Saturday, April 19, 2014

Meredah Sungai Chilling Fish Sanctuary

Minggu lepas, atas ajakan seorang teman dan kumpulannya yang kaki jungle trekking dan hiking, saya dan keluarga (tak menahan bawak rombongan Cik Kiah tu) meredah hutan ke Sungai Chilling Fish Sanctuary di Kuala Kubu Bharu. Bertolak seawal jam 7.30am, perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam untuk ke lokasi. Dalam perjalanan ternampak signboard Fraser Hill, hampir-hampir kami menggoda Halim untuk menukar arah tujuan, kalau tidak mengenangkan dah janji dengan kumpulan peredah hutan tu. Hihi... (memang dah goda pun, tapi Halim tak tergoda. Kuat iman sungguh ;p)

Dalam perjalanan, sempat berhenti di Empangan Sungai Selangor yang surut teruk airnya. Masya-Allah. Saya sangat insaf. Sampai ke hari ni saya rasa bersalah kalau guna air secara berlebihan lepas tengok sendiri depan mata macamana teruknya keadaan air di empangan ni.

Sila google image gambar sebelum fenomena surut ni terjadi ye. Saya pasti tuan-puan juga akan insaf.

Empangan ni tak jauh dah pun dari lokasi Sungai Chilling tu. Parking di kawasan lapang yang disediakan, kena jalan sikit dan akan jumpa pintu gerbang Sungai Chilling. Hutan ye tuan-tuan dalam tu, hutan. Jalan kaki di atas jalan yang agak elok, dan akan terjumpa pintu pagar. Ada booth tiket dalam tu dan perlu bayar seringgit entrance fee. Seterusnya biar gambar yang berbicaralah ye...

Ini pintu pagar yang dimaksudkan, lepas jalan beberapa ratus meter dari pintu gerbang utama.

Ada kawasan lapang yang ramai orang camping.

Ada wakaf disediakan, jadi orang yang bawa anak-anak kecil boleh berkelah di sini dan mandi di sungai bawah jambatan tu tanpa perlu meredah hutan.

Ni sungai bawah jambatan yang dimaksudkan.

Jambatan ni menandakan permulaan nak meredah hutan.

Ni pemandangan dari jambatan. Teruja sungguh tengok, sekali Cik Ana and the gang melompat-lompat sampai bergoyang jambatan, terus hilang keterujaan nak amik gambar.

Kan dah kata hutan tadi.

Sebahagian dari perjalanan.

Sebelum sampai ke destinasi, perlu meredah lebih kurang 5 sungai. Yang ni paling tak mencabar. Bila dah ke hujung, orang yang tak cukup ketinggian dah terhuyung-hayang. ;p

Tak masuk hutan tak jumpa la benda-benda ni kan? Sapa tak kenal, ini nama dia Periuk Kera ye..

Nampak tak ikan-ikan tu? Inilah sebenarnya yang paling mengujakan kat sini. Sangat banyak kelah berkeliaran di sungai ni. Sebab air sangat jernih jadi boleh nampak dia berenang-renang. Tak boleh tangkap ye. Masuk penjara nanti. ;-)

Ini destinasi akhir. Air terjun yang cantik, Subhanallah.




Lepas puas mereka bermandi-manda, dalam pukul 12 lebih kami bertolak keluar dari air terjun tadi. Tapi sempat lagi tu, asal nampak spot cantik je kami berhenti, dan Halim and the gang terjun lagi dalam air. Sampai kat jambatan permulaan tu pun dia sempat masuk air lagi.

Lepas Zuhur baru kami keluar dari sini. Jangan risau surau ada disediakan, walaupun 'maintenance'nya agak menyedihkan. Dalam perjalanan pulang, sempat lagi berhenti di jambatan yang view bawahnya sangat cantik lalu kami keluar mengambil gambar.



Saya kira orang tak gemar ikut kami sekeluarga, sebab kami berhenti suka hati bila rasa teruja dengan sesuatu. Dari banyak-banyak kereta peredah hutan yang ikut pada awalnya, akhirnya tinggal kami sekeluarga having our own sweet time. Masih sempat excited nampak cendol dan gerai buah-buahan yang berderet-deret di tepi jalan KKB, tapi disabarkan Halim dengan janji 'nanti kita ke Fraser Hill ye....'. Hihihi...

Ok dah. Sila kembali ke jalan yang lurus. ;-)

Nota Kaki:
Eh, tetiba ada video. Tolong promote hasil kerja adik sendiri jap ye. Videonya agak kurang berkualiti. Tapi insya-Allah masih boleh nampak daya tarikan Sg Chilling. Sila abaikan manusia-manusia yang enterframe itu.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...