Wednesday, June 29, 2011

Learned or Learnt?

I learned something new today.
Selalu je nak pening-peningkan kepala fikir.
I've learnt ke I've learned ye yang betul.
The answer is both.
'learnt' is British English while 'learned' is American English.
As simple as that.

Wednesday, June 22, 2011

Sesungguhnya Mati Itu Adalah Pasti!


Did you ever stop for a while and asked yourself..
What is going to happen to me the first night in my grave?
What have I prepared for death?
Will I be in Heaven or Hell Fire?
How often do I remember death?
Think about the moment your body is being washed and prepared to enter your grave..
Think about the day people will be carrying you to your grave, and your families crying..
Think about the moment you are put in your grave..

Just imagine..
Imagine yourself in your grave..
Down there in that dark hole..
ALONE.... it's too DARK..
You cry for help, but there is no answer..
Nobody can help you..
It's too NARROW...
Your bones are squashed...

You regret all the bad things you've done during your life...
You regret missing the 5 PRAYERS...
You regret listening to music...
You regret your disrespectful manners towards everyone, especially your parents...
You regret not wearing your hijab...
You regret ignoring the orders of ALLAH..
You regret ignoring the knowledge of Islam...
You regret all the bad things you've done...
There is NO ESCAPE...
You will face your punishment for every little thing you've done...
You are ALONE in your grave only with your DEEDS...
No money. no jewelry, nothing...
ONLY YOUR DEEDS...

AND WHEN IT IS SHUT,

You feel like screaming and telling everyone not to go...
To stay beside your grave
But, you can't be heard..
They leave you and go and you hear their footsteps...
And hear them crying, they walk away...

You thought you would last forever in this world,
You thought you will stay with your friends and families forever..
You thought you will have fun forever...
No, you were wrong!!!
They left you alone...

Just spend few minutes and look at your future homes...
And spend the whole of your life preparing for them...

You cannot afford to ignore this;
You need to remember this, every minute, every hour, every day...
Every time you are about to commit a sin,
Remember the destroyer of pleasures: 
DEATH

Saturday, June 18, 2011

IELTS TIPS

Alhamdulillah...
Da dapat result baru bole tulis tips. Walaupun result takde la segempak mana, tapi bole la nak kongsi-kongsi pengalaman.

IELTS ni sebenarnya ada 2. Satu Academic Test, biasanya untuk mereka-mereka yang nak sambung belajar.  The other one is General Test, which sometimes is required by MNCs if you want to work with them. Atau kalau-kalau anda nak berhijrah mencari kerja di luar negara, adakalanya mereka perlukan anda menduduki  IELTS General Test ini juga.

Ok, mari kita bercerita dari mula proses nak amik IELTS ni. Mula-mula download borang dari website British Council. Dalam website tu juga ada tarikh-tarikh pilihan yang masih available. Tapi melalui pengalaman, saya jadikan tarikh tu sebagai panduan je. Tak yah isi siap-siap dalam form kecuali kita memang nak anta form hari tu juga. Kalau tak, masa anta form nanti baru confirmkan balik tarikh mana yang betul-betul available. Lepas form da complete, bawa lah ke British Council terdekat, dalam kes saya Kuala Lumpur bersama-sama dengan duit RM570.00. Jangan risau, kalau anda bekerja, British Council juga dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Ada orang daftar melalui agen, tapi yang tu saya tak pasti proses dia macamana dan agen mana nak contact. Waktu register, confirmkan balik dengan dia tarikh pilihan kita. Kalau nak beli buku rujukan, bole beli kat sini juga. Tapi harga dia Ya Ampun, nipis yang amat pun da RM100.00. Kalau rasa-rasa macam sayang duit, jawab je la contoh-contoh soalan yang ada merata-rata kat internet. Masa register ni juga dia akan bagitau test venue. In my case, Listening, Reading and Writing Test di Corus Hotel, and Speaking Test di British Council. It's two different days ye. Kalau nak dapat semua on the same day, kena register sangat awal, sebab dia limit kan kepada 50 seats je untuk yang nak amik semua test on the same day.

