Monday, June 23, 2014

Jalan-Jalan Fraser's Hill

Beberapa minggu lepas, demi menunaikan janji sewaktu ke Sg Chilling, dan konon-konon hadiah birthday Halim, kami ke Fraser's Hill. (Konon hadiah birthday, tapi birthday boy (boy la sangat.. ;p) yang drive bawak kami, cane tu?)

Kami bertolak pagi dalam pukul 8 lebih dari Meru lalu LATAR, masuk Rawang, lepas tu jangan tanya saya lalu mana, yang saya tau tiba-tiba dah jumpa Sg Chilling. Perjalanan dari Sg Chilling ni ke puncak Fraser's Hill agak mencabar, yang mana saya percaya kalau saya yang bawa kereta mungkin takde entry muncul dalam blog ni dah. Selekoh dia tajam setajam-tajamnya kalah laluan Tapah ke Cameron Highland yang buat saya muntah beberapa kali. Maka kerana panik saya pesan berkali-kali pada Halim supaya memandu dengan berhemah, bukan takut jatuh gaung, tapi takut terpaksa berhenti tepi jalan banyak kali sebab ada orang muntah-muntah. Dan alhamdulillah Halim sangat behave di hari jadi. Hihihi.. ;-)

Dalam perjalanan ke puncak, terlihat signboard Air Terjun Sg. Semangkuk yang mana memang semangkuk je airnya. Hahaha... Sabar je... Menariknya hutan kiri kanan perjalanan ni banyak pokok buluh yang cantik dan paku pakis yang sukar ditemui di bawah. Hutannya menyimpan kayu kayan bernilai tinggi (menurut sign board), dan lampu jalannya menggunakan tenaga solar. 

Ni la Sungai Semangkuknya... ;-)

.........................................................................................................................................

Errr, cerita tertinggal buat pekasam da sebulan lebih. Sambung dengan gambar je la ye... Ya ampun! ;-)


Tengah layan selekoh yang mencabar tu, tiba-tiba terjumpa signboard kawasan sejarah darurat ni. Bersungguh-sungguh ambil gambar dulu sebelum baca kemudian. ;-)

Dan akhirnya, lepas berhenti beberapa kali layan ahli rombongan yang muntah-muntah (bukan saya ye... alhamdulillah), dan beberapa kali kami membebel "bila nak sampai ni?", akhirnya bertemulah kami dengan kawasan yang boleh feeling-feeling ala oversea. ;-)

Inilah dia Pusat Bandar Fraser's Hill. Menara jam ini mercu tandanya. Kira kalau tak ambil gambar kat sini tak sah la datang Fraser's Hill. 

Pejabat Pos pun cantik kan? Pakcik tu tengah basuh kereta. Gigih tunggu dia siap, tapi tak siap-siap jugak. Hihi.. ;-)


Tulisan-tulisan Bahasa Malaysia pada kebanyakan papan tanda bangunan Fraser's Hill ni mematikan hasrat kami nak temberang orang kami ada kat oversea. Kikiki...

Ini bukan nak tunjuk si pemakan anggur ni. Nak tunjuk bangunan belakang tu sebahagiannya adalah Tourist Information Centre. Tapi sayangnya, takde satu pun brochure tentang Fraser's Hill di situ. Sangat mengecewakan sebab itu yang kami cari bila masuk dalam tu. Tapi sedikit mengubat kekecewaan, berhampiran dengan tandas awam di Pusat Bandar ni, terdapat papan tanda agak besar dengan peta Fraser's Hill dan tempat-tempat menarik yang terdapat di sini. Bolehlah nak jadikan panduan.

Ini pun masih di kawasan Pusat Bandar yang mana berhadapan dengan kawasan bunga-bunga ini adalah padang golf. Disebabkan kelaparan kami bersantai je di tembok-tembok yang ada sambil makan kek birthday Halim dan sandwich. Ada beberapa restoran di Pusat Bandar ni, tapi kurang menarik minat kami. By the way, sila jangan bayangkan Pusat Bandar ni seluas Pusat Bandar Kuala Lumpur ye. Ianya sangat kecik secoet pusing-pusing 10 minit dah habis.


