Saya: Huih, memang kena pergi. Cantik sangat..... Air biru, pasir putih. Macam dalam majalah tu.
Cik Ana: Bila masa kakak pergi? Cik Ana tak tau pun.
Saya: Haha, tak pernah pergi lagi. Kakak melancong melalui internet.
Cik Ana: Hampeh!
*****************************
Hoho, intro takde kena mengena dengan tajuk apatah lagi isi kandungan cerita. Tapi hari ni bolehlah kita jalan-jalan ke Bandung melalui internet. :-)
Hujung bulan Februari hari tu saya ke Bandung dengan niat suci murni untuk present paper di conference. Maka disebabkan niat yang sangat suci itu, tak banyaklah tempat-tempat menarik yang boleh dikongsikan. Lagi pun, ini kali kedua ke sini. Rasa dah agak kurang teruja kecuali baju-baju muslimah yang sangat murah dan menggoda itu. Tapi disebabkan kawan-kawan yang memang orang tempatan kata sebenarnya baju, telekung dan lain-lain yang orang Malaysia suka beli tu lagi murah di Tanah Abang, Jakarta, tahap keterujaan jadi sedikit menurun.
Maka arakian tersebutlah alkisah, cuma sedikit gambar-gambar inilah yang ada untuk tatapan:
Ini tahu gejrot. Pedas tapi sedap. Disebabkan kali ni pergi dengan orang tempatan, maka saya berani nak makan makanan tempatan. Kalau tak, rasa macam tak pandai je, takut tersalah pilih makanan.
Boleh dikatakan 5 hari di sini, 5 hari makan nasi dengan tahu dan tempe. Lagi satu kebanyakan lauk ayam di sini kecil-kecil je, tak macam ayam Malaysia yang gemuk gebu. Sama ada ayam Malaysia banyak disuntik hormon, atau ayam Indonesia spesis ayam kampung, saya tak pasti. Wallahua'alam.
Inilah satu-satunya tempat pelancongan yang kami pergi sepanjang di sini, Kawah Putih. Hari lain asyik pergi shopping, sebab kami pergi dengan orang tua-tua. Jadi tak boleh melawan nak buat hal sendiri.:-) Kawah Putih ni sinonim dengan bau sulfur yang sangat kuat. Belum nampak rupa air dah terbau belerang. Duduk kat kawasan kawah tu dalam 10 minit, muka boleh bertukar jadi kuning. Tapi sebab kat Malaysia takkan jumpa tempat macam ni, jadi tetap juga teruja dan bahagia. :-)
Sebelum sampai ke Kawah Putih tu akan jumpa deret-deret gerai jual strawberi. Sangat murah, manis, sedap lagi besar.
Orang ni tanam strawberi di celah-celah rumah. Sila bayangkan tempat ni sejuk macam Cameron Highland. Sebab tu strawberi boleh hidup subur.
Pemandangan dalam perjalanan pergi dan balik ke Kawah Putih tu. Penggunaan tanah yang sangat optimum. Dalam gambar ni nampak agak luas, tapi sebenarnya ada banyak rumah-rumah yang halamannya sangat kecil pun boleh ditanam padi, bawang, kobis, daun sup, macam-macamlah. Betul-betul sampai longkang tepi rumah pun ada. Kagum.
Kuda ni pengangkutan awam ye. Nama dia Delman. Dia pakai cermin mata supaya jalan lurus ke depan dan mata tak melilau tengok kanan kiri jalan.
Ni pemandangan dari restoran kat kawasan tanah tinggi, Dago Atas. Cantik, tapi sebab waktu ni dah nak Maghrib, gambar pun tak cantik sangat. Atau sebenarnya photographer tu yang kurang skill. (Saya la tu. Hoho)
Ni pemandangan dari Braga Hotel & Apartment, tempat kami menginap. Pukul 5.40 pagi. Sebenarnya bangun nak solat Subuh. Sekali tengok dah terang. Melompat turun katil.
Makcik ni jual macam-macam makanan ringan tempatan. Saya gigih ke sini sebab ada orang kirim kacang Bandung.
5 hari di sini, terasa dah sangat rindukan roti canai Malaysia. Waktu pulang, kami senyum-senyum perhatikan orang Malaysia yang baru sampai beramai-ramai di airport Bandung dengan beg kosong. Meriah ekonomi Bandung sebab orang Malaysia suka shopping. Maka tips untuk dapat barang yang lebih murah, pergilah tempat yang orang Malaysia tak serbu beramai-ramai lagi ye.
Iklan:
Maaf, terasa gambar masa Halim akad nikah hari tu ni sangat comel sebab Afif gigih buka butang baju tunjuk dada konon ala-ala Hindustan. Lalala...