah Ratu Hatiku

Setiap kali teringatkan mak, walau di mana pun saya berada, ada satu bayangan kekal yang akan sentiasa mengikuti saya walau ke mana-mana pun.

Bayangan mak ajar saya bacaan-bacaan dalam solat atas basikal setiap hari sewaktu menghantar saya ke sekolah tadika.

credit: www.dreamstime.com

Di antara sekian banyak jasa dan perjuangan mak untuk membesarkan saya, entah kenapa memori yang satu ini sangat kuat lekat dalam ingatan.

Emak saya orang kampung, tidak sekolah tinggi bertingkat-tingkat, tetapi didikannya pada saya mengalahkan orang yang ada Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Dulu, waktu kecil-kecil, setiap kali nampak anak-anak nakal curi sarang burung tempua, mak akan bercerita tentang sedihnya ibu burung yang bersusah-payah bina tempat perlindungan untuk anak-anak dia, pergi cari makan untuk anak-anak dia, tiba-tiba orang curi sarang dia dan anak-anak dia;
dari situ mak semaikan semangat sayangkan haiwan pada saya.

Dulu, bila saya malas makan, mak akan buat macam-macam jenaka dan imaginasi dari bentuk-bentuk makanan, supaya saya seronok dan berselera untuk makan.

Dulu, waktu kami susah, mak tak pernah sembunyikan apa-apa pun dari saya, jadi sejak kecil saya dah faham untuk tak meminta-minta apa yang mak tak mampu beri pada saya.

Dulu, sebab tak nak saya terlalu stress dengan sekolah, mak tak hantar saya sekolah agama, tapi pendidikan dan penerapan agama yang mak beri pada saya lebih berkesan dari ustazah-ustazah sekolah agama.

Mak ajar saya mengaji tiap-tiap malam dan untuk buat saya bersemangat, mak ajar anak-anak jiran sekali, supaya saya ramai kawan dan ada keinginan untuk bersaing.

Mak bukan jenis yang pukul-pukul, angkat tangan, rotan-rotan, tapi nasihat dan kata-kata yang keluar dari bibir mak, lebih mendalam dari bekas kena rotan.

credit: Encik Google

Bila saya masuk U, waktu final exam bila satu hari ada 2 paper, dan berturut-turut 2,3 hari, saya cari mak mengadu, dan berkat doa mak, saya lulus dengan jayanya.

Bila saya takde duit nak bayar yuran waktu nak sambung ijazah, saya menangis kat tangga sebab malu nak mintak duit mak, mak cuma gelakkan saya sambil hulur duit bayar yuran.

Mak tak suka dengan kamera, tapi bila saya konvo, mak dengan rela hati akan bergambar dengan saya sambil tersenyum lebar.

Bila saya cepat putus asa waktu mula-mula kerja dan tak dapat sesuaikan diri, mak tak putus-putus bagi dorongan untuk saya bertahan, sampai akhirnya saya kekal hampir 5 tahun di syarikat tu.

Sekarang, bila saya bagi mak duit lebih, mak tak pernah fikir kepentingan dia, tapi setiap kali dapat duit lebih tu, dia akan fikir siapa yang dia boleh tolong.

Bila saya beli sesuatu untuk mak, dia akan pastikan saya beli untuk diri sendiri juga.

Bila saya ada masalah, dia lah orang pertama yang akan cuba fikirkan penyelesaiannya.

Mak, Selamat Hari Mak!!
Kakak Sayang Mak.
Mak satu-satunya tanpa pengganti di dunia ni.
Semoga Mak panjang umur dan dapat tengok kakak konvo lagi lepas-lepas ni.
Mak lah kekuatan kakak yang tidak mungkin ada yang dapat menandingi!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...