Bila da register maka kita pun da ada target ke arah mana preparation kita. Saya register 2 minggu lebih awal. Tapi 2,3 hari lepas register tu je rajin buat latihan. Lepas tu malas dah. Tiba-tiba tersedar da tinggal 2 hari before the test date. Kelam kabut balik masa tu. Padan la muka. Lalala.... 

Bagi saya, antara preparation yang paling penting perlu dibuat adalah on Listening Test. Kecuali anda pernah duduk di negara Mat Saleh, atau anda memang jenis tengok movie tak pernah baca subtitle, maka anda sangat-sangat perlu membiasakan diri dengan slang-slang mereka ini. Mula-mula dengar tu rasa macam nak membebel pun ada. Apa la ko merepek ni. Tapi lepas 2,3 kali dengar da biasa and da bole tangkap da. Sebab tu kena practice before test. Lagi satu, IELTS Listening ni dia bagi chance dengar sekali je. Jadi memang kena biasa-biasakan telinga dan minda untuk menjawab soalan dan mendengar ayat dengan cekap. Itu pun kadang-kadang tak terkejar.

tipu je ni. takde pun earphone ni. dia pasang radio kuat-kuat kita besar-besarkan la telinga dengar. ;-)

Reading for Academic Test, article dia agak mencabar juga kadang-kadang. Mula-mula buat latihan rasa macam da baca 2,3 kali pun  tak faham-faham juga. Ataupun sebenarnya tak fokus sebab artikel tak menarik, mana nak faham kan? Lepas tu baru saya dapat tangkap macamana nak buat. Mula-mula baca sekali lalu soalan. Lepas tu untuk setiap perenggan fahamkan apa sebenarnya yang perenggan tu nak sampaikan. Bila kita bole tangkap benda ni insya-ALLAH kita tak tercari-cari bila nak jawab soalan. Lagi pun, soalan dia ikut turutan. Dia tak kan tanya soalan 5 jawapan kat perenggan no 1. Jadi kita pun tak terkial-kial la mencari-cari anak kambing yang hilang... huhu... abaikan ayat pelengkap yang mengarut itu.

Untuk Writing Test, kalau baca tips di mana-mana pun dia akan kata buat Part 2 dulu sebab yang tu carry more marks from the first part. Dan itu lah yang saya buat. Akibatnya Part 1 saya tak cukup jumlah perkataan, sebab saya sibuk nak check grammar and spelling. Tiba-tiba bila nak anta baru macam terfikir, 'eh, kenapa karangan pertama ni pendek sangat?'. huk, tak sempat da la kan masa tu. Terus band writing paling rendah. Keciwa. Lagi satu, kita ni kadang-kadang bila da lama tak buat karangan (in my case, 5 years da meninggalkan zaman karang-mengarang), buat ayat senang pun kelam kelibut. Maka eloklah buat latihan. At least 1 essay for each part pun jadi lah. Selain mengembalikan tahap pick up minda kita, ia juga membantu untuk kita budget panjang mana sebenarnya essay 150 patah perkataan dan 250 patah perkataan itu.

