Thursday, December 5, 2013

Melancong ke Yogyakarta

Kahkahkah, tajuk sangat skema. Sila abaikan.

Rasanya ini trip paling dramatik dalam hidup saya. Dari waktu beli tiket sampai berada di sana, macam-macam episod drama terjadi. Mungkin banyak sangat dosa kot, tu yang jadi macam-macam supaya beringat. Huhu...

Saya beli tiket pada asalnya dengan kos hanya RM160 pergi dan balik. Antara harga tambang termurah ke Yogyakarta yang saya pernah dapat, sebab dah setahun dua juga saya sekodeng tiket Air Asia untuk ke sana, biasanya mencecah RM200 ke atas. Maka kerana rasa teruja saya terus beli tiket tanpa minta kebenaran orang tua (haha, tu yang lepas tu dapat balasan macam-macam).

Beberapa minggu selepas beli tiket, saya mendapat arahan untuk menghadiri kursus anjuran fakulti, yang bertindan dengan hari terakhir saya di Jogja. Maka disebabkan saya pekerja yang skema dan patuh arahan, saya mempertimbangkan untuk beli tiket baru untuk pulang awal sehari, atau untuk tukar tarikh bagi tiket yang sama. Disebabkan kos beli tiket baru adalah lebih mahal, maka saya tukar tarikh pulang dari 3hb ke 2hb. Walaupun nyampah sebab kena bayar denda RM100, tapi saya belajar ilmu baru di sini. Rupa-rupanya proses untuk mengasingkan 2 penumpang yang pada mulanya atas satu tiket, dan proses tukar tarikh tiket semuanya boleh dilakukan sendiri online sahaja, tanpa perlu hubungi Air Asia. Sila menyelongkar page Manage My Booking di website Air Asia untuk melakukan perkara-perkara tersebut ye.. ;-)

Itu cerita sebelum hari bertolak. 

Pada hari saya sepatutnya ke Jogja, iaitu 29 November, saya dengan konfiden lagi bergaya ke LCCT bersama Cik Ana. Tiba-tiba..... sewaktu mendapatkan cop sebelum ke ruang menunggu pelepasan, staf Air Asia dengan muka takde perasaan memberitahu "passport cik akan tamat dalam tempoh kurang dari 6 bulan. Tak boleh terbang ni".... Erk, abis tu macamana? Waktu macam ni la tiba-tiba nak teringatkan boss lama saya Dato' Dorai yang suka ulang-ulang Murphy's Law 'Anything that can go wrong, will go wrong'... ini memang everything goes wrong punya kejadian ni. Sebab sebelum pergi lagi dah terfikir-fikir tarikh tamat passport, tapi tak check dan tak buat apa-apa. Huaaaaaa.... Maka saya ke kaunter orang-orang bermasalah (jangan tak tau, Air Asia ada kaunter orang banyak masalah di LCCT), dan beli tiket baru dengan kos RM368 untuk terbang pada keesokan harinya (haiya, elok2 tiket dari RM160, sekarang da jadi beratus-ratus. Terasa seperti teringin nak lempang diri sendiri sebab membuatkan Tony Fernandez bertambah kaya. hihi). Petang tu, saya ke imigresen Shah Alam untuk buat passport baru. Kebetulan cuti sekolah, punya ramai orang sampai passport saya tak dapat disiapkan pada hari yang sama. Tapi, dengan muka sedih, sayu dan kesian, saya buat rayuan kat tiap-tiap kaunter setiap kali dipanggil, dan akhirnya saya berjaya mendapatkan passport sebelum pejabat imigresen ditutup. Alhamdulillah... segala puji bagi Allah yang menggerakkan hati staf imigresen untuk membantu saya.

Yogyakarta - Day 1

Saya bertolak dengan penerbangan jam 12.00 tengahari. Sampai di Jogja jam 1.30 waktu tempatan. Waktu di sana sejam lewat dari Malaysia. Disebabkan saya pergi sorang-sorang (Cik Ana dan Aflah dah bertolak semalam), maka saya ambil saja airport taxi untuk ke hotel. Takde sapa nak jemput saya sebab mereka yang lain sedang bergembira di Solo waktu saya sampai. Kos teksi dari lapangan terbang ke hotel Agung Mas di Jalan Cokroeminoto adalah Rp130,000. Ini sebenarnya agak mahal, tapi sebab saya baru sampai dan sorang-sorang, tak berani nak ambil teksi suka hati tepi jalan. Disebabkan kelaparan, dan saya tengok pemandu teksi tersebut ok, saya minta dia berhenti di tempat makan, dan ajak dia makan sekali. Kos makan dua orang, nasi dengan lauk ikan, daging dan sayur dengan air teh cuma 7 ringgit duit Malaysia. Teruja kejap.

