Friday, August 19, 2016

Cuti-Cuti Pulau Tioman

Hujung minggu lepas disebabkan teruja dengan tabungan jalan-jalan yang dah penuh, tanpa dirancang kami ke Tioman. Ini cubaan kali ketiga. Cubaan kali pertama adalah sewaktu cuti Tahun Baru Cina yang lalu tapi sampai Alor Gajah Encik Suami patah balik sebab hujan sepanjang jalan dan dia tak sedap hati nak meredah jalan sunyi ke Mersing pukul 2 pagi. Haha.. Macam tu pun boleh. 

Camnilah rupanya jalan ke Mersing tu, lalu jalan dalam.
Tapi yang ni tak seram sebab terang. 
Ada part yang hutan kiri kanan. Ada part yang kelapa sawit kiri kanan.
Stesyen minyak takde, rumah tak nampak dari jalan. 
Bayangkan pukul 2 pagi lalu jalan macam ni sorang-sorang. 
Nak intai cermin pandang belakang pun seram. ;-)
Tambah-tambah pulak lepas baca IIUM Confession - Dikejar Syaitan Highway PLUS. Kahkah..


Cubaan kali kedua adalah keesokan harinya setelah cubaan pertama. Juga gagal kerana laut bergelora. Sempatlah kami sampai jeti Mersing dan merasa angin kuat sekuat-kuatnya selama berjam-jam.

Dari pukul 4 pagi kami sampai jeti sampai pukul 7 pagi angin kuat tak berhenti. 
Pokok-pokok tu meliuk-lentuk kena tiup angin. 

Jadi kali ni tanpa plan Encik Suami call chalet-chalet di Kampung Salang Tioman dan dapat bilik kosong di Salang Mutiara. Tu pun tak baca review, tak google tak apa sebab dapat nombor dari chalet lain yang dah penuh. Pakai redah je. Kami ambil bilik je tanpa pakej sebab memang niat cuma nak berehat sambil membaca.

Jadual feri Tioman ni tak menentu sikit. Dia ikut keadaan laut. Masa call dia kata kalau dari Mersing kena ambil feri pukul 2 tapi kena balik pagi sebab feri ada sampai pukul 2 petang je. So kami buat keputusan ambil feri dari Tanjung Gemuk.

Suasana tempat menunggu Jeti Tanjung Gemuk.
Saya suka sebab tak sesak.

Plan waktu Tahun Baru Cina hari tu kami nak duduk di Panuba Inn, sebab terpengaruh dengan kecantikannya yang viral. Bila baca review dalam Trip Advisor nampak macam kurang enak. Tapi sebab dah book bilik kami teruskan juga, cuma tak berkesempatan nak sampai sebab tak boleh naik feri. Bila nak pergi kali ni saya tanya kawan yang baru-baru ni stay di Panuba Inn, nampaknya review Trip Advisor dengan cerita kawan lebih kurang sama. Jadi kami decide untuk ke Kg Salang atas recommendation sepupu.

Kami ambil feri jam 11 pagi, sampai Jeti Kampung Salang pukul 1 lebih. Punyalah lama sebab Kampung Salang ni hentian terakhir. Feri Tioman ni macam bas berhenti-henti tu. Dia singgah setiap jeti yang ada kat Tioman untuk turunkan penumpang. Saya dah tahap tidur bangun, tidur bangun, pun tak sampai-sampai Salang lagi.


Ni pemandangan pertama disajikan sebaik tiba di jeti Salang.
Cantik dan mengujakan.


Nak juga close-up gambar rumah tu.
Menggiurkan sungguhlah.
Rasa nak suruh suami beli hutan satu buat rumah camni. ;-p ok, mengarut.
By the way, resort ni terbiar. Saya baca dalam forum kata tak diluluskan sebab tak memenuhi syarat keselamatan.

So dari jeti kami jalan sampai di penghujung ada sorang kakak menyapa, kami tanya mana Salang Mutiara, dia kata hujung sekali, dalam sepuluh minit jalan kaki. Mula-mula excited lagi, tapi lama-lama penat. Sepuluh minit tu jauh rupanya. Haha..

Camni la lebih kurang gaya lorong jalan kaki di Kg Salang ni.
Ada part yang nampak laut terus, ada part yang tertutup dengan bangunan macam ni.
Sementara nak sampai Salang Mutiara, lalu beberapa chalet, kedai runcit, kedai souvenir, dan kedai makan.


Dalam ni kaunter check in Salang Mutiara ni.

Berdepan dengan ofis tadi adalah kedai makan ni, yang makanan dia sedap tapi mahal yang amat.
Sup sayur untuk seorang makan RM15 oi.

Kedai makan dan ofis Salang Mutiara ni menghadap pantai.
Tapi pantai ni sangat banyak batu yang tak memungkinkan orang untuk mandi.
Sakit kaki pijak batu nanti.
Kebetulan waktu sampai air tengah surut, nampak pulak batu banyak-banyak, terus Encik Suami kata 'rasa macam nak balik pulak, kecewa'
Kahkahkah, hantu laut memang macam tu. Saya ok je asal dapat jalan semua best.

