Yeehaaa!
Hitam sun burn pun masih legam lagi. Hahahaha...
Rajin tulis entry sebab ngantuk nak tertido-tido baca artikel.
Hari Pertama
Kami ke Perhentian sempena cuti panjang yang lepas. Check in hari Isnin dan pulang hari Rabu.
Punyalah susah nak cari chalet, sebab cuti panjang melampau maka semua tempat fully booked.
Tetiba En Suami terjumpa satu chalet kosong, lalu dengan pantasnya buat booking untuk dua bilik.
Lambat melepas katanya.
Without realizing it is the beginning of a nightmare. Hahaha...
Arakian tersebutlah alkisah, kami tiba di jeti Kuala Besut lebih kurang jam 1.00 petang.
Sempat merayau-rayau, makan dan sebagainya sebelum bertolak dengan bot ke Perhentian Kecil yang mengambil masa dalam 40 minit.
Dalam pukul 2 lebih kami tiba di Coral Bay, Pulau Perhentian Kecil.
Depan Amelia Cafe.
Lauk banyak, air sedap, maka hati pun gembira.
Lepas makan datang staf Amelia bawa kami ke bilik.
Bilik pertama yang kami tempah adalah bilik sea view untuk dua orang, dengan harga pakej RM420.00.
Tiba-tiba bila sampai, buka pintu, ada satu katil queen size, beberapa katil single, dan satu katil double decker di dalamnya.
Bilik sea view berwarna ungu.
Dengan view sepah-sepah depan bilik.
Sekian.
Apakah motifnya kami nak duduk dua orang atas katil banyak-banyak.
Rupa-rupanya bilik tu kalau nak duduk dua orang dia bagilah harga dua orang, nak duduk 4 orang dia kurangkan harga pakej.
Ceh, musnah impianku nak honeymoon tengok bilik tak menarik.
Disebabkan kami datang dengan mak mertua dan sepupu suami isteri, maka mereka ambil bilik sea view tu, dan kami ambil bilik lain.
Memang basic yang amat.
Langsir pun pakai sangkut guna paku je.
Katil tukang sendiri, En Suami tunduk-tunduk nak charge tipon kena bucu katil tajam.
Terus kami gelakkan Tuan Chalet, bajet ya ampun, melampau-lampau.
As expected, sabun takde, apa pun takde, cermin pun takde.
Tapi kami malas nak complain banyak, sebab bilik belakang tu kami bayar pakej RM320 je.
Bilik kami.
Bilik depan tadi, bilik air dia kotor ya ampun, sampai terpaksa sental sendiri sebelum guna.
Sink berlubang, bilik air tersumbat, air tak boleh keluar.
Atas toilet flush ada sanitary pad entah sapa punya tak dibuang.
Diulangi, ada sanitary pad kotor yang tak dibuang.
Air kuning giler, sampai saya terpaksa pejam mata sebelum basuh muka.
Yuck!
Entah air Pulau Perhentian memang kuning atau Amelia Chalet ni tak cuci tangki air tak tau la.
Tapi yang pastinya memang sangat menggelikan.
Cadar dah nipis mungkin dah sepuluh tahun tak berganti.
Sarung bantal bau kepam.
Done membawang.
Sekian kehanginanku terhadap Amelia Chalet telah kulepaskan.
Maka hari pertama berakhir dengan seluruh kehanginan terpendam.
Petang tu kami jalan-jalan sekejap kat pantai, sambil-sambil amik gambar.
Malam tu lepas makan malam kami jalan kaki meredah hutan ke Long Beach, sesaja gatal nak tengok orang buat fire show.
Fire show.
Nak kena redah hutan lagi woi malam-malam.
Walaupun kebanyakan jalan tu ada lampu, sebab sebenarnya banyak je chalet dalam hutan tu, tapi still, hutan tetap hutan.
Kalau sesat kang naya je.
Hari kedua
Mengikut pakej yang kami ambil hari kedua ni ada snorkeling ke lima tempat.
Kata pekerja kat Amelia Cafe tunggu kat pondok depan chalet pukul 10am.
