Wednesday, June 26, 2013

Percutian ke Langkawi

Dah bersawang blog ni. Sekian lama tak di'update.
Tahun 2013 dimulakan dengan banyak program cuti-cuti Malaysia.
Tiap-tiap bulan berjalan. Parah!
Sekarang dah insaf. Tumpukan sepenuhnya pada thesis. Insya-Allah.

Pertengahan bulan 2 hari tu kami ke Langkawi.
Fully sponsored sebab Cik Ana, Cik Yen dan Erin ke Perth tanpa membawa Dina dan Afif.
Sebagai ganti, Cik Ana bagi duit untuk bawa budak dua orang tu jalan-jalan.
Mula-mula cari tiket flight, tapi agak mahal sebab last minute.
Halim pula beria nak drive, akhirnya buat keputusan untuk drive je lah.
Cuma yang paling tak best kami pergi waktu cuti Tahun Baru Cina.
Pergi dan balik jem sepanjang highway. Tapi ok jugak, merasa la jugak macamana orang lain balik kampung. Hihi...


Day 1


Kami sampai Kuala Perlis dalam pukul 8 lebih. Beratur nak beli tiket feri punya lah panjang, akhirnya dapat tiket pukul 12.30pm. Tiket feri RM18.00 sorang.


Lepas beli tiket cari kedai makan, semua pun penuh. Masuk gerai yang tak penuh, tukang masak belum mula memasak. Akhirnya kami makan pau keras. Lepas tu gembira lagi bergambar, tapi lama-lama sampai terbaring-baring kat tepi tangga. Punyalah lama nak tunggu pukul 12.30.


Akhirnya feri pun sampai. Sampai Langkawi, tunggu pakcik sewa kereta, check in hotel, akhirnya pukul 3.30pm baru makan tengahari. Lauk pun dah habis, tapi sebab lapar punya pasal, makan je lah. Masing-masing amik nasi dengan ayam goreng seketul, 4 orang, kena charge RM30 lebih. Nak terpengsan jugalah. Biar betul? Mahal sungguh nasi Langkawi. Lepas makan kami ke rumah dua pupu di Temoyong. Balik dari rumah dia dah Maghrib. Kepenatan. Masing-masing tak nak keluar dah. Tapi tu pun sempat lagi Halim dan Afif keluar pukul 10 lebih pergi beli McD. Huhu...

Day 2

Hari untuk merayau. 

Destinasi 1: tak sah kot kalau pergi Langkawi tapi tak ambil gambar dengan helang ni. Lagi-lagi kalau pertama kali datang. Hehe.


Destinasi 2: Makam Mahsuri. 
Banyak jugalah yang dah berubah dalam ni. Tapi yang paling menariknya ada Muzium Mahsuri. Sangat banyak maklumat tentang Mahsuri yang boleh dibaca dalam tu.


Ok, berangan macam musim luruh lah konon. Padahal daun pokok getah yang luruh.


Destinasi 3: Pantai Tanjung Rhu.
Tempat ni popular untuk sukan air rasanya. Sebab banyak je orang main jet ski kat situ. Selebihnya orang makan bawah pokok. Kami tak lama pun kat sini, cuma bergambar-gambar je.



Destinasi 4: Air Terjun Telaga Tujuh.
Beratus-ratus tangga nak naik sampai atas ni. Dah la tu terlepas level yang pertama, sebab tak perasan. Tiba-tiba tengok dah sampai second level. Itu belum kira dengan tembikai yang dibeli Afif dirampas monyet lagi. Tapi bila sampai sini memang puas hati. Kira berbaloi la berpenat-penat tadi. Subhanallah! Sangat cantik!


Destinasi 5: Oriental Village.
Ini tempat kereta kabel. Tapi takpelah, terima kasih saja. Barisan sangat panjang beratur. Akhirnya kami pusing-pusing bergambar dan makan ais krim saja.

Balik dari sini kami ke rumah dua pupu lagi. Jemputan makan malam katanya. Laksa utara yang power! Sotong goreng tepung lagi. Alahai, terima kasih Cik Yaasin dan keluarga. Memang tak dapat nak balas kebaikan mereka.

