Bandung: Day 4 ~ Pasar Baru
Hari ni adalah hari untuk menghabiskan duit. Destinasi pertama kami hari ni adalah Pasar Baru. Pagi-pagi pukul 9.00 orang baru nak bukak kedai kami da terpacak tersengih-sengih kat situ. Sangat bersemangat waja la konon.
Pasar Baru pun sama jugak macam Tangkuban Parahu & Puncak. Memanjang la kena serbu dengan penjual cenderahati. Tapi harga dia berkali-kali ganda la murahnya daripada Tangkuban Parahu.
Kat sini juga banyak orang jual kain cotton. Nak kata murah sangat sampai tahap meleleh air liur pun tak jugak la. Tengok kualiti kain. Kalau kain cotton yang harga RM50 sepasang kat Malaysia, kat Pasar Baru ni bole la dapat dalam RM36.
Pasar Baru ni cukup terkenal untuk orang yang nak beli telekung. Tapi pendapat peribadi saya mengatakan telekung kat Serikin (sempadan Sarawak-Kalimantan) lagi cantik nak dibandingkan yang kat sini. Harga pun lebih kurang je.
untuk bakal-bakal pengantin, memang berbaloi beli kain kat sini. Cantik dan murah.
kat Pasar Baru ni bukan penjual cenderahati je serbu. Penjual air pun asik kejar kita. Budak ni saya panggil adik Cik Ana, sebab asik dok kejar Cik Ana soh beli air minuman.
iklan jap. Kan da kata orang Indonesia ni suka betul dengan singkatan. Singkatan kat atas tu stands for Polis Seksyen Cicendo. Bangunan balai polis ni berdekatan dengan Pasar Baru.
Bandung: Day 4 ~ Rumah Mode
Lepas Pasar Baru, kami menuju ke Rumah Mode. Kalau Pasar Baru jual barang-barang yang ala-ala UpTown kat Malaysia, Rumah Mode ni jual branded items dengan harga yang menggiurkan. Lagi menggiurkan kalau sampai sini duit pun ala-ala da nak habis macam saya. Oh, keciwa.
Kat sini Rumah Mode ni kami jumpa 4 orang gadis Malaysia yang bersemangat waja bercerita pengalaman mereka kena charge Rp300,000.00 untuk perjalanan 10 minit menaiki teksi. Tapi akhirnya diorang dapat balik duit tu lepas call syarikat Teksi tu dan nak buat report polis. Agak kagum dengan kehebatan diorang mendapatkan balik duit tu.
ini la rupa dalam Rumah Mode ni.
Bandung: Day 4 ~ Toko Tiga
Toko Tiga ni tempat kegemaran pelancong Malaysia. Kat sini sekali lagi terliur tengok jeans dan t-shirt branded yang murah-murah.
dapat gambar dari jauh je. Kat depan Toko Tiga ni pun bersedia la sekali lagi untuk dikerumuni oleh penjual cenderahati ye.
Bandung: Day 4 ~ Factory Outlet
Ada satu jalan kat Bandung ni ~ Jalan Dago, berderet Factory Outlet. Tapi malam tu kami pegi satu je Factory Outlet. Masing-masing pun da penat da. Cuma disebabkan baju Dina yang tak dapat-dapat dibeli juga la kami singgah The Secret.
Depan The Secret ni lain pula kisahnya. Takde penjual cenderahati, tapi ada ramai anak-anak kecil jual koran (suratkhabar). Alahai, tak sampai hati tengok.
ini tempat rehat dalam The Secret. Yang bertopi tu la Erwan.
Bandung: Day 4 ~ Brownies
Satu lagi Bandung ni amat terkenal dengan Brownies. Kami sempat singgah satu outlet jual brownies ni, nama dia Amanda. Bole tahan sedap jugak la brownies dia, dan masih baru keluar dari oven. Menurut Erwan, kalau beli kat tepi jalan, walaupun brand Amanda juga, tapi yang tu tak fresh keluar dari oven macam kat outlet Amanda sendiri.
Bandung: Day 4 ~ Rumah Erwan
Seperti yang dinyatakan sebelum ni, tujuan kami datang ke Bandung ni, antara lainnya adalah untuk melihat gaya hidup penduduknya. Dan disebabkan isteri kepada Erwan ada buka gerai jual nasi goreng kat depan rumah dia, jadi kami pun gigih bagitau Erwan kami nak makan nasi goreng kat rumah dia, sebagai salah satu jalan untuk tengok sendiri cara hidup mereka ni. Jadi, lepas seharian membantu meningkatkan ekonomi Indonesia dengan meleburkan duit-duit kami membeli segala macam barangan yang bole dibeli, kami pun pegi la rumah Erwan.
Erwan ni tinggal dengan mak mertua dia. Kami buat kesimpulan yang mak mertua dia ni agak berada juga orangnya sebab bangunan kediaman keluarga Erwan tinggal adalah dimiliki oleh mak mertua dia ni. Siap ada Warnet (Cyber Cafe), kedai runcit, gerai makan dan yang paling penting siap ada musholla untuk orang kampung lagi.
ni lorong di antara bangunan milik mak mertua Erwan dengan bangunan orang lain. Penempatan diorang memang macam ni. Bole muat sepeda dengan motosikal je. Kereta sume parking tepi jalan besar.
ni salah satu makanan yang dihidangkan. Nama dia pisang aroma. Rupa macam popia, tapi dalam tu pisang, dan luar tu gula.
Hospitaliti keluarga Erwan ni memang patut dicontohi. Dalam keadaan yang dia kata tak bersedia menyambut tetamu, segala jenis makanan dia bole hidangkan pada kami. Dan disebabkan mak mertua Erwan ni ada kedai runcit, segala jenis makanan ringan Indonesia dibungkus untuk kami bawa pulang. Sampai satu plastik besar. Alahai, memang respek lah.
Malam tu lepas balik dari rumah Erwan, kami berusaha keras susun barang dalam beg. Saya yang datang cuma satu beg, balik beg jadi tiga. Itu pun lagi mau membebel duit habis. ;-)
Bandung: Day 5 ~ Pulanglah Sayang, Kami Merinduimu
Diam tak diam da hari kelima da. Flight kami pukul 12.00 tengahari waktu Bandung. Jadi pukul 9.30am kami da bertolak dari hotel. Sampai airport, lepas check in, kena bayar airport tax Rp75,000.00 seorang. Nasib baik kami da diingatkan berkali-kali oleh kawan-kawan yang telah berkunjung ke Bandung. Jadi kami memang spare duit untuk airport tax ni. Kalau tak, mau menggagau.
Akhirnya lepas babai-babai Erwan kami pun baliklah. Sungguh, perjalanan 5 hari yang mengesankan.
Selamat Tinggal Bandung. Insya-ALLAH ada rezeki kami datang lagi.
No comments:
Post a Comment