Hotel Agung Mas. Murah je ni. Cuma Rp165,000 satu malam.

Sampai hotel dah pukul 4 lebih. Saya rehat kejap dan tak lama lepas tu Aflah dan Cik Ana pun sampai dengan kain batik yang banyak dan telekung. Dah start shopping dah... haha.. Disebabkan pukul 6 dah gelap gelita di Jogja, tak lama lepas Maghrib saya dan Cik Ana ke Jalan Malioboro. Ini pusat Yogyakarta. Nak cari cenderahati untuk dibawa pulang memang merata-rata di sini. Maka saya sempat beli beberapa helai t-shirt untuk orang tersayang. Haha... 

Yogyakarta - Day 2

Ni je la hari yang ada untuk saya jalan-jalan sebab esok dah balik. Alahai.. Pagi itu kami ke rumah makcik Aflah untuk sarapan pagi. Lepas tu kami ke Candi Borobodur. Bayaran masuk untuk ke Candi Borobodur ini bagi warga tempatan cuma Rp 3,000. Untuk pelancong luar USD20. Tapi disebabkan saya bawa kad pelajar, maka saya cuma perlu membayar Rp95,000. Mahal jugak la sebenarnya, tapi masih boleh diterima berbanding harga bukan pelajar.  

Semua pengunjung perlu memakai kain warna biru yang macam abang dalam gambar ni pakai.



Kat sini pun ada kejadian juga. Passport Cik Ana hilang tanpa disedari. Tiba-tiba ada pengumuman passport ditemui. Sabar je la. Nasib baik banyak yang membantu di sini. Dalam masa yang sama kami terpisah dari Aflah. Saya pulak tak beli simkad Indonesia sebab fikir 3 hari je. Elok sangatlah. Bila terpisah macam ni, pakai la roaming Maxis yang mahal berganda-ganda itu. Punya lama kami di Candi ni, sampai lepas waktu Zuhur, bukan sebab melawat candi semata-mata tapi sebab episod hilang-hilang ni la.

Lepas Borobodur, kami meneruskan perjalanan ke Gunung Merapi. Dalam perjalanan tersebut, sempat singgah makan dan beli salak pondoh yang murah, cuma Rp5,000 sekilo. Seringgit lebih je tu, kat Malaysia RM8 sekilo. 

Yang ini kami beli betul-betul di tempat peraih. Menurut supir yang membawa kami kalau di Kota Jogja, boleh mencecah Rp20,000. Wallahua'alam.

Malangnya dalam perjalanan ke Merapi hujan turun dengan lebatnya. Kami naik juga ke kaki gunung, tapi satu apa pun tak nampak. Turun dari kereta pun tak. Terasa sangat rugi, tapi nak buat macamana. Takde rezeki. 

Turun dari Merapi kami ke Candi Prambanan. Alhamdulillah hujan dah berhenti. Bayaran masuk ke Candi ini adalah Rp85,000 untuk pelajar. Nasib baik sempat sebab pintu masuk ditutup jam 5 petang. Kat sini pun sekali lagi kena pakai kain batik. Hehe..



Ini candi yang terbesar antara gugusan candi-candi di situ. Untuk masuk ke sini kena pakai topi jurutera tu sebagai langkah keselamatan. Haha, jadilah berangan jadi engineer kejap.

Seronok pulak melawat tempat-tempat bersejarah ni. Balik dari Jogja, saya gigih meng'google nak baca sejarah tempat-tempat ni.

Yogyakarta - Day 3

Flight saya hari ni pukul 5 petang. Jadi pagi ni sempat melawat beberapa tempat berdekatan.

Kraton ni tempat kediaman Sultan. 

