Sabtu yang lalu, lepas bertungkus-lumus menyiapkan assignment selama 4 hari 4 malam berturut-turut dengan tidur yang cuma sejam dua, saya buat muka comel minta suami bawa jalan-jalan melepaskan lelah. Pagi lebih kurang jam 8.30am kami bertolak tanpa destinasi yang pasti, tapi menuju ke arah Pantai Timur. Sambil fikir-fikir set GPS ke Teluk Cempedak dan tiba di sana lebih kurang jam 12 tengahari.
Cuaca agak mendung waktu kami tiba. Hujan sedikit renyai tapi kemudiannya berhenti.
Kat tepi tu ada jambatan kayu untuk berjalan ke hujung pantai, monyet banyak kat situ. Encik Suami agak nakal pi sergah dengan batang monopod, dengan ganas monyet tu tunjuk gigi nak kejar.
Air jernih dan cantik. Batu-batu besar yang banyak menambahkan keindahan landskap.
Lepas melawat kawasan dan feeling-feeling ambil gambar, kami singgah di gerai makan order nasi goreng sepinggan dan air. Punya lama, sejam lebih baru dapat nasi goreng yang dipesan, bukan sebab tukang masak potong bawang satu-satu sebelum masak, tapi sebab pelayan lupa nak hantar. Last-last pi hantar nasi goreng sejuk. Sabar je lah.
Disebabkan hangin dengan nasi goreng sejuk tu, kami teruskan perjalanan ke Cherating pula. Haha... saja cari alasan nak jalan jauh lagi sebenarnya.
Sampai Cherating Lama, Encik Suami saja-saja tanya chalet, dan tak sangka masih ada yang kosong. Sedangkan waktu tu cuti sekolah dan cuti umum Hari Jadi Agung. Rupa-rupanya tak ramai orang sibuk nak berjalan menjelang Ramadan. Excited punya pasal sebab ada bilik kosong, terus buat bayaran untuk satu malam tanpa tengok-tengok bilik yang lain.
Ini Riverside Beach Motel. RM120 satu malam. Facilities sangat basic, tapi yang bestnya lokasi memang berdepan dengan pantai.
Lepas check-in dan rehat-rehat kejap, kami keluar ke arah Kemaman nak cari makanan. Dalam perjalanan sempat singgah makan keropok lekor, dan sambil merayau-rayau lagi singgah pula makan durian.
Lepas makan durian singgah ke tepi sungai ni kejap. Jalan-jalan ambil angin.
Pemandangan dari tepi sungai tadi. Nampak perkampungan nelayan di situ. Cuaca memang suram petang tu, tu yang gambar semua kurang cahaya.
Lepas ambil angin seketika kami balik ke Chalet semula, jalan-jalan tepi pantai dan kebetulan matahari sedang melabuhkan tirainya.
Memang orang tak ramai minggu lepas. Pantai pun sunyi kurang happening berbanding waktu kami singgah melawat kawasan tahun lepas.
Malam tu sebab kelaparan kami keluar cari makanan dan singgah ke satu gerai tak jauh dari chalet. Nampak macam ramai orang, dan ikutkan teori Encik Suami kalau gerai ramai orang maknanya makanannya sedap, maka kami pun singgah.
Kami makan nasi putih untuk dua orang, sotong goreng tepung, tomyam ayam, kerang rebus dan ketam masak cili, semuanya RM45 termasuk air. Dalam banyak-banyak tu nampaknya cuma sotong goreng tepung yang sedap. Semua makanan yang dihidangkan kurang masin, mungkin kehabisan garam, jadi tukang masak catu sikit-sikit supaya cukup sampai kedai tutup. Kikiki..
Esok paginya semangat bangun Subuh-Subuh nak ambil gambar sunrise kononnya. Tunggu punya tunggu tapi tak nampak-nampak matahari, rupanya mentari muncul di sebalik bukit. Dapatlah gambar ala-ala sunrise macam ni. Kalau edit pakai apps ni cun juga kot. ;-)
Sambil-sambil tunggu Encik Suami mandi laut sorang-sorang saya poyo-poyo ambil gambar cengkerang yang bertaburan. Haha..
Lepas mandi-mandi, jam 10 lebih kami check-out dan keluar cari sarapan dan makan tengahari. Pusing-pusing di Kemaman, banyak kedai yang tutup, mungkin buat persediaan nak sambut 1 Ramadan esok. Jumpa satu kedai tepi jalan, kami makan tengahari dan lepas tu beli keropok lekor untuk keluarga.
Sebelum balik sempat singgah pantai balik ambil gambar.
Haha, akhirnya dapat juga gambar langit biru. Panas-panas ni ada juga orang mandi laut. Ish3.
Sekian percutian singkat kami. Jumpa di perjalanan seterusnya kalau-kalau penat menulis proposal pula nanti. Kikiki..