Friday, April 22, 2011

Melancong ke Bandung II

continuation of Bandung's  Travelog...

Bandung: Day 3 ~ Gunung Tangkuban Parahu

Destinasi kami hari ni adalah Gunung Tangkuban Parahu. Seperti biasa pukul 8.00am kami tunggu Erwan, hari ni kat tepi jalan raya depan hotel, konon-kononnya supaya Erwan tak perlu bersusah-payah masuk parking hotel. 

Semalam sebelum balik, Erwan sempat pesan supaya kami bawa baju, kalau ada masa boleh singgah kat Kolam Air Panas. Jadi masing-masing bersemangat waja la bungkus baju spare. Sekali tertinggal le pulok. Erwan yang penyabar terpaksa berpatah balik. Memang tabik spring kat dia sebab rileks je bila kami kata baju tertinggal. Tapi ye la, nak buat macamana kan, dia pun dibayar, jadi redha je la kami ni entah ape-ape pun kan?

ni la rupanya hutan sepanjang perjalanan ke Puncak Tangkuban Parahu tu. Sangatlah cantiknya.

yang ni diorang jual buaian kot kat tepi-tepi jalan tu.

siap ada orang naik kuda lagi. Tapi ni sebelum sampai kat area hutan yang cantik tu la sebenarnya.

sampai kat sini kena bayar entrance fee Rp 50,000.00 seorang.

lepas bayar entrance fee je jalan mula berlubang-lubang tak rata. Cis!

ok, da sampai atas da. Dari sini bole nampak Kawah Ratu... kan da kata da, kereta diorang ni besar-besar.. (nada kagum)

ini la rupa Kawah Ratu tu dari pandangan atas.


Lepas gambar kat papan tanda Tangkuban Perahu saya da lost control terhadap camera. Mula-mula Erwan jadi cameraman, tetiba ada orang lain hulur tangan ambik kamera. Saya macam biasa ala-ala ngeri nak bagi barang kat orang tak dikenali, sampai la dia tunjuk pass mengatakan dia guide Tangkuban Parahu. 

 Gunung Tangkuban Parahu ni ada sejarah dia sebenarnya. Untuk penerangan lanjut baca sini ye.

Lepas bersuka-suki bergambar kami pun pergi kat ofis Tangkuban Parahu. Kat ofis tu ada orang explain tentang kawah-kawah yang terdapat kat sini dan juga jenis-jenis batu gunung berapi yang wujud. Kalau interested bole la pegi turun kat salah satu kawah kat bawah tu dengan bayaran Rp250,000 untuk 5 orang selama 1 jam. Kalau lebih dari satu jam, payment akan bertambah lagi mengikut setiap tambahan masa. Tapi menurut Erwan, sebenarnya kita bole minta bayaran lump sum Rp 400,000 untuk tempoh masa yang tidak ditentukan mengikut jam. Maksudnya setengah jam ke, satu jam ke, dua jam ke, tiga jam ke, tetap Rp 400,000. Tapi tak tau la apa Erwan kata ni betul ke tak. Kami tak try pun. Sebab terlebih excited memikirkan lepas ni belum tentu jumpa gunung berapi lagi dah, jadi kami pun dengan bersemangat waja menghulurkan duit bayar guide.



salah satu tarikan dalam perjalanan ke Kawah Domas. Harap maklum ini bukan ukiran ye. Kayu pokok ni memang begini rupanya.


ini salah satu tarikan juga. Pokok ni boleh memuatkan orang di dalamnya.


Kat Kawah Domas la cabaran sebenar bermula sebenarnya. Lepas layan kita dengan hospitaliti yang cukup indah sepanjang perjalanan ke sini, para penjual cenderahati pun mula menunjukkan skill menjual barang-barang mereka. Pada sesiapa yang berminat, anda dinasihatkan untuk menawar habis-habisan. Tapi kalau anda spesis takde skill tawar menawar macam saya, redha je la. Kalau anda spesis berani mati macam Cik Ana (sila rujuk gambar wanita bertudung kelabu di atas), anda dinasihatkan berpura-pura meraung mengatakan duit anda dah abis. Sah lepas tu diorang tak berani datang dekat merayu-rayu suruh beli barang lagi dah. ;-)

Bandung: Day 3 ~ Sari Arter Hot Spring

Lepas menghabiskan duit beberapa ratus ribu bersedekah kepada para penjual cenderahati di Tangkuban Parahu, kami pun menuju ke destinasi seterusnya iaitu Sari Arter Hot Spring. Tapi hujan lebat yang amat masa tu. Disebabkan kami da bayar entrance fee Rp15,000 seorang, jadi layankan je la mandi air panas dalam hujan tu.

gambar ni menggunakan teknik fotografi yang agak berlebih-lebihan je sebenarnya.

ni gambaran sebenar hot spring tu.

My personal opinion, Hot Spring kat Malaysia lagi banyak yang lebih menarik dan lebih diyakini tahap kebersihannya daripada ini.

Bandung: Day 3 ~ Paris Van Java

Disebabkan hujan yang turun agak lebat, dan disebabkan Afif yang daripada LCCT lagi sibuk nak kasut Converse, dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgahlah ke salah satu shopping complex yang dinamakan Paris Van Java. Saya pun tersengih-sengihlah dapat singgah sini sebab sah-sah ada kedai buku, dan sah-sah lah saya akan berjaya beli Dwilogi Padang Bulan karya Andrea Hirata yang da sekian lama masuk dalam mimpi saya tapi tak sampai-sampai juga kat Malaysia.

Afif yang bertukar menjadi kacak sebaik sahaja berjaya mendapatkan kasut Converse.
hihi..... saya senyum sampai telinga jumpa novel ni..

inilah makanan kami mengakhiri perjalanan hari ni. KFC kat sini murah. RM3.00 da bole dapat ayam seketul, nasi sepinggan dengan air segelas.

Tamat sudah perjalanan hari ke-3. Sampai hotel pun da malam. Memikirkan da tak lama nak balik Malaysia, hari ni malas da nak fikir pasal iron. Redha je la pakai baju dan tudung tak gosok lagi esok.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...