Dari Kraton kami berjalan kaki ke Taman Sari. Disebabkan kesuntukan masa, di sepanjang perjalanan inilah saya ambil kesempatan untuk singgah ke beberapa kedai batik dan t-shirt. Jogja terkenal dengan t-shirt Dagadu yang tertulis kata-kata lucu di atasnya. Teruja kejap membaca.


Taman Sari. 
Kolam ni dikatakan sebagai tempat mandi gundik-gundik Sultan terdahulu. Sultan kemudian akan memilih gundik yang dimahukannya pada hari tersebut.

Balik dari Taman Sari, saya minta bantuan hotel untuk mendapatkan teksi. Rupa-rupanya kos ke airport menggunakan meter dari hotel cuma Rp53,000. Jauhkan beza dengan kos airport taxi? Lapangan terbang Jogja ini sangat kecil dan lebih banyak tertumpu untuk penerbangan domestik sebenarnya. Satu yang perlu diingat setiap kali ke Indonesia, jangan habiskan duit kerana perlu membayar airport tax. Airport tax di Jogjakarta ini adalah Rp100,000. Kaunter cukai cuma dibuka bila pintu ke ruang menunggu pelepasan dibuka. Kan da cakap airport kecik. Tu yang gitu kot.

Beberapa tips:
1. Kami tidak menggunakan beca di sana kerana menurut kawan, walaupun tukang beca memberi harga yang rendah, tapi biasanya dia akan cuba untuk buat kita singgah banyak kedai supaya dia boleh mendapat tips dari pekedai.

2. Teksi Jogja sepatutnya menggunakan meter. Jadi sebelum naik tanya dulu pakai meter tak. Jangan terkejut sebab untuk jarak dekat, walaupun meter belum sampai Rp20,000, anda tetap perlu membayar tambang minimal Rp20,000.

3. Kalau anda pelajar, jangan lupa bawa kad pelajar, sebab kebanyakan entrance fee berbeza untuk pelajar.

4. Antara makanan yang pasti halal di Jogja adalah makanan Minang/Padang. Makanan lain di sini mempunyai tahap kepedasan yang boleh mengeluarkan asap dari telinga. ;-)

5. Kalau mahu membeli barang, tawar sehingga 70%. Untuk kedai-kedai yang menawarkan harga tetap, masuk dan tanya dulu ada diskaun tak. Sebab majoriti kedai menawarkan diskaun walaupun kononnya harga tetap.

6. Jangan lupa beli simkad walaupun cuma pergi 3 hari. Hahaha... Anything that can go wrong, will go wrong kan? Kawan Indonesia saya mencadangkan simkad Simpati (Telkomsel) kerana coverage nya yang baik.

7. Tempat pelancongan seperti Kraton biasanya ada guide yang boleh megiringi dan memberi penerangan. Guide official biasanya berbaju batik. Tanya dulu berapa bayaran sebab sepatutnya mereka akan jawab 'beri seikhlasnya'. Di Taman Sari ada warga tempatan yang akan ikut kita dan memberi penerangan tanpa diminta. Mereka ini unofficial. Kawan Indonesia saya kata jangan layan.

8. Bagi saya Jogja bukan tempat shopping seperti Bandung atau Jakarta. Jadi tak perlu spare duit yang banyak untuk shopping, tapi sediakan duit yang mencukupi untuk masuk ke tempat-tempat pelancongannya yang agak mahal.

9. Jogja adalah pusat barangan kulit. Disebabkan bukan fanatik barang kulit, saya hampir terlupa tentang ini walaupun telah diberitahu oleh teman-teman Indonesia sejak sebelum ke sini. Bila ke Medan tempohari dan seorang teman mengirim barang kulit, guide kami memberitahu kalau nak cari barang kulit cari di Jogja, kalau cari di Medan, ia tetap barang kulit yang berasal dari Jogja. Jadi kalau anda peminat barangan kulit, sila jangan lepaskan peluang.

Hoho, itu saja kisah pelancongan paling dramatik saya. Haha... Lepas ni saya akan check passport selalu.. Intaha.





Wednesday, October 23, 2013

Muka Pandai

Amaran
Ini post mengarut dan membuang masa pembaca dan pencerita. Sila berhenti dari membaca kalau anda tak ada banyak masa untuk dipoya-poyakan. 

