Thursday, January 9, 2014

IELTS TIPS II

Setelah dua tahun berlalu dan keputusan IELTS yang diambil pada 2011 telah menemui tarikh luput, beberapa minggu lepas saya menduduki IELTS lagi sekali dan baru saja mendapat keputusan hujung minggu yang lalu (baca pengalaman 2011 di sini). Ironinya, keputusan saya sama dengan keputusan tahun 2011, cuma band di setiap komponen itu ada sedikit perubahan. Beberapa kawan meminta tips, maka saya tuliskan saja di sini supaya senang untuk beri link pada mereka kemudian. Hahaha... tiba-tiba mengalami sindrom malas membebel.

Yuran pendaftaran IELTS tahun ini sudah naik beberapa puluh ringgit. Kalau pada tahun 2011 yuran yang dikenakan hanya RM570, sekarang sudah mencecah RM610. Dan yang sedihnya tak boleh claim dari majikan. Ish3, universiti lain boleh je claim. Sampai ati. (Semalam macam dah insaf tak nak bebel pasal claim sebab alhamdulillah Allah bagi lepas dengan sekali ambil, hari ni bebel lagi pulak. Apa nak jadi ni?)

Kalau sebelum ini saya mengambil IELTS dalam masa 2 hari (sehari untuk 3 komponen, satu hari yang berlainan untuk speaking test), kali ni saya ambil keempat-empat komponen dalam satu hari sahaja. Kesemua peperiksaan untuk keempat-empat komponen ini dijalankan di bangunan British Council sendiri. Tak payah ambil test kat hotel macam dulu. Tapi sebenarnya sama saja, sebab takde pun masa listening dia bagi earphone, terpaksa juga besarkan telinga, dan memang ada beberapa perkataan yang saya tak dapat tangkap. Huaaa...


Kalau nak ikutkan, peperiksaan kali ni diambil dalam keadaan saya tak bersedia. Rasanya saya cuma buat latihan tak sampai seminggu sebelum tarikh peperiksaan. Walaupun semangat buka buku tu dah berbulan-bulan. Tapi cuma buka je la, tak buat pun, jeling-jeling sikit kadang-kadang. Haha.... Apa yang boleh saya katakan, walaupun dah ambil peperiksaan yang sama 2 tahun lepas, tetap juga bila dengar rakaman perbualan untuk listening test tu, tangan saya berlari-lari panik nak tulis jawapan tak jumpa. Maka disebabkan itu, saya habiskan juga 6 rakaman perbualan yang ada dalam satu buku practice test sebelum menduduki peperiksaan. Alhamdulillah, keputusan listening ini yang menaikkan band saya.

Secara keseluruhannya, saya buat semua latihan listening dan reading yang ada dalam buku yang diwariskan kepada saya oleh seorang teman yang telah pergi ke Kent, UK. Semoga Allah memudahkan perjalanan PhD nya di sana. Dia bagi lima buah buku sebenarnya, tapi saya guna sepenuhnya sebuah je, nampak sangat pemalasnya. Huaa macamana la nak sambung study lagi ni? (Maaf, menyimpang banyak). Sewaktu membuat latihan reading, saya cuba set masa seperti yang dicadangkan dalam buku latihan. Tapi memanjang terlajak perahu tak boleh diundur. Memang tak sempat. Sampaikan masa peperiksaan sebenar pun tak cukup masa. Sangat rugi, bila pengumuman habis masa dibuat baru saya perasan jawapan yang saya cari ada di mana. Huhu... Sayang satu soalan hilang markah. Lain orang mungkin lain caranya untuk tackle reading test ni. Disebabkan saya tau saya bermasalah menguruskan masa, maka saya baca semua soalan dan bulatkan nama-nama orang dan keyword-keyword penting sebelum saya baca petikan yang diberi (yang ni kena buat latihan baru kita tau apa yang penting di setiap section soalan) . Kemudian bila saya baca petikan, saya bulatkan balik nama-nama dan keyword-keyword yang serupa. Dan biasanya bila saya jumpa jawapan, saya terus jawab, tanpa tunggu habis baca petikan, dan tanpa ikut turutan section (satu petikan biasanya merangkumi beberapa section soalan). Jadi, bila habis baca petikan, soalan pun habis dijawab. Tapi nak buat cara ni memerlukan familiarity dengan bentuk soalan. Apa pun, practice makes perfect (macam tak layak je nak guna slogan ni sebab bukan buat latihan sangat banyak dan sangat hebat pun).