Pukul 9.50am ada pekerja kat pondok depan chalet kata tunggu kat cafe.
Pergi cafe, pekerja cafe kata tunggu kat pondok yang ramai orang.
Pergi kat pondok yang ramai orang, tukang bot kata tunggu kat cafe.
Eh, ingat ni main sep tiang kejap sep cafe kejap sep pondok.
Memang staf Amelia ni agak pelik.
Termasuklah owner Amelia tu sekali.
Haish, stop, tak nak sambung membawang.
Maka akhirnya kami tunggu depan cafe dan datanglah bot ambil kami berlima, dan satu lagi couple dan anaknya.
Point pertama snorkeling adalah coral point.
nampak tak ikan tu? Hihi.
Sebab pening duduk dalam bot terayun-ayun. Haha..
Berjaya jugaklah nampak coral yang besar sangat-sangat dalam air tu.
Point kedua adalah 'shark point'.
Tapi dia berhenti agak jauh sebab shark tu main kat tepi-tepi batu.
Saya terjun dan main air tepi bot je (boleh macam tu?)
Tak berani nak pi shark point takut tak kembali.
Masalahnya saya berenang tak bergerak.
Faham tak kenapa? Hahaha...
Lepas shark point kami ke Turtle point.
Mula-mula saya tak nak terjun.
Tapi sebab seumur hidup tak pernah tengok turtle real dalam air laut, jadi dengan semangatnya terjun jugak.
Lepas tu hanyut kena bawak air, laki bini jerit 'tolong kami hanyut'
Punya gigihlah saya mendayung kaki tangan, ingatkan memang dah hebat sampai kat bot, tetiba Mak Mertua kata bukan kami yang pergi kat bot, bot yang pergi kat kami.
Ya ampun, memalukan.
Tak fahamlah, kenapa saya berenang tak bergerak ye?
Lagi tak faham, kenapa suamiku pun berenang tak bergerak? Hahaha...
Lepas turtle point ni kami ke Kampung Nelayan makan tengahari.
Kampung Nelayan, Pulau Perhentian Kecil.
Syok je tengok pakcik-pakcik pi masjid naik basikal.
Jenih kan air ni?
Lepas dah kenyang makan tengahari bot berhenti kat rumah api, yang ni lagi tengah laut.
Abang bot kata coral cantik-cantik, colourful.
Tapi disebabkan saya dah syok bagi makan ikan dari atas bot, maka saya tak jadi terjun.
(Eleh, cakap je la sebenarnya takut hanyut lagi lepas tu berenang tak bergerak lagi. Haha)
Light House.
Point terakhir adalah Romantic Beach.
Cantik pantai ni.
Pasir putih, dan landai.
Sampai jauh ke dalam pun kaki masih jejak lagi.
Eceeh, kat sini eksyen berenang-renang di tepian pantai tengok ikan.
Kaki boleh jejak dasar katakan.
Romantic Beach.
Romantik gitu sebab tak jerit-jerit hanyut.😜
Lepas tu tertidur kepenatan.
Malam makan BBQ yang dihidangkan (bukan bakar sendiri okay) dan tidur awal sebab tangan lenguh berenang tak gerak-gerak. Hahaha
Hari Ketiga
Konon-kononnya cita-cita pagi ni nak panjat tangga ke Kincir Angin.
Tapi lepas sarapan dah pukul 9, kami takut terkejar-kejar nak jalan kaki ke Long Beach lagi, nak panjat tangga lagi.
Akhirnya kami ke Long Beach je, ambil gambar, posing-posing, tengok-tengok keliling, balik Coral Bay, minum air nanas dan pukul 12 naik bot balik ke Kuala Besut.
Long Beach di hari siang.
Sekian percutian 3 hari 2 malam yang dipenuhi aktiviti membawang selama beberapa jam.
Bukanlah nak expect service hebat macam pakej ribu-ribu, tapi paling kurang pun kami harapkan bilik yang bersih. Bersih. Full stop.
Ups, terbawang lagi.
Dah lah.
Bye.