Allah ciptakan manusia dengan pelbagai bentuk, rupa dan warna kulit. Walaupun secara amnya kebanyakan orang ada dua kaki, dua tangan, dua mata, dua lubang hidung, dua telinga dan satu mulut, tapi hasil akhirnya rupa seorang dari seorang yang lain adalah berbeza. Untuk lagi berbeza, kulit manusia juga lain-lain, ada putih melepak, kuning langsat macam buah langsat, hitam manis si tampuk manggis, sawo matang macam buah sawo, juga gelap gelita tapi hati baik (hehe...). Selain itu, rambut manusia juga lain-lain ada kerinting macam Pua Chu Kang, lurus licin macam iklan Rejoice guna jari pun boleh, dan ikal mayang macam rambut saya yang cantik (perasantan!).. Di sebalik wajah yang berbeza-beza ini, disebabkan pengaruh iklan atau mungkin cakap-cakap orang, atau mungkin pemerhatian sendiri, manusia suka membuat kesimpulan pada karakter orang lain hanya berdasarkan rupa yang dilihat (first impression) tanpa terlebih dahulu mengenali individu tersebut. Ada manusia nampak orang pakai spek tu macam pandai, orang mata kuyu suka tidurdan orang ada misai macam miang (bukan saya kata ye, saya sampaikan je...). 

pinjam image encik google

Zaman saya sekolah rendah dulu, sekolah kami takde beza pandai tak pandai ikut kelas macam sekolah zaman sekarang. Bila saya masuk Tahun 5, tiba-tiba sekolah dah jadi bijak kononnya, lalu mengklasifikasikan pelajar mengikut kepandaian atas kertas. Bila sekolah buat sistem macam ni baru saya tiba-tiba tahu yang saya takdelah tak pandai sangat sebab tanpa sogok duit bawah meja pada cikgu saya dapat masuk kelas nombor dua. Waktu periksa pertengahan tahun, saya dapat nombor 3 daripada 40++ pelajar (nombor 3 je pun...). Tiba-tiba satu hari ada seorang kawan perempuan yang tak rapat mana dengan saya tiba-tiba datang dekat dan beritahu:
"mula-mula masuk kelas ni dulu aku ingat ko bodoh, macamana la boleh masuk kelas pandai, rupa-rupanya sekarang baru aku tau ko pandai"
See, see, apa kataku tadi? Manusia suka menilai orang lain berdasarkan rupa kan? dan sah-sah seperti kata kawan tu tadi, muka saya muka tak pandai... (sampai ati... haha)

Waktu saya sekolah menengah, saya agak aktif dengan kokurikulum dan masuk segala macam persatuan  dan kelab (sebab tu SPM saya hancur sebab sibuk berpersatuan macam datin-datin). Saya juga adalah setiausaha Badan Pengawas sekolah dan selalu menjadi fasilitator untuk program motivasi  di sekolah. Satu hari sewaktu menjadi fasilitator untuk program motivasi pengawas (bukan mawas ye..), saya meminta para peserta untuk memberi penilaian kepada kami the so called facilitator. Sewaktu membaca komen-komen yang ditulis ahli kumpulan saya untuk saya (apa da ayat belit-belit), saya mendapat beberapa komen berbunyi seperti ini:
"fasi periang, cantik dan baik"
Hahaha..... yang ini bukan first impression. Manusia boleh bertukar pandangan selepas mengenali seseorang. Individu yang muka tak pandai macam saya pun boleh kelihatan cantik kalau dia periang dan baik... kiki...



Apabila tamat sekolah menengah, saya melanjutkan pengajian ke peringkat diploma (SPM hancur, sebab tu tak dapat matriks.. haha). Disebabkan saya konon-konon dah insaf dengan kemalasan zaman sekolah menengah, saya belajar rajin-rajin dan selalu mendapat Dean's List. Satu hari waktu mengadap cermin pakai tudung nak pergi pasar malam Alor Gajah yang roti John dia sangat sedap, seorang kawan yang sedang duduk di kerusi memerhatikan saya, berkata begini pada kawan-kawan lain:
"Aku kan first jumpa Siti dah boleh agak dia pandai. Gaya dia memang macam budak pandai" 
Kahkahkah... yang ni dah tak dapat nak gelak sopan santun sebab sungguh tak logik. Setelah berkawan dan mengenali seseorang, manusia mudah dikaburi dengan perwatakan orang tersebut sehingga dia mungkin melupakan first impression-nya lalu mengatakan pandangannya hari ini pada orang tersebut memang telah wujud sejak azali.