Writing test adalah yang paling saya takuti. Sebab banyak kes yang mengulang IELTS 'angkara' (hoho, strong word) tak lepas komponen ni. Dan, saya sendiri salah faham terhadap diri sendiri sebab saya ingat band writing test yang saya ambil dua tahun lepas kurang daripada 6.0 (Boleh tak salah faham dengan diri sendiri lepas tu tak pergi check result IELTS 2011 tu balik?). Writing test ni saya buat dua latihan untuk section A, tapi tak buat latihan untuk section B (haiya, sila jangan tiru). Apa yang saya buat adalah saya baca berulang kali tips yang terdapat di dalam buku yang diberi oleh kawan saya tadi. Untuk section A writing, biasanya buku-buku latihan memang akan beri senarai perkataan-perkataan yang baik untuk digunakan (supaya kita tak ulang perkataan yang sama banyak-banyak kali). Jadi saya baca tips tu ulang-ulang kali masukkan dalam minda. Dan, kali ni saya agak berhati-hati untuk pastikan jumlah patah perkataan yang saya tulis mencukupi. Lagi satu, buku latihan juga biasanya akan berikan guideline untuk buat introduction, untuk mulakan paragraph, dan untuk beri penerangan satu-satu apa yang ada dalam carta. Maka saya sebagai penuntut ilmu yang baik, ikut saja apa yang diajar dengan sebaiknya. Haha... Untuk section B tak tau nak bagi tips macamana sebab saya pakai tulis je. Dapat soalan, fikirkan outline isi untuk setiap perenggan dan tulis. Yang penting saya cuba minimumkan grammatical error. Almaklum dah selalu sangat proofreader thesis betulkan grammar saya, jadi tahap waspada agak lebih sikit kali ni berbanding pertama kali amik IELTS dulu (tapi sikit je la, saya tau grammar saya tonggang terbalik lagi).

Alkisah speaking test, saya cuma tengok format soalan dalam masa menunggu (dari pukul 12 lebih ke 3 lebih) sementara giliran saya tiba. Itu pun tengok sambil lalu sebab lagi banyak bercakap dengan kawan yang baru dikenali masa exam tu daripada tengok buku. Kali ni saya tak dapat native speaker as examiner. Examiner saya rakyat Malaysia berbangsa Cina yang sangat friendly. Rasanya kami banyak ketawa sepanjang sesi speaking test tu. Dan macam biasa nama saya yang agak pelik tu selalu jadi 'bahan' speaking test IELTS, cis! Kalau nak dibandingkan native speaker yang agak serius dan saya sorang je sengih-sengih dulu, speaking test kali ni berlalu dalam keadaan rileks dan menyenangkan. Tapi jangan disangka air yang tenang takde buaya. Native speaker dulu beri saya 7.5 untuk speaking, kali ni saya dapat 6.5 sahaja. Hahahahaha..... mungkin kemahiran bercakap saya sudah berkurangan. ;p 

Ok, selesai sudah keempat-empat komponen. Bila dapat result IELTS ni saya rasa macam nak nangis mengenangkan betapa baiknya Allah pada saya. Sebab saya tau kalau nak diikutkan usaha saya yang tak seberapa, mungkin saya perlu mengulang IELTS lagi. Tapi nikmat tak perlu mengulang IELTS dan tak perlu mengeluarkan duit RM610 sekali lagi ni, hanya setinggi-tinggi pujian dapat saya panjatkan pada-NYA. Sungguh, nikmat Allah yang mana lagi yang hendak saya dustakan?

Untuk mereka-mereka yang akan menduduki IELTS, all the best!! Semoga bantuan Allah bersama kalian. Semoga Allah permudahkan dan berkati usaha kalian. Dan semoga kejayaan menjadi milik kalian. Amin. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...