Tuesday, August 28, 2012

Macam - Macam

Nampaknya waktu paling tidak produktif dalam proses membaca saya adalah pada pukul 2.00 ke 3.00 petang. Waktu-waktu macam ni, mata macam digam untuk tertidur. Huhu....

Raya
Selamat Hari Raya!!!
Raya dah sepuluh hari berlalu pun. Dalam tempoh tu dah ada yang buat kenduri kahwin, kenduri aqiqah, kenduri doa selamat, dan yang utamanya jemputan open house mula menderu-deru. Raya tahun ni rumah sangat penuh dengan tetamu. Tetamu-tetamu yang tak pernah datang pun muncul. Maka saya macam biasa menjadi bibik sepenuh masa yang mencuci gelas dan men'top up' kuih raya. Haha...

Bercakap pasal raya, di sebalik kemeriahannya, ada sesuatu yang buat saya agak kurang senang hati. Bila berjumpa dengan mereka-mereka yang bukan mahram, sepupu, ayah kawan-kawan, tiba-tiba hulur tangan nak bersalam... alahai.... terseksanya jiwa raga. Kalaulah..... Kalaulah semua orang faham tentang halal haram kan?

Birthday Mak
Hari Ahad lepas birthday mak. 26 Ogos. Mak, walaupun kakak tau takkan mungkinlah mak baca blog kan, tapi kakak nak ucapkan juga Selamat Hari Lahir Mak!!! Mak lah cinta pertama kakak yang takkan mungkin ada pengganti yang lain di dunia ini. Semoga mak panjang umur, dan bahagia sentiasa, di dunia dan akhirat. Semoga nantinya kita dapat berkumpul bersama di syurga Allah. [kakak janji nak jadi anak yang baik dan hamba Allah yang baik supaya nanti kita dapat jumpa lagi di syurga ye mak] Tetiba terasa macam nak nangis lak. Huhu...

Kena Cakar Langsuir?
Adik saya, orang sibuk beraya, dia gigih berjalan cuti-cuti Malaysia di Melaka. 
Tiba-tiba balik dengan muka takde perasaan dia bercerita.
"Kau tau, aku tidur kat hotel masa kat Melaka tu, aku bergaduh dengan hantu"
"Cerita tipu ke betul ni?" komen saya yang selalu terkena dengan adik yang
 memang suka mengenakan orang itu.
"Nampak tak badan aku calar-calar? Kena cakar dengan langsuir"
"Macam mimpi ke?"
"Aah, tapi betul-betul kena cakar."
"Abis tu kau takut ke tak ni?"
"Biasa je.."
Hish, budak kalau memang takde perasaan memang macam tu.
Dah bergaduh dengan langsuir pun selamba je. 
Tapi lepas tu kena bebel dengan mak tidur tak baca ayat kursi. Haha...


Ok, dah hilang ngantuk. Nak sambung membaca. ;-)



Wednesday, August 1, 2012

Mari Belajar Bahasa Arab..

Mari belajar Bahasa Arab,
Bahasa indah, bahasa Al-Quran,

Sapa-sapa yang biasa dengar IKIM.fm pasti kenal lagu kat atas tu. Disebabkan saya tengah bersemangat nak belajar bahasa Arab, sikit-sikit pun takpe lah, satu hari satu perkataan pun takpe, maka saya pun dengan rajinnya nak menyenaraikan kosa kata Bahasa Arab yang selalu digunakan orang, tapi saya tak faham maknanya, hasil peng'google'an yang dijalankan.

Waiyyakum - sebaliknya / semoga kamu juga demikian
Tafadhol - silakan
Jazakallah - semoga Allah membalasmu
Jazakumullahu khairan - semoga Allah memberi balasan kebaikan kepadamu
Syafakillah - semoga Allah memberikan kesembuhan kepadamu
Barakallahu fik - semoga Allah memberikan keberkatan kepadamu
Syukran - terima kasih
Husnudzon - bersangka baik
Habluminallah - hubungan dengan Allah
Habluminannas - hubungan dengan manusia
Tsiqah (siqoh) - boleh dipercayai
Mardhatillah - keredhaan Allah
Mujahadah - bersungguh-sungguh
Tsabat - kekal

Uhuk2, nanti lain kali bole sambung lagi. Yang tersenarai ni pun macam teringat-ingat lupa. Satu tips oleh sahabat Albania dalam kelas, "when you learn 1 word of foreign language, use it, if not, you'll forget about it." Betul la tu. Sebab yang selalu saya guna adalah syafakillah dan syukran, maka yang tu je la saya ingat. Ish ish ish...

Eh eh, baru nak tutup cerita, tiba-tiba terjumpa blog ni. Hukum mengucapkan syukran. Dia kata sepatutnya yang lebih utama diucapkan adalah Jazakallahu khairan (semoga Allah membalas kebaikanmu). Baiklah, lepas ni nak practice guna jazakallahuu khairan dalam perbualan pula. ;-)

sumber:
http://www.irwanto.net/assunnah/568/makna-barakallohu-fiikum-jazakumulloh-khoiron-syukron.html
http://addariny.wordpress.com/tanya-makna/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...