Kesimpulannya, saya lapar tapi malas nak pergi beli makanan. Manusia yang lapar memang suka menulis mengarut-ngarut. Jadi sila abaikan saya. ;-)

mi jawa Sarawak yang nampak sedap sebab kebulur.

Tuesday, September 24, 2013

Cinta Dunia

Ramai insan tertipu dengan cinta dunia (termasuk orang yang menaip :-( ). 
Kita meletakkan erti bahagia pada balasan cinta oleh manusia. 
Kita menderita bila dikhianati suami, 'buaya'friend, best friend
Kita tak lalu makan, tak sanggup mandi, tak mahu tidur bila putus cinta manusia. 
Kita rasa seperti bumi ini mahu runtuh, dunia ini akan kiamat bila manusia yang kita letakkan cinta itu pergi. 
Tapi kita lupa, sekian lama kita mengkhianati cinta Allah. 
Mulut kita berdegar-degar mengatakan kita cinta Allah lebih dari yang lain. 
Tapi bila azan berbunyi, tiba-tiba kita terlupa pada janji manis mulut sendiri. 
Kita tiba-tiba lebih sayangkan TV, lebih sayangkan novel, lebih sayangkan thesis, lebih sayangkan youtube, lebih sayangkan facebook, daripada bertemu cinta hati kita - Allah SWT. 
Kita sakit hati tidak dipedulikan oleh manusia yang dicintai, tapi kita lupa kita juga sering tidak peduli pada Allah yang sangat menyintai kita. 
Kita lupa Allah telah beri segalanya pada kita. 
Kita lupa pada nikmat akal yang sihat, nikmat pancaindera yang sempurna, nikmat tubuh badan yang baik, dan segala macam nikmat yang telah Allah limpahkan pada kita. 
Kita lupa cinta yang tumbuh pada hati orang yang kita cintai itu juga dipinjamkan oleh Allah pada kita. 
Boleh saja manusia yang konon bicaranya melafazkan cinta sedalam lautan, setinggi awan pada kita hari ini, hilang upaya mahu mencintai pada esok hari - hanya kerana Allah telah menarik rasa cinta dari hatinya. 





Duhai hati, berpada-padalah dalam menyintai dunia ini dan seisinya. 
Berhati-hatilah dalam meletakkan sandaran cintamu. 
Berjaga-jagalah dalam melafazkan cintamu.
Sesungguhnya tiada cinta yang lebih agung yang patut wujud di hati ini selain cinta pada Tuhanmu. 
Tiada pergantungan yang lebih tinggi yang patut disandarkan oleh diri ini selain pergantungan pada Dia yang menciptakanmu.
Dan, tiada bicara yang lebih indah yang harus sering diungkap selain lafaz cinta pada Tuhanmu.

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta-benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)." [Qur'an, al-Imran: 14]

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta-benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai - jika semuanya itu menjadi perkara-perkara yang lebih kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, dan tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). [Qur'an, at-Taubah: 24]

Nota kaki:
Kita pada entry ini patut digantikan dengan saya.
Sesungguhnya, sayalah manusia yang telah berkali-kali ditipu oleh dunia tetapi masih tetap mahu juga menyintainya. :-(

Saturday, August 3, 2013

Cuti-Cuti Malaysia: Kuching, Sarawak

Hoho, kan dah kata awal tahun ni kurang sedar diri study leave dah nak abis asyik pergi berjalan je. Saya ke Kuching awal bulan April hari tu. Yang bestnya accommodation free sebab tidur rumah kawan. Haha... Jimat lagi menjimatkan.

Day 1
Tiket ke Kuching ni dibeli disebabkan tamak bila nampak tiket murah. Tapi yang tak bagusnya tiket murah tu cuma ada untuk flight pagi pukul 6.50am kalau tak silap. Pagi-pagi ayam belum berkokok dah menyusahkan adik untuk hantar ke LCCT. Kami sampai Kuching dan settle semua hampir pukul 10am. Breakfast di Kopi O' Corner. Makanan dia sedap. Kali ni teruja sikit cari makanan sebab ada orang tempatan jadi guide. Kali pertama pergi tahun 2008 dulu kami pakai redah je dan agak takut-takut nak makan sebab ada sekali berhenti depan restoran halal, tetiba bila tengok banner depan restoran ada bak kut teh antara menu dia. Ayyoo! Oh, by the way, bak kut teh tak semestinya tak halal ye. Saya baru tau lepas baca blog ni.

