Sunday, October 30, 2011

Gunung oh Gunung....

Saya tiba-tiba mempunyai kegilaan yang baru.
Kegilaan terhadap gunung. (gunung ke bukit batu kapur sebenarnya, saya pun tak tau)
Saya memang suka termenung tengok alam sejak kecil.
Tengok burung, tengok bunga, tengok air, tengok hutan, tengok pokok.
Masa kecik-kecik dulu bila jalan-jalan lalu sungai, atau tasik atau lombong, saya akan jadi sangat excited.
Cuma malangnya air kat Malaysia ni makin lama dah makin hilang serinya.
Sungai yang rupa macam Sungai Klang dah bertambah-tambah bilangannya, air keruh, bau pelik.
Maka kegilaan terhadap air itu sedikit berkurangan sekarang.
Tiba-tiba bilik saya di UIA ni betul-betul menghadap bukit batu kapur. Bangun tidur tengok bukit.
Kadang-kadang tak nampak langsung sebab da kena tutup kabus.







Bila kabus hilang, nampaklah ia tersergam indah depan mata.
Subhanallah, kebesaran Allah.
Nikmat yang tidak terhingga menatap kebesaran yang sebegitu rupa.
Saya boleh study atas katil sambil menatap keindahan alam itu.
Subhanallah, subhanallah, allahuakhbar, Maha Besar Allah yang menciptakan semua itu.
Maka berangan-anganlah saya untuk cari rumah yang menghadap bukit nantinya.
Tapi ada ke bukit kat Bangi?

Saturday, September 24, 2011

Bahaya Bekas Plastik Terhadap Kesihatan

Wahh.... Skemanya tajuk.
Beberapa hari lepas kami berbincang mengenai bahaya bekas plastik terhadap kesihatan.
Lepas tu ada yang mengatakan semakin tinggi nombor yang tertera di bawah bekas plastik tersebut bermakna semakin selamatlah plastik tersebut untuk digunakan.
Tapi ada pula yang argue bahawa nombor tersebut sebenarnya merujuk kepada kod kitar semula.
Hehe, saya tak pernah perasan pun bawah bekas plastik ada nombor sebenarnya.
Walaupun selama ni tau yang bekas plastik macam bekas air mineral tu tak elok digunakan berulang kali, tapi setakat tu je la yang saya tau.
Tak pernah nak mengkaji secara lebih mendalam.
Disebabkan kurang percaya dengan kata-kata kawan tentang nombor tu, balik Mahallah saya pun belek-beleklah bekas plastik yang ada.
Ooo... memang ada logo segi tiga beserta nombor di dalamnya.
Siap ada kod huruf-huruf lagi kat luar segi tiga tu.
Bekas Tupperware ada huruf PP, nombor 5. (Tupperware betul ye, Tipuware saya tak tau ;-)
Botol mineral, botol Tropicana Twister kegemaran ayah saya ada kod PET, nombor 1.
Apa pulak la PET, PP, nombor-nombor bagai ni?
Maka saya pun memulakanlah operasi meng'google' maklumat.


Kod-kod yang tertera kat atas ni, dan kat bawah botol-botol plastik telah dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1998 di Amerika Syarikat dan digunakan juga oleh badan-badan lain seperti ISO (International Standard Organisation).
Maknanya benda ni standard la seluruh dunia.

Kod 1 adalah untuk bahan yang diperbuat daripada PETE atau PET, biasa digunakan untuk bekas air mineral, jus atau apa-apa botol plastik yang transparent / jernih /  lutsinar.
Botol plastik nombor 1 ni sepatutnya digunakan sekali sahaja dan tak sepatutnya digunakan untuk isi air panas sebab ia boleh menyebabkan lapisan polimer pada botol tu meleleh dan mengeluarkan bahan karsinogernik yang boleh mengakibatkan kanser pada jangka masa panjang.
Tapi berapa ramai antara kita yang tak pernah recycle botol mineral atau botol-botol air F&N, Coca Cola, Tropicana Twister?
Tabik spring la kalau tak pernah walaupun sekali.