Day 3



Pagi-pagi lagi kami dah sampai jeti. Aktiviti hari ni Island Hopping. RM25 seorang. Pakej ni merangkumi beberapa aktiviti. Singgah ke Pulau Dayang Bunting, Eagle Feeding, dan akhir sekali akan ke Pulau Beras Basah.




Inilah Pulau Dayang Bunting. Afif beria nak mandi, tapi sebab masa diberi 45 minit je, saya malas nak bagi kebenaran. Lagi pun life jacket kena sewa. Tengok air dia terasa sangat dalam. Macam ngeri pulak walaupun budak dua orang tu memang pandai berenang. Bila cerita kat Cik Yen, Cik Yen tanya Afif "buat apa nak mandi dalam tu? Afif nak mengandung ke?". Hahaha...

Lupa nak cerita, perjalanan ke tasik tu, naik tangga bertingkat-tingkat lagi ye.. Kalau stamina tak cukup sila bertenang. Tapi sebab semalam kami dah berlatih dengan gigih panjat tangga Telaga Tujuh, yang ni terasa tak sampai suku pun. Hoho.. (sila insaf, jangan nak eksyen sangat. Allah yang bagi tenaga pada awak tau. Huhu)


Ini eagle feeding. Yang ni macam lebih kurang aktiviti Sungai Kilim yang saya pergi tahun lepas.




Pulau Beras Basah. Cantik, tapi dah hampir pukul 1 petang. Panas terik tak tau nak kata lah. Alhamdulillah, akhirnya boleh bagi kebenaran untuk Afif dan Dina mandi. Hampir-hampir saja kami diugut untuk naik ke Telaga Tujuh sekali lagi kalau Afif tak dapat mandi kat sini.

Perjalanan Island Hoping ni sangat-sangat meluruhkan jantung, paru-paru dan usus perut sebab pemandu bot bawa sangat laju, menghempas ombak, melawan badai. Habis semua orang basah lencun kena percikan air, selipar pun boleh tercabut dari kaki dan terpelanting. Tapi hikmahnya menjadi orang yang kecil, saya berlindung belakang halim dan cuma basah sikit. Untung kan ada adik besar?

Balik dari sini, makan free lagi. Alahai Cik Yaasin, semoga Allah murahkan rezekimu.


Malam terakhir, kami jadi pengunjung setia Haji Ismail Group. Sangat banyak ye coklat yang dibeli. Dan luggage, dan sudu garfu. Luggage Langkawi murah, rasa rugi kalau tak beli. Antara banyak-banyak barang itu, smarties dalam gambar tu, yang dikirim oleh Cik Ana yang jelita, berjaya men'stresskan kami sebab terpaksa jaga Si Tiger tu takut tercabut. Oh, masa ni tengah popular pemanggang ajaib juga. Rasa menyesal tak beli, sebab memang harga berkali-kali ganda murah. Tapi beg dah tak muat. Kereta pun dah tak muat dengan beg yang tiba-tiba beranak-pinak. Takde rezeki. Huhu..

Day 4
Hari untuk balik. Pagi-pagi dah check out. Tapi lepas tu sempat lagi minum air kelapa muda tepi jalan. Sama je rupanya harga macam kat KL. Ingatkan kelapa Langkawi murah.



Pukul 10 lebih kami pulangkan kereta, pakcik sewa kereta hantar ke jeti dengan menempuh jem yang amat sangat. Dekat satu jam untuk perjalanan yang sepatutnya 15 minit. Lain kali pergi la lagi waktu public holiday. ;-0. Lepas tu feri pula delay 1 jam. Alahai Langkawi.



Akhirnya kami tiba di jeti Kuala Perlis hampir pukul 3 petang. Drive balik dengan bersopan-santun sebab cuma Halim sorang memandu. Saya pura-pura demam (eh, demam betul sebenarnya, tapi semalam la, organ-organ bercelaru lepas kena hempas ombak). Afif dengan confident nak duduk depan teman abang katanya, tapi lepas tu dia tidur sampai kaki kat stereng. Tiba-tiba je dengar Halim jerit "wei, agak-agak la kalau nak tidur pun..." Haha...

Intaha... tamat sudah. 

Nota kaki: 
Sungguh lama topik ni ditulis separuh dan ditinggal bersawang. Thesis punye pasal. Betul la kot acronym ni. THESIS = True Happiness Ended Since Its Started. Huhuhu.... :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...