Ok, last but not least, Speaking Test. Untuk mereka-mereka yang speaking berabuk memang no need to be worried, sebab soalan dia kedengaran sangat biasa-biasa sahaja. Soalan warm up dia biasanya berbunyi: nama sapa? belajar ke kerja? tinggal kat mana? apa yang istimewa dengan masyarakat di tempat tinggal anda? anda suka ke nama anda? (hampeh.com, tau la nama saya pelik). Lepas tu dia akan bagi satu kertas soalan, and mintak kita baca and prepare dalam masa 1 minit, dan bercakap on that particular topic in 1-2 minutes. Sangat penting untuk anda memahamkan soalan di sini. Sebab saya macam ala-ala tersalah arah berfikir masa baca soalan tu. Walaupun jawapan saya takdelah 100% menyimpang, tapi I would have done better kalau saya dapat tangkap soalan tu straight to the point. Kalau ikutkan tips-tips yang saya baca, dia kata jangan berhenti bercakap selagi dia tak kata stop. Tapi saya sebab macam ala-ala blurr dengan soalan, siap berenti tanya dia lagi, da 1 minit ke belum? hihi... at least bercakap la sampai 1 minit jangan kurang. Tapi kalau kurang sebenarnya nanti dia akan tanya soalan yang berkaitan untuk bagi kita bercakap lagi. After part kita bercakap sorang-sorang ni, the examiner akan tanya soalan berkaitan dengan soalan yang kita dapat tadi. For me, jawab je lah. Walaupun slang Si Mat Saleh tu kadang-kadang saya tak dapat tangkap, asalkan kita boleh faham soalan should be no problem. Kalau rasa-rasa macam tak dapat tangkap tanya je balik. 'I beg your pardon Sir' sambil tersengih-sengih. Sebenarnya saya je yang dok senyum-senyum sambil jawab soalan. Examiner tu macam nak senyum tak senyum je. Cis, tak tau ke senyum tu sedekah? Ataupun sebenarnya dia dah lali dengan orang yang tersengih-sengih setiap kali jawapan yang diberikan kedengaran sangat tidak indah dari segi pronunciation and grammarticality nya...

Result akan keluar in 13 days bermula dari tarikh anda amik Listening, Reading and Writing Test. Biasanya dia akan announce tarikh untuk check result pada akhir sesi test anda. Boleh check result dalam website British Council, and the result slip kena collect sendiri di British Council. 

Sebagai tambahan, kat bawah ni ada link website-website yang selalu saya lawati untuk membuat latihan dan mendapatkan tips-tips.



Untuk mereka-mereka yang nak amik test, harap dapat membantu, and all the best!!


Thursday, June 16, 2011

Sang Pemimpi ~ 'Bermimpilah, Kerana Tuhan Akan Memeluk Mimpi-Mimpimu Itu'



Benar kata orang, kesusahan akan menjadikan manusia lebih kreatif,
kesempitan hidup akan menjadikan mausia lebih inovatif,
kepayahan mendapatkan kemewahan akan membuatkan kita lebih menghargai mereka-mereka yang berkorban untuk kita...
manusia akan berusaha lebih gigih sekiranya mereka berada di luar zon selesa..
manusia akan bermimpi setinggi langit seandainya mereka tersepit di dalam jerih perih kepompong kemiskinan

maka, 
teruskan lah bermimpi
tetapi jangan sesekali lupa bahawa mimpi itu tidak semudah A,B,C untuk digapai
teruskanlah bermimpi
tetapi seiringkanlah ia dengan usaha, doa dan tawakal
kata Arai 
'tanpa mimpi orang seperti kita akan mati Ikal!'

adakalanya kita tidak memerlukan untaian kata-kata tanpa henti untuk memberitahu hati kita
adakalanya kita tidak memerlukan rotan dan pembaris untuk mendidik

andai kita tahu membaca hati orang
mungkin kita akan faham sesungguhnya harapan dan kasih sayang boleh disampaikan tanpa perlu dilafazkan

'Ikal, kau jangan hanya fikirkan tentang diri kau. Ada seseorang yang luar biasa dalam hidup kau, yang selalu datang mengambil rapor, dengan baju Safari satu-satunya yang dimilikinya, yang bahkan tidak dia pakai waktu berjumpa bapak Bupati sekalipun, dia memakainya hanya untuk kau Kal.. Kau adalah kebanggaannya'
(oh, tolonglah, saya sangat tersentuh) 

'ayah juara satu seluruh dunia, yang selalu tersenyum, menghadapi cubaan apa pun...'
(tolonglah Mas Andrea, jangan buat saya jatuh cinta lagi dengan kata-kata nan syahdu ini)

komen: 
orang baca post ni mesti pening. takde intro takde apa, tiba-tiba buat kesimpulan umum. Sila tonton Sang Pemimpi untuk memahami jalan cerita sebenar.
(tiba-tiba terasa yang intonasi Bahasa Melayu Belitong ni bunyinye macam Banjar la...)