Kod 2 (HDPE) biasa digunakan untuk bekas yang berwarna putih susu, dan tak transparent macam bekas bedak Johnson's Baby.
Agak jarang digunakan dalam bekas-bekas yang kita suka recycle, tapi ianya juga sepatutnya hanya boleh digunakan sekali je.
Ada ke orang recycle bekas Johnson's Baby lepas tu buat isi air minuman?
Wawawa, kompius.

Kod 4 biasa digunakan untuk bekas makanan yang digunakan sekali dan buang.
Saya dah cari bekas-bekas plastik yang ada kat keliling ni tapi tak jumpa pulak kod 4 ni.
Agak selamat untuk makanan atau minuman di bawah 60 darjah celcius, tapi kalau lebih, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk dalam makanan.

Kod 5 ni yang saya cakap ada pada Tupperware, dan selalu diwar-warkan oleh pengedar-pengedar Tupperware sebagai plastik yang selamat untuk kesihatan.
Boleh masuk microwave, tapi kalau hari-hari masuk microwave, lepas 3 bulan jangan guna dah sebab lepas tu dah kurang selamat dah jadinya.
Ada blog kata kalau dah guna telalu lama patut ganti dengan yang baru.
Errk, macamana ni, ingat nak guna seumur hidup, Tupperware dah lah 'murah' sangat harga dia.

Kod 3, 6 dan 7 yang biasanya berwarna merah adalah kod-kod wajib elak.
Plastik kod-kod ni mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang boleh menyebabkan kanser, merosakkan sistem reproduktif, meninggikan risiko kanser payudara, kegemukan, keguguran, diabetes dan tekanan darah tinggi.
Kod 6 tu polystyrene tau.
Cer citer berapa banyak bekas makanan polystyrene dan styrofoam yang kita dah guna?
Dengan gembira kita ambil bila tapau makanan kat kedai kan?
Kesimpulan kami hari tu, agak tak heranlah kalau orang sekarang susah nak dapat anak dan banyak penyakit.
Kita terdedah kepada terlalu banyak punca-punca penyakit di sekeliling kita.

So, kawan-kawan, kesimpulannya mari kita cari botol kaca untuk simpan air lepas ni. ;-)

Rujukan:

  1. http://botolsusucomel.blogspot.com/2011/04/penggunaan-botol-bpa-adalah.html
  2. http://woongjin-coway.webs.com/bahayabotolplastik.htm
  3. http://tupperwarecomel.blogspot.com/2009/08/kenapa-pilih-tupperware.html
  4. http://syamilamohd.com/2011/05/bahaya-plastik-dan-ketahui-simbol-atau-kod-plastik

Thursday, September 22, 2011

The Multi Level Marketing vs Selling Concept

Dah beberapa hari asyik terjaga pada pukul-pukul macam ni.
Lepas tu tak boleh tido and finally this is what I'm doing, blogging at 3.21am in the morning.
Kalau buat tahajud ni banyak dah pahala, tapi... ;-(

Ada sesetengah orang, bila bangun tido, secara tak sengaja dia akan recall balik apa saja benda terakhir yang masuk dalam minda dia malam tu sebelum tido.
And, I am one of this person.
Sebab tu kalau boleh saya malas nak bercakap benda negatif sebelum tido, nanti bukan je masuk dalam mimpi, siap bangun tido teringat-ingat pulak tu.
But, one of the positive side kalau baca buku sebelum tido, bangun tido tiba-tiba bole ingat balik malam tadi baca apa.

So, currently I am thinking of what I learnt in the Marketing Management class last night.
I have learnt the marketing orientation / philosophy since the Principal of Marketing subject during diploma, Strategic Marketing Management subject when I did my degree, and now in Marketing Management subject for Master's level.
I believe I have had a good understanding of the Production Concept, Product Concept, Selling Concept, Marketing Concept and Societal Marketing Concept since I learnt SMM, but the lecturer just now told us the other side of the concept that I didn't know before, especially the history of it which I find very interesting.
Now I know why I like marketing before.
I like to read and listen to stories actually, and I can get sooo many of this in marketing. hihi.

