Saturday, May 7, 2011

Apakah Yang Dikejar Dalam Hidupmu?

Tiba-tiba terfikir, apakah sebenarnya yang saya kejar dalam hidup ini?

Nama? 
dengan nama saya yang pelik dan menimbulkan curiosity itu, perlukah lagi saya mengejar nama? ngeh ngeh ngeh 

Pangkat?
erk, tak pernah terfikir nak pangkat tinggi-tinggi jadi Professor ke, VC ke bagai...

Harta?
cukuplah sekadarnya, asalkan saya bole berkongsi-kongsi dengan orang keliling dan jangan sampai perlu meminta-minta kepada orang lain. 

Cinta?
erk? tak terkomen rasanya... sesungguhnya hanya cinta Allah yang kekal abadi.

Maka kalau bukan itu semua, apakah yang kau kejar dalam hidupmu?
Ya, apa sebenarnya yang saya kejar dalam hidup ni ye?

Suami yang hensem?
Anak-anak yang comel dan bijak?
Duit yang banyak bole pegi berwisata sebulan sekali dengan jayanya?

Sesungguhnya tiada apa yang kekal di dunia ini.

Suami yang hensem dan penuh cinta akan mati,
Anak-anak yang comel dan bijak akan berkahwin dan tinggalkan kita,
Harta, pangkat dan nama tidak akan boleh dibawa ke liang lahad,
Duit yang banyak gi travel tiap-tiap bulan tu pun, balik travel abis lah, kena kumpul lagi.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu), kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Maka janganlah dikejar harta yang banyak tetapi kejarlah peluang untuk berkongsi harta yang ada dengan orang-orang yang lebih memerlukan,
janganlah dikejar pendidikan yang tinggi untuk mendapat pangkat dan nama, tapi kejarlah peluang untuk berkongsi ilmu dengan orang lain melalui pendidikan itu,
dan janganlah dikejar anak-anak yang comel, tetapi kejarlah peluang untuk mendidik anak-anak itu menjadi muslim dan muslimah yang soleh dan solehah.....
erk, nak kejar yang ni kena kawin la pulak, nak kawin, kena carik calon la pulak... terpaksa terkedu lagi sekali...

Sesungguhnya hidup ini hanya sementara.
Kejarlah dan beramallah untuk akhirat, kerana itu yang abadi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...