Tuesday, June 14, 2011

The Zikr


'Wahai orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama ALLAH, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-NYA pada waktu pagi dan petang.'
(Surah al-Ahzab: 41-42)



'Ingatlah, dengan mengingati ALLAH, maka hati akan menjadi tenteram'
(Surah ar-Ra'd: 28)


Saturday, June 11, 2011

Suatu Pagi di Broga Hill

I have been keen to hike to the peak of Broga Hill since I saw Datuk Dr. Sheikh Muzaphar Shukor pre-wedding photos sometimes ago.
And since Broga is near to my new house, I make the effort to start our journey early this morning.Sesudah Subuh.
Berpandukan google map, dan berpandukan instinct Rosmah yang memang sangat bole diharap, akhirnya kami tiba juga di kaki Broga pada pukul 7.00 pagi.

Sangat terkejut sebab kereta dah berderet parking, dan ada juga orang-orang yang dah nak balik.
Entah pukul berapa diorang sampai kat atas tu.

Car Park 

Nak parking dalam ni bayar RM2. Kalau nak free bole parking tepi jalan. 
Sangat untung uncle Tuan Punya Kebun ni. Hasil sawit dapat, hasil duit parking pun dapat. :-)


Dalam kebun sawit ni kena berjalan lebih kurang 10 minit sebelum bermulanya perjalanan ke puncak bukit. Lepas tu mula la meredah pokok-pokok dan lalang-lalang. 
Tapi trek dah ada. Jadi takde la susah sangat. 
Saya yang gigih nak panjat bukit sangat ni, kasut tertinggal kat Meru pun tak peduli. Nak juga panjat pakai selipar. 
Sebelum ni baca dalam blog orang-orang yang dah pergi, ok je, memang ada yang pakai selipar pun, kaki ayam pun ada. 
Tapi melalui pengalaman, saya taubat tak buat dah. 
Memang lah naik dan turun dengan selamat, tapi agak kurang selesa dan memang tak sesuai pun. 
Lagi satu sebab ramai sangat orang yang naik turun, trek dia agak licin, jadi kalau selipar kurang mencengkam kemungkinan untuk jatuh adalah sangat 
besar.

Pemandangan ke bawah dari pertengahan perjalanan. 

Sebelum sampai ke puncak. Cuba tengok puncak tu, dah penuh dengan orang.

Dalam 45 minit, sampai lah ke puncak yang pertama. Dari situ bole nampak 2 lagi puncak. Tapi puncak yang pertama ni trek dia agak licin dan kena berhati-hati.

Pemandangan puncak kedua dari puncak pertama. Sangat cantik kan?

Sangat kagum dengan budak kecil dua orang ni yang dengan bahagianya dilatih oleh mak ayah untuk memanjat bukit. Esok-esok ada anak tiap-tiap bulan saya bawak panjat bukit biar jadi lasak dan gagah.hihi...

Patutnya dari sini bole nampak kampus Nottingham University, tapi cuaca agak kurang menggalakkan.

Punya la ramai orang. Dah macam melawat Tembok Besar Cina pulak gayanya.

Tengah dok bersuka ria dan berehat-rehat, tiba-tiba ini lah yang berlaku. 
Awan berarak, langit gelap, guruh berdentum, semua orang pun kelam kabut berderet-deret turun bawah termasuk lah kami. 

Sampai bawah cuaca cerah, walaupun Auntie ni da prepare pakai baju hujan siap-siap.
Sampai rumah, hujan memang tak turun pun. Sabar je lah.

Apa nak buat kami pun redha je lah balik rumah. Lain kali bole pergi lagi untuk meningkatkan stamina. Tapi secara peribadi, kalau anda seperti saya yang tak suka tempat yang sesak, Broga Hill agak tidak sesuai dikunjungi pada hujung minggu. Punya lah ramai orang. 