Kan da kata ada je effect sebelum tidonya.
Kan ke kelas malam tadi in English, tiba-tiba bila recall balik belajar apa pun in English.
Sama la kalau macam baca English novel, tiba-tiba bangun tido terasa nak speaking.
Entah apa punye perangai macam ni entah.

Sebenarnya malam tadi masa dalam kelas terfikir, boleh ke Multi Level Marketing di consider as exercising the Selling Concept.
And, I raised that to the lecturer.
Oh ye, bole buat nota dalam blog ni.

According to the lecturer, the Production Concept started way before the Industrial Revolution.
Masa tu kan machine pun takde, semua pakai manual, so, susah nak produce barang, and kalau produce pun, since it is manual, the quality won't be similar between one product and the other walaupun it's the same product.
Ye la, tangan Ah Chong dengan tangan Muthusamy kan tak sama.
Kebolehan diorang pun lain-lain, jadi macamana nak produce the same quality of product, walaupun menggunakan cara yang sama.
So, masa tu marketers believe people will buy whatever product available in the market, as long as it is cheap, so, they just produce and sell.

Then, bila terjadinya Industrial Revolution, macam-macam kilang, macam-macam machine muncul. So, companies compete with each other.
In order to survive, they believe that if they can produce the best quality, best features of product, customers will buy, although this may incur cost, and not all customers need it actually.
Yang ni la dipanggil Product Concept.
Contoh kalau zaman moden ni, handphone canggih-canggih macam-macam features tu, macam la orang yang beli tu guna semua features yang ada.
Macam saya, last-last call dengan sms + GPS jugak yang utama.
Yang lain-lain tu ada yang saya tak pernah try test pun macamana nak guna.

In the mid 50's, supply started to exceed demand.
When some companies cannot sell their inventories, muncullah the Selling Concept pulak, which the marketers believe customers will not buy unless they are forced to buy.
Masa ni la timbulnya direct selling bagai.

In 1960's, marketers started to realize that in order to sell their product at a profit, they need to satisfy the customers need.
Masa ni la baru the Marketing Concept muncul.
Bila dah tau apa yang customers nak, baru la senang nak jual barang.
Although certain product may need a high cost to produce, but it still can be sold at a higher price, because they are selling the product that customers' want.

Akhirnya baru-baru ni muncullah pulak the Societal Marketing Concept.
In which, marketers started to sell not only products that customers wants, but also products that care on the society's well being.
Tu yang banyak sungguh barang organic la, green la, environmental friendly la sekarang.
Ni semua sebab kepercayaan kepada Societal Marketing Concept la ni.

Tapi, walaupun sesetengah concept ni muncul way before the Industrial Revolution, some marketers still practice it until today.
Not all companies nowadays are using the Marketing Concept or Societal Marketing Concept.
They are still some companies using the Production Concept, Product Concept and Selling Concept.

And that is why I am thinking of MLM as using the Selling Concept.
But then, according to the lecturer, MLM ni sekarang da jadi a very different business plan at all.
Kalau dulu, yang asal-asal macam Tupperware, Amway, they are using MLM, tapi lebih tulus, suci, murni lah berbanding MLM yang lain sekarang ni.
Sebab macam Tupperware ni, they are selling products. They just want to save their cost in terms of outlet, storage and so on.
That's why masa mula-mula muncul, they are using direct selling, but it is single level marketing.
Beberapa tahun lepas kemunculannya baru dia tukar business concept to MLM.
Tetiba teringat party Tupperware yang dibuat oleh makcik-makcik masa saya kecik-kecik dulu.
Tapi kalau kita tengok MLM yang lain sekarang, tak tau la sama ada diorang ni jual product ke, atau making money menggunakan orang?
Cer tengok orang-orang MLM sekarang.
Kalau makcik-makcik party Tupperware dulu, dia betul-betul jual Tupperware kan?
Cuma sambil-sambil tu adalah ayat, kalau jadi ahli boleh dapat harga murah.
Kalau dah jadi ahli, lepas tu jual kat kawan-kawan boleh dapat commission.
Tapi tu pun jarang kita dengar they emphasis on that thing.
Mostly memang nak jual Tupperware la.
(punya la hebat brand equity Tupperware ni sampai hari ni Tipuware  pun kita panggil Tupperware kan? Asal bekas plastik je kita sebut Tupperware).
Tapi cer banding dengan tukang-tukang MLM hari ni.
Contoh terdekat Hai-O la sebab saya dah di approach oleh bukan seorang, tetapi beberapa orang yang join Hai-O.
Diorang akan approach kita bukan untuk jual baju dalam infrared tu, atau untuk jual Bio-Aura.
Diorang akan approach kita untuk join Hai-O, buat pinjaman RM20,000++ and membuat duit daripada the Multi Level Scheme.
Product boleh jual atau tidak itu belakang cerita.
So, kesimpulannya, yes, MLMs are using a selling concept, but since the business model is very different from the normal business, banyak lagi lah yang boleh dikomen di situ.