 Mi kolok.

Destinasi pertama kami hari ni adalah pasar pagi + Satok. Pasar Satok yang kami pergi tahun 2008 dulu dah bertukar tempat. Walaupun nampak lebih terancang, tapi saya lebih sukakan pasar yang lama, sebab feel tradisional tu masih ada.

Antara souvenir yang ada jual kat pasar pagi ni. Tapi kalau pandai cari, ada banyak kedai souvenir depan Waterfront yang jual souvenir lebih murah dari kat sini. 

Teruja tengok sayur dan buah-buahan yang sangat besar-besar kat sini. Yang warna kuning tu terung asam. Sedap buat masak asam pedas. Saya beli bawak balik, mak siap tanam lagi. Lepas ni takyah naik 'belon' nak cari terung asam Sarawak.

Balik dari Satok, kami ke rumah kawan dan tidur. Tak senonoh sungguh, qada' tidur yang kurang sebab bangun pukul 4 pagi katanya. Petang kami ke Waterfront, dan naik sampan. 


Rasa tenang je tengok rumah-rumah colourful sepanjang sungai ni.

Tengok river cruise ni teringat subjek Transport  belajar masa diploma dulu. Hehe.. Sebenarnya amik gambar ni sebab nampak orang buat aksi ala Titanic kat depan cruise tu.

Mat Saleh ni main alat muzik yang nampak macam tempurung penyu tu, dan ramai orang letak duit depan dia. Sama macam gambaran dalam novel Andrea Hirata 'Edensor', kalau takde duit tapi nak travel boleh lah buat macam ni. Setiap kali takde duit jadilah penyanyi jalanan ke, patung jalanan ke, bila cukup duit, boleh teruskan perjalanan lagi. (Kalau ku lelaki, mahu kubuat kerja-kerja begini sebab nak berjalan punya pasal. huhi)

Malam tu kami pergi makan seafood di TopSpot kot nama dia. Aiya, hilang ingatan dah, tu lah, bulan 4 pergi, bulan 8 baru nak tulis entry, mana tak jadi gitu. Huh! 

 Cuba tengok yang macam lembik-lembik dalam pinggan tu nama dia gamat. Baru tau rupanya gamat tu sedap. Selama ni tau guna minyak gamat je.

Ni makanan yang orang Semenanjung teruja sangat nak cari kat Sabah Sarawak. Nama dia midin. Aiya, ni kat Semenanjung pun ada la. Cuma nama je lain. Kat sini orang panggil pucuk paku merah. Sabar je lah, sebab ku juga termasuk dalam spesis yang beria nak makan midin.

Day 2

Hari kedua, kami ke Taman Negara Bako. Super excited sebab nak berjumpa dengan pujaan hatiku si Proboscis Monkey yang kubelek-belek kat brochure Sabah Sarawak, sejak dari zaman diploma lagi.

Taman Negara Bako ni terletak di Bako, tak jauh pun dari Pusat Bandaraya Kuching. Dalam setengah jam perjalanan lebih kurang. Bayaran masuk dia RM10 seorang untuk warga tempatan. Tambang bot RM90 untuk satu bot yang boleh memuatkan 5 orang. RM90 ni adalah perjalanan pergi balik dari jeti ke HQ Taman Negara.


 Pagi-pagi tak boleh bawak bot laju-laju sebab ramai nelayan dalam perjalanan balik. Bawak laju sikit kena jerit dengan nelayan nanti sebab alunan ombak tu boleh buat perahu diorang terbalik.

 Subhanallah, Alhamdulillah, tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk mendapat peluang melihat keindahan alam macam ni. Sungguh, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu mahu dustakan?


 Ni dalam perjalanan ke Teluk Pandan Kecil. Kalau nak lalu batu (suka-suka hati je bagi nama batu) ni kena tambah tambang lagi RM35 kot kalau tak silap, sebab dia agak jauh sikit dari HQ.