Apa pun, saya gembira dengan aktiviti mengeluarkan peluh ni, walaupun tertipu dengan langit yang gelap secara tiba-tiba itu, menyebabkan masa yang diluangkan di atas puncak teramatlah sekejapnya. ;-)


Friday, June 10, 2011

'Your Mother'

ketika meng'google2' blog tadi terjumpa lagu ni terus jatuh cinta.
mak.... i miss u....




Your Mother
by Yusuf Islam

Who should I give my love to?
My respect and my honor to?
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My Mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No other but your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears
Knows your fear
Who really cares
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

Wednesday, June 8, 2011

hAsAd

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Tiga sifat yang tidak seorang pun selamat daripadanya iaitu takut (kerana sesuatu), buruk sangka dan hasad dengki. Jika kau berasa takut (kerana sesuatu) maka jangan mundur (hadapilah), jika kau berhasad maka jangan lanjutkan, dan jika kau bersangka buruk maka jangan buktikan (jangan mencari buktinya)." 

~Riwayat al-Baihaqi~


Sunday, June 5, 2011

Saya Ter-Over Value Diri Sendiri

All this while I am a true supporter of the government initiative to increase the number of public transport users in Klang Valley from 16% currently to 25% by the end of 2012.

I can't remember whether this figure is true or not, but I read an article before that mention, in developed countries 80% of the citizens use public transport, while in Malaysia,this is clearly the other way around.

In developing country like Malaysia, public transport is seen as a low class vehicles, mainly for the poor. This perception was even mentioned in a newspaper article, but in a way that looks like nothing is wrong with this kind of thinking. On the other hand, I remember also reading an article saying that, a difference between a developed nation and a developing nation can be seen from the people perceptions about vehicle. In developed nation, either you drive a luxury car, or a low end car, or using a public transport, nobody will care, because they are just a means of transportation for you to reach your destination. But in a developing country like us, this issue seems like a great big deal.

ok, saya da lari tajuk. da la poyos speaking berabuk sebab baru amik IELTS pagi tadi. apa ko nak citer sebenarnya ct?

Citer dia pendek je sebenarnya. Tengahari tadi balik dari test IELTS, saya naik la bas dari Klang ke Meru. Memang saya biasa naik bas ke mana-mana, tapi kalau dari Klang ke Meru ni lemah betul jadinya. Almaklumlah, penduduk-penduduk pribumi Meru yang lain pun rasanya memang mengelak naik bas bila hujung minggu. Apa taknya, dalam bas penuh dengan segala bangsa di dunia. Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal, India (ini India dari India ok), Vietnam dan sebagainya. Perasaan ala-ala ngeri dan muka ala-ala garang memang terpamer sepanjang perjalanan bila terpaksa berhimpit-himpit dengan mereka-mereka ini.

utusan.com.my

Tak tau la mungkin sebab warga asing kat Meru ni da lagi banyak dari penduduk asal ke atau sebab rupa saya ni memang ada ciri-ciri international ke apa, tapi ini kali kedua saya dapat soalan dari TKI dan segala TK yang lain ni. Kes pertama dulu, ada sorang mamat Indonesia ni berdiri kat tangga bas dok gigih pandang saya. Bila tempat sebelah saya kosong, cepat-cepat dia duduk dan tanya 'kamu Indonesia ya?'... hish, bukanlah, tau la atuk saya Jawa. Tapi kes tadi lagi tak bole blah. Mamat Bangla tu dok pandang-pandang, lepas tu lama-lama da tak leh nak kawal curiosity agaknya, dia pun tanya 'awak Bangla?'.... cis, kot la ingatkan tengok-tengok tu nak cakap 'you look like Beyonce'.Rupanya nak kata saya datang dari negara dia jugak. Huh, hampeh.com...

Pendatang-pendatang asing di Meru, tolong lah, kat Meru ni ramai lagi tau rakyat tempatan. Jangan la dok ingat yang naik bas tu semua warga anda-anda semua... :-(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...