Lepas tak tau nak buat apa dah, kami bawa kereta naik ke atas sedikit dan terjumpa satu kawasan kedai makan, termasuk taman kecil dalam gambar di atas ni. Dengan angle yang betul, gambar di sini akan nampak cantik sebab kat belakang tu ada bangunan rumah yang cantik. Gambar mamat atas ni selfie, jadi abaikan background tak menjadiya. ;-)

Berpandukan papan tanda yang ada, kami kemudiannya ke nurseri bunga yang berhampiran, tapi jangan sesekali bayangkan ianya seperti nurseri bunga di Cameron Highland ye. Kecewa sekali lagi sebab jenis bunga yang ada boleh dibilang dengan jari tapi ada beberapa sayur-sayuran yang menarik.

Ada beetroot tu. First time tengok pokok beetroot.

Belakang nursery ni adalah Allan's Water yang merupakan sebuah tasik kecil. Bolehlah nak tengok-tengok. 

Lepas dari sini kami pusing-pusing lagi, dan saya bising-bising kata dalam brochure dulu-dulu ada banyak Pokok Pine di Fraser's Hill, akhirnya dengan berpandukan signboard kami tiba di The Paddock.
Boleh naik kuda di sini dengan bayaran RM8 satu pusingan. Boleh juga memanah. Harga tertulis di pintu masuk.

Berhampiran dengan The Paddock ada satu gerai makan, dan kerana kelaparan, kami makan dengan gembira. Harga agak berpatutan, dan makanan boleh tahan juga walaupun pilihan yang ada agak terhad.


Menakutkan tak rumah atas tu? Dalam perjalanan pulang sempat kami singgah bergambar di jambatan gantung ni, sambil bagi makan monyet-monyet. :-)


Tak habis lagi, dalam perjalanan turun, disebabkan kagum dengan gaung yang super dalam ni, Halim sempat berhenti dan kami bergambar-gambar di sini. Hampir-hampir juga kami terfikir nak solat Zuhur di tempat terbuka ni, tapi memikirkan kami masih ada di Malaysia, kami percaya akan terjumpa surau dalam perjalanan. 

Benar seperti dikata, tak lama lepas tu, jumpa surau dan tandas di tepi jalan. Siap jumpa pakcik bersenam naik basikal dari Kuala Kubu Bharu naik ke atas lagi. Hebat pakcik tu. 

Dalam perjalanan pulang sempat singgah di tepi jalan KKB beli buah-buahan yang murah. 

Beberapa perkara perlu diingat sekiranya merancang untuk ke Fraser's Hill:
1) Sila isi minyak full tank. Takde stesyen minyak di atas. Nasib baik Halim dah buat bacaan yang sepatutnya sebelum bertolak. Sebab saya sendiri walaupun melawat beberapa blog tidak terbaca tentang ini.

2) Kalau anda jenis pening dengan jalan bengkang bengkok, sila bawa ubat-ubatan yang sepatutnya. Jangan bermimpikan farmasi di atas. Kalau nak cari asam bolehlah beli di kedai runcit lama yang kecil di Pusat Bandar ini, dengan pilihan yang limited.

3) Sila bawa makanan serba sedikit untuk menampung kelaparan. Tapi jangan risau sangat, ada kedai makan di atas.

4) Ikut saja signboard-signboard yang ada, insya-Allah jumpa apa yang dicari. Fraser's Hill tidak besar mana. Pusing-pusing jumpa situ balik.

5) Kalau anda suka jungle trekking, mungkin elok bawa pakaian yang sesuai. Ada banyak trail yang boleh dijelajahi.

6) Kesimpulannya, daripada 10, saya beri 5 bintang pada Fraser's Hill. Bolehlah untuk percutian sehari. Kalau prinsip saya, asal dapat jejak jadilah. Kalau nak ajak pergi lagi mungkin saya fikir banyak kali. Tapi kalau anda geng bikers, saya percaya Fraser's Hill menarik untuk anda. Ada ramai bikers berkonvoi ke sini. Mungkin syok layan selekoh. Saya tak berapa nak faham. Hihi...

Sekian, terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...