Ini post yang terlewat. Entah kenapa mood nak update blog sangat tidak menggalakkan sejak akhir-akhir ini.
Cuti semester baru saja berakhir. Kelas dah bermula dari minggu lepas, tapi semuanya berlangsung tidak sampai setengah jam. Tiba-tiba ada ramai lelaki dalam kelas dan kami menjadi minoriti. Saya yang semenjak bertahun-tahun dari zaman diploma, degree dan master semester lepas di kelilingi perempuan merasa sangat tidak selesa berada di dalam kelas yang di kelilingi lelaki. Tambah-tambah pula majoriti mereka foreigner. Cuma dua orang pakcik Melayu, yang lain entah dari negara mana. Dan tambah merumitkan, lepas cuti tiga minggu tiba-tiba saya rasa terlupa bagaimana untuk berbahasa Inggeris. Haha, kemahiran bahasa memang susah didapati tapi mudah saja untuk hilang ;-)
Berbalik kepada tajuk post ini, sebaik sahaja tamat final exam semester lepas, kami ke Hat Yai. Tak menyempat-nyempat. Pukul 12 tengahari habis exam, pukul 10.30 malam kami bertolak ke Hat Yai. Naik bas ye kawan. Sudah bertahun rasanya saya tak naik bas ekspress jauh-jauh. Tiba-tiba teruja sebaik sahaja melihat tiket bas. RM 45.00 dari Pudu Sentral terus ke Hat Yai. Sangat berbaloi.
Duit Baht. Exchange rate dia sangat mudah dan tak memeningkan kepala. 10 Baht = RM 1.
McD Thailand. Tak halal ye.
Tuk-Tuk.
Thailand ni macam syurga makanan pun ye. Walaupun orang kata susah nak cari makanan halal di Thailand, tapi di kawasan Hat Yai nampak ok. Peniaga Islam memang ramai dan tak perlu dirisaukan. Kalau dia berniaga sebelah penujual 'pork' tak payah la beli kan?
Gambar atas tu pulut mangga dan pulut ayam. Tapi saya makan mangga tu je, sebab sangat lazat. ;-)
Kami baru buat case study on Thailand as the Detroit of Asia. Jadi bila sampai sana memang mata sangat 'alert' terhadap semua yang berkaitan dengan syarikat kenderaan bermotor.
Ini di Hat Yai City Municipality Park. Tapi kami tak naik pun cable car ni. Saya gayat, jadi saya akan beri berjuta alasan bila orang ajak naik cable car.
Patung Dewi Kwan Yin. Kesimpulan saya, Thailand adalah negara yang dipenuhi dengan patung-patung. Ianya berada di mana-mana.
Satu lagi Patung Buddha yang besar.
Ini pemandangan dari Tang Kuan Hill Top. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dari atas bukit ni, membuatkan saya rasa tak nak turun dah.
Aiskrim kelapa dalam tempurung kelapa. Yummy!
Samila Beach, Songkhla. Sangat cantik.
Ombak sangat kuat sampaikan takde siapa pun berani mandi kat sini.
Inilah The Golden Mermaid of Samila Beach.
Naga ni di Samila Beach juga. Dipotong tiga bahagian dan diletakkan di tiga tempat yang berbeza supaya orang melawat keseluruhan Pantai Samila itu. Tapi kami jumpa kepala je. Tak cukup masa nak buat 'Dragon Hunting'. Dah hujan dah masa ni.
Buddha tidur.
Ini kenderaan yang kami naiki untuk satu hari tour dari Hat Yai ke Songkhla. Pakcik yang bawak van ni boleh cakap Melayu loghat Kedah, sekaligus menyelesaikan masalah bahasa yang kami hadapi. Orang Thailand tidak berbahasa Inggeris, dan kadang-kadang kami terpaksa tawar harga barang guna kalkulator atau kertas dan pen. Adakalanya seorang bercakap Bahasa Melayu, dan seorang bercakap Thai.
Ini air buah yang diisi di dalam bekas buluh. Sangat kreatif. Saya teruja.
Floating Market. Tapi Pasar Terapung di Hat Yai ni kecil saja. Mungkin kerana kami datang pada hari Jumaat dan bukan hujung minggu, atau mungkin juga sebab hujan. Apa pun kami tetap teruja. Tambahan pula majoriti yang berniaga adalah wanita Muslim.
Secara keseluruhannya, ianya perjalanan yang memuaskan. Sewa hotel sangat murah, dan harga barangan made in Thailand juga sangat murah. Untung saya tidak membawa terlalu banyak duit. Kalau tidak, mahu lebur duit-duit itu di sini.