Ini bilik kami. View cantik sebab memang sea view. Hihi
In fact hari kedua tu kami duduk kat beranda dua orang study sampai tengahari.
Punya semangat nak membaca mengadap laut. ;-p

Tapi bilik ni bagi saya agak mahal, campur GST harga satu malam dalam RM145, tapi tombol pintu nak tercabut, air cuma ada di sink, bila dah complain baru ada air di semua paip. 
Lantai dia pun condong sikit, kalau sujud masa solat tu boleh rasa la terjongket ke depan. Haha
Cuma satu servis dia bagus, complain atau request apa pun semua dia handle dengan pantas.

Hari pertama kami tak buat apa, lepas makan tengahari tertidur kepenatan. Malam tu study kejap, lepas makan malam pun tertidur kepenatan lagi. Melampau betul penatnya. Tapi saya salahkan ubat mabuk laut sebab buat saya asyik ngantuk sepanjang hari. ;-p

Bangun pagi hari kedua tengok air tengah pasang. Excited kejap ambil gambar depan bilik, lepas tu masak maggi makan berdua. Nikmat betul rasa makan Maggi setiap kali bercuti. ;-P

Boleh nampak tone colour air tu. 
Batu-batu tu masih ada, cuma tak nampak banyak sebab dah tenggelam dalam air.

Boleh nampak yang pantai sepanjang Kampung Salang ni dipenuhi dengan karang yang terdampar tu.
Waktu snorkeling petang tu, bila kat tepi-tepi sempat saya kutip-kutip karang ni dalam air.
Berangan nak buat perhiasan bila balik nanti kononnya.
Tapi entah kenapa lepas tu tak sedap hati, letak balik tak jadi bawa balik.

Petang hari kedua ni kami jalan dalam 15 minit untuk ke kawasan yang tak banyak batu. Mula-mula berangan nak main air je, tapi tak tahan tengok ikan comel-comel, nak berenang tak reti asyik terbalik kena tolak ombak. Suami kesian dia pergi sewakan life jacket dengan goggle, lepas tu saya lupa dah kat suami sebab semangat mengekor ikan. ;-) Satu gambar pun takde petang tu sebab Encik Suami punya kecewa petang semalam pasal banyak batu tu terbawa-bawa ke hari ni. Kahkah.. Kesian.

Hari ketiga tu kami plan nak balik petang, tapi pagi-pagi tukar fikiran nak naik feri pukul 9am. So pagi tu sebab masa dah tinggal sikit, mulalah sibuk nak bergambar. Sekali tengah beria ambil gambar, dalam pukul 8.10am feri muncul kat jeti. Apa lagi larilah macam anak badak tercungap-cungap. Tunggu punya tunggu rupanya pukul 8.30am baru dia gerak. Ingatkan dia jalan balik terus, tapi dia baru nak singgah satu-satu ke jeti lain. Adoiii sejam lebih rasanya baru sampai kampung yang pertama. Pukul 11 lebih baru sampai Tanjung Gemuk. 

Dari Jeti Tanjung Gemuk ni kami gerak balik perlahan-lahan. Waktu terkandas cuti Tahun Baru Cina hari tu sempatlah kami menginap kat Kuala Rompin sebab tak larat nak drive balik KL. Masa tu baru saya tau Kuala Rompin sangat terkenal dengan udang galah. So kali ni dalam perjalanan kami singgah beli udang galah fresh bawak balik. Harga dia ikut gred. Kami pergi ke dua gerai, harga udang galah gred B+ RM65 sekilo. Berbaloi jugaklah dari makan kat kedai 4 ekor dengan nasi dan sayur kacang dua orang RM96.

Ni lah gerai udang galah 4 ekor RM96 tu.
Saya rasa suami saya dah kena mandrem dengan kedai ni sebab pagi kami baru sampai hari tu dia singgah sini lagi makan nasi lemak lauk sotong dan telur + Teh O' Ais seorang RM12. Rasanya kat KL pun tak semahal tu.
Tapi untuk buktikan yang saya ni cuma bersangka buruk, balik dari Tioman suami singgah lagi kedai ni makan tengahari. Nasib baik dia caj makanan kami berdua tengahari tu cuma RM16. 
Insaf saya seketika.

Jadi dalam perjalanan balik tu sebab hari masih cerah sempatlah kami menikmati pemandangan indah selepas melewati kawasan felda yang sungguh panjang dan sunyi tu. Masuk Negeri Sembilan saya mula rasa gembira sebab boleh nampak macam-macam contohnya

Sawah padi yang hijau di tepi jalan.

Daging salai, ayam salai, itik salai, ikan salai dan segala jenis salai bergayut-gayutan.

Juga singgah makan durian, minum cendol, makan masak lomak cili api sampai kekenyangan.

Kami tiba di Meru untuk hantar udang galah pada keluarga tersayang petang tu hampir pukul 7pm sebelum balik KL semula.

Iklan:
Cantik kan?
Kagum dengan skill ambil gambar sendiri yang dah improve.
Kiki, ya ampun, tolong jangan muntah.
By the way, ini kat Terengganu, bukan Tioman. 
Nama pun iklan. Hehe


Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...