Monday, February 13, 2012

Cuti-Cuti Langkawi

Kami ke Langkawi tanpa dirancang. Tiba-tiba waktu borak-borak tengok TV, Cik Ana sebut perkataan Langkawi, dan saya pun laju je kata 'jom'. Memang kerja gila. Pukul 12 tengahari kami terfikir nak ke Langkawi, saya terus ke Stesyen Bas Klang, dan beli tiket ke Langkawi dijadualkan bertolak pukul 12 tengah malam. Wahh... tiket ke Langkawi lagi mahal dari ke Hat Yai. RM51 dari Klang ke Kuala Perlis. Campur dengan RM18 ringgit tambang feri, jumlah kos perjalanan ke Langkawi sehala adalah RM68. Kalau tempah tiket Air Asia awal, saya percaya boleh dapat lebih murah dari tu. Tapi kalau dah namanya kerja gila, memang bas je lah yang paling sesuai.


 Masjid ni di Kuala Perlis. Sangat cantik. Betul-betul menghadap laut.

 Kami bertolak dari Kuala Perlis dalam pukul 9.30 am dan lebih kurang 45 minit kemudian tiba di Jeti Kuah.

Ini je la kenderaan yang tinggal. Iswara buruk dengan sewa RM100.00 sehari. Sangat mahal kalau nak dibandingkan dengan harga normal RM 60.00 sehari. Apa nak buat, datang pun tiba-tiba. Redha je la. Takkan nak sewa Vios RM180.00 pulak. Baik beli coklat.

Selepas berpusing-pusing mencari dengan bantuan GPS, ditambah dengan kebanyakan hotel full house sebab cuti umum Thaipusam, akhirnya kami dapat tempat tinggal ni. Seri Mutiara Motel. RM 80.00 semalam. Selesa lah untuk kami yang cuma berdua ni. Bukan nak duduk dalam bilik lama-lama pun.

Ini destinasi pertama kami. Tak masuk pun sebab dah pernah masuk sebelum ni. Ambil gambar kat luar je. Lepas tu pegi beli minyak gamat.

Ini destinasi kedua. Oriental Village. Sebenarnya nak naik cable car (saya pura-pura beranikan diri sebab kena ejek dengan Cik Ana), tapi barisan sangat panjang. Tanya kakak di kaunter, paling awal buka pukul 9.30 pagi. Jadi kami berazam nak datang esok pagi sharp 9.30am. Disebabkan takde apa nak buat jadi kami pun jalan-jalan di Oriental Village ni dan masuk ke dalam Geopark Info Centre melawat fosil-fosil yang banyak dijadikan pameran. Dapatlah juga ilmu.

Dalam perjalanan balik, kami terpedaya dengan signboard 'Pemandangan Indah', translated as 'Look Out Point'. Jadi kami park kereta tepi jalan dan gigih panjat tangga nak tengok pemandangan indah.

Rupa-rupanya ini yang dimaksudkan sebagai pemandangan indah. Pemandangan lapangan terbang. Alahai, kecewa.

 Saya tak tau apa nama tempat ni. Teluk Burau ke? Yang pasti Cik Ana dan Cik Yen panggil tempat ni Teluk Azhar Mansor.

Keesokan harinya, pukul 9.45 pagi kami tiba lagi di Oriental Village. Ya ALLAH, barisan cable car lagi panjang dari semalam. Mau tunggu 2 jam belum tentu dapat naik. Tapi kami beratur juga pada mulanya. Tiba-tiba terdengar perbualan 2 orang cikgu yang nak naik bot di Sungai Kilim. Jadi kami menyibuk sekali sebab masih ada tempat kosong. RM250 satu bot, boleh memuatkan 10 orang. Tak jadi naik cable car. Yeayyy!!

 Saya sangat teruja dengan gambar ni.

 Ni la antara tempat-tempat yang dilawati dengan bot di Sungai Kilim itu. Ini tempat ternak ikan.

 Kawasan ni banyak helang.

 Subhanallah!

 Ini pulau kasut kalau tak silap nama dia. Sebab dari beberapa sudut, memang bentuk dia macam kasut.

 Ini Gua Kelawar. Masih dalam pakej Kilim Geoforest tu.

Ini jeti tempat naik bot di Kilim.

Kami pulang petang tersebut, dan naik bas balik ke Klang jam 9.45 malam.

Kesimpulannya, berkali-kali ke Langkawi, baru pertama kali ini saya menyedari yang Langkawi sangat cantik sebenarnya. Itu pun sebab saya naik bot di Sungai Kilim tersebut. Lain kali ke Langkawi saya nak cari pakej Island Hoping pula ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...