Tuesday, June 5, 2012

Dermatoglyphics

Alhamdulillah...
Tamatlah sudah musim peperiksaan yang menyeksakan jiwa dan raga. Akhirnya boleh kembali hidup normal, tidur awal dan bangun awal, juga boleh mula melakukan beberapa perkara yang terpaksa ditinggalkan semata-mata kerana peperiksaan akhir yang membuatkan tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah.. haha...

Maka bermulalah cuti semester yang panjang. Dengan macam-macam angan-angan dan rancangan. Nak pergi Fraser Hill lah, nak pergi Sarawak lah, nak pergi Cameron Highland lah, nak mula buat proposal thesis lah, nak khatamkan baca semua buku-buku yang diborong masa Pesta Buku tapi tak bersentuh lagilah, nak berumah tangga di Perpustakaan Raja Tun Uda setiap hari untuk fokus buat thesis lah kononnya, semua angan-angan pun ada. Cuma tak tau lah yang mana akan tercapai. Jangan angan-angan Mat Jenin sudahlah. Oh Oh, kalau ada orang nak upah key in data SPSS ke, collect data ke, pun saya berangan nak buat juga, boleh tambah-tambah pendapatan pada cuti yang panjang ni. 

Dermatoglyphics
Waktu musim-musim peperiksaan hari tu, sempat juga saya melencong sekejap, berjumpa dengan seorang wakil dari satu syarikat ni, yang membuat analisis mengenai karakter kita sejak lahir atau 'inborn talent' berpandukan kepada cap jari secara saintifik. Walaupun tahu yang cap jari kita ni unik dari seorang ke seorang yang lain, saya tak pernah tahu yang dari cap jari tu kita boleh kenal karakter dan sikap individu tu. Kalau sebelum ni kita selalu buat ujian personaliti dengan menjawab soalan-soalan tertentu dan mungkin kita melencong bagi jawapan sebab boleh agak keputusannya, yang ni memang tak boleh nak tipu sebab cap jari yang berkata-kata. Uncontrollable! Dan boleh dikatakan, keputusan ujian tu, bila dibanding-bandingkan dengan rakan-rakan, saya boleh percaya ianya agak tepat. Yang kelakarnya, perkataan pertama yang keluar dari wakil tu bila scan cap jari saya dia kata 'You're a very kind hearted person, tak suka kecilkan hati orang, tak sanggup kecewakan orang, jadi bila orang mintak buat apa-apa atau ajak pergi mana-mana, u akan follow je' yang mana lepas tu dengan lajunya kawan-kawan saya kata 'betul betul, sebab tu dia selalu kena buli!'.. Walaupun sebenarnya saya tak terasa pun macam kena buli, cuma hakikatnya bila buat orang kecil hati saya akan rasa terseksa dan terfikir-fikir sekian lama. Huhu..

Bukan setakat tu je, banyak lagi sebenarnya yang ujian tu boleh bagitau kita. Dari cara terbaik untuk kita belajar, bakat terpendam kita (tak sangka sebenarnya saya seorang yang kreatif, menurut ujian tu lah...), kebolehan kita memimpin, kemampuan kita untuk fokus terhadap sesuatu, kemahiran tangan dan pergerakan  badan, sampaikan jumlah sel otak kita pun boleh diberitahu. Yang menariknya ujian tu juga bagitau kita ni orang yang banyak guna otak kanan atau otak kiri dan tahap IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional Quotient), AQ (Adversity Quotient) dan CQ (Creative Quotient) yang ada dalam diri kita sejak lahir.  

Bila lepas ujian tu saya dan kawan-kawan mula fikir balik dan bandingkan banyak perkara. Ada sorang kawan saya ni sel otak dia cukup banyak, paling banyak di antara kami semua, yang menunjukkan dia cepat menangkap pelajaran, tapi kemahiran pembacaan dan fokus dia sangat lemah. Patutlah selama ni setiap kali kena buat Literature Review dia sangat terseksa dan tertekan. Baru kami tau puncanya. Tapi bila dibandingkan, hakikatnya, tahap pembacaan saya pun tak sebaik mana, lebih sikit je dari kawan saya tu, tapi mungkin sebab dari kecil dah kena paksa baca buku dengan ayah dan tak bagi tengok TV, maka saya takdelah rasa terseksa pun bila kena membaca. Dalam kes saya pula, selama ni saya dok perasan yang saya pandai Matematik sebab masa SPM saya dapat A1, dan setiap kali ada subjek pengiraan di Universiti, biasanya saya boleh je dapat sekurang-kurangnya A-. Tapi semester ni bila belajar Advanced Quantitative Method, setiap kali masuk kelas saya rasa kepala saya berat cuba memahami apa yang diajar, walaupun bukannya saya tak boleh tangkap. Lepas ujian tu baru saya tau kemahiran Logik dan Matematik saya memang sangat lemah. Cuma sebab selama ni cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah subjek pengiraan ajar satu-satu ikut susunan, sebab tu lah saya dapat tangkap dengan mudah dan boleh dapat A. Kalau belajar caca marba, memang sah saya tak boleh tangkap, macam saya tak pandai-pandai buat analisis SPSS sebab tak pernah belajar step-step by step. Selagi tak nampak jalan dari A sampai Z selagi tu lah saya macam si buta yang meraba-raba badan gajah dan buat kesimpulan bukan-bukan. Jadi bila dah tau macam tu, lepas ni kena lah saya mencari seorang guru yang boleh ajar step by step dan tak membebel 'kenapa lah kau ini lambat tangkap dik ooii'. Huhu...

Hasil analisis tu sebenarnya boleh juga digunakan untuk membantu memperbaiki hubungan sesama manusia. Sebagai contoh, analisis tu boleh juga bagitau sama ada kita ni orang yang sensitif terhadap bunyi, visual atau sentuhan. Bagi kes saya tiga-tiga tu saya sensitif, paling tinggi sekali bunyi, sebab tu kena belajar tempat senyap, kalau tak telinga sibuk nak dengar orang lain bercakap. Dan sebab tu juga bila orang bercakap tinggi suara pada saya, saya akan ingat dia marah dan laju je kecil hati. Haha... Wakil tu kata, ada sesetengah orang cuma salah satu dari tiga perkara tu yang dominan. Ada orang dia sangat sukakan sentuhan sahaja. Jadi bila tension ke, berkawan ke, berkahwin ke, perkara yang paling dia perlukan adalah sentuhan. Tapi ada pulak orang yang langsung tak suka sentuhan. Cuba bayangkan kalau orang dengan dua kategori yang berlawanan ni berkahwin. Wakil tu kata memang ada kes masalah rumah tangga datang jumpa dia, yang bila dikaji-kaji rupanya sebab dua karakter yang berbeza ni. Jadi kenalah belajar untuk saling memahami. ;-)

Kesimpulannya banyak saya belajar kenal diri sendiri dari ujian tu. Dan saya percaya ianya sangat bagus kalau dibuat sejak kecil, jadi ibu bapa tahu macamana nak bantu anak-anak. Nanti-nantilah, Insya-ALLAH kalau saya ada anak, saya akan buat ujian ni untuk mereka juga. (ok, berhenti berangan).

Oh Oh, nak melencong benda lain, tiba-tiba saya terasa macam dah membesar sejak duduk UIA ni. Adakah makanan di sini sedap-sedap atau saya takde kerja lain lalu asyik makan 24 jam? ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...