Wahh..... da pukul 4 lebih, tapi tak ngantuk balik.
Adakah apabila usia semakin meningkat manusia memang akan jadi tak berapa perlukan tido?
Tapi kenapa masa sebelum jadi student dulu hobi saya tido? **musykil** ;-)

Wednesday, September 14, 2011

Betapa Sesungguhnya Hidayah Itu Milik ALLAH.....

Betapa sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH...
'DIA memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-NYA ke jalan yang lurus' (Al-Baqarah; 142)
Ada orang yang berpoya-poya dan terkinja-kinja di usia muda, suatu ketika apabila ALLAH memberi hidayah kepadanya, dia menjadi sebaik-baik manusia.
Dan manusia-manusia yang begini biasanya lebih baik dari yang sedia baik kerana mereka sudah melalui dan merasai apa itu hidup yang jauh dari ALLAH.

Betapa sesungguhnya kita tidak punya sebarang hak untuk menilai manusia.
Apatah lagi untuk menentukan sama ada seorang manusia itu pada masa depannya akan menjadi baik atau jahat.
Hidayah ALLAH itu boleh datang pada bila-bila masa sahaja.
Cepat atau lambat, siang atau malam, apabila hidayah itu datang, manusia boleh berubah.
Tidak mustahil juga seorang yang baik boleh berubah ke arah yang sebaliknya.

Iman senipis kulit bawang, teguhkan ia dengan ilmu.
Amal serapuh jalinan sawang, perbaikilah ia tanpa jemu.

'Ya ALLAH, janganlah Kau palingkan hatiku ini, setelah Kau berikan hidayah kepada-NYA'

Friday, September 9, 2011

Selimut Putih

Lagu ni, satu-satunya lagu yang membuatkan bulu roma saya naik merinding, 
menyentuh jiwa, hati dan perasaan.
Liriknya sangat mendalam.
Suara Arwah Ustaz Asri dalam ni betul-betul sampai ke lubuk siapa yang mendengarnya.
Semoga roh arwah sentiasa dirahmati-NYA.


Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan

Thursday, September 1, 2011

Tangan yang Memberi itu Lebih Baik dari yang Menerima

'Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya ALLAH mengetahuinya.' (Al-Imran; 92)

Ketika mengaji selepas Maghrib tadi, saya terbaca ayat di atas. Tiba-tiba ada perasaan halus yang menjelma dalam diri. Betapa sesungguhnya saya ini manusia biasa. Adakalanya berfikir-fikir juga sebelum memberikan apa yang saya miliki kepada orang lain, apatah lagi jika jumlah yang diminta agak banyak. Sesungguhnya ayat ini membuatkan saya agak insaf.

Saya teringat, beberapa hari sebelum Hari Raya, saya ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi melakukan medical check up untuk biasiswa SLAB. Selesai urusan, waktu start enjin kereta, datang seorang lelaki tua, membawa tongkat mengetuk cermin kereta dan mengeluarkan ayat-ayat yang biasa diberi oleh peminta sedekah. Saya, entah kenapa, mungkin kerana sudah set in mind yang orang-orang begitu didalangi sindiket, dengan pantasnya menggelengkan kepala walaupun pakcik tersebut berusaha