Trek dalam gambar ni tak nampak macam mencabar sangat. Tapi laluan pertama dari Teluk Pandan Kecil tu ala-ala membuatkan saya rasa nak patah balik tak jadilah nak jumpa Proboscis Monkey. Curam semacam, nasib baik kami mendaki. Kalau turun ke bawah mau nangis dulu baru turun. Huhu..

 Alhamdulillah perjalanan mencabar tu membawa kami ke pemandangan ini. Subhanallah, benarlah alam ini penuh dengan tanda-tanda kebesaran-Nya kalau kita mahu berfikir.




 Secara keseluruhannya trek dalam Taman Negara Bako ni bagi saya tahap sederhana. Tanda arah lengkap, jadi tak perlu risau. Yang pasti pemandangan alamnya memang sangat indah. Sambil menaip ni pun terbayang lagi bahagianya tengok landskap semulajadi dalam tu.

Ni dah sampai HQ. Monyet pujaan hatiku tak muncul pun. Orang kata kalau nak jumpa monyet tu datanglah pukul 9 pagi, banyak je dia merayau-rayau cari makanan. Sampai hati orang tu cuma 'kata' lepas kami dah balik dari sini. Huhu..

 Akhirnya ini je lah yang kami jumpa. Ini tak payah cari pun memang ada merayau-rayau kat situ.

Huk, dah balik sampai jeti, baru saya perasan signboard ni. Rupanya kawan-kawan saya dah nampak dulu dah tapi buat diam je takde perasaan. Tidak kusangka, ada Bujang Senang di sungai  yang kami lalu dengan gembira. Lalala...

Balik dari Bako sempat lagi amik gambar kucing ni. Bukti kami dah jejak Kuching. Haha...

Day 3

Destinasi pertama kami pagi ni Taman Orkid. Free je. Rugi sapa tak masuk. Eh, tapi kalau orang tak berapa nak minat bunga tak rugi kot.



Balik dari Taman Orkid kami ke Kampung Budaya Sarawak. Pertama kali datang dulu amik gambar kat luar je, sebab nak pengsan entrance fee dia RM60. Tapi rupa-rupanya dia ada student rate RM16. Apa lagi, gunakanlah sebaik-baiknya peluang sementara status student masih bernyawa.


 Ni Rumah Bidayuh kot. Kalau salah tolong maafkan.

 Sila bayangkan kalau perempuan mengandung atau dukung baby naik turun tangga ni tiap-tiap hari. Saya yang tak dukung sapa-sapa pun tak berani nak naik. (Ok, saya gayat, orang lain mungkin ok je tengok. Lelebih plak nak takutkan orang lain sekali)

 Baju ni dibuat dari kulit pokok. Teruja den melihatnya!

 Tinggi yang amat kan Rumah Orang Ulu ni? Lepas tu cuba bayangkan nak naik atas rumah ni guna tangga dalam gambar kat bawah ni.. (Sekian, terima kasih!)



 Rumah Melanau ni saya suka sebab ada tempat lepak-lepak yang sangat luas dan sejuk kat bawah dia. 


Ni persembahan kebudayaan yang diadakan dua kali sehari pagi dan petang. Yang kami masuk ni sesi pukul 4 petang. Puas hati lah juga, walaupun tak sampai tahap meremang bulu roma. (Tetiba rasa kalau performance yang hebat boleh menyebabkan bulu roma merinding, kenapa ye?)


Alang-alang dah sampai Kampung Budaya ni, jalan lah sikit ke depan. Ada tempat makan dan pantai. Damai Beach. Boleh je kalau nak mandi-mandi. Tapi sebab dah nak Maghrib, kami amik gambar kejap, lepas tu balik.

Day 4

Tak sempat nak ke mana-mana  hari ni sebab flight yang ditempah pukul 4 petang telah di reschedule dengan suka hatinya oleh Air Asia ke pukul 11 lebih kot (yang pastinya pagi), dan yang lebih menggeramkan adalah flight yang di reschedule itu delay sampai pukul 2 lebih. Hebat kan Air Asia?

Dah abis dah. Wa tammat kalimatahum.

Nota Kaki:
Entry ini ditulis kerana rasa geram menunggu proof reader yang berjanji untuk siapkan kerja sejak 3 hari lepas tak siap-siap. Maka daripada ku menangis tak berlagu, membebel-bebel marahkan dia dalam hati, lebih baiklah ku menulis-nulis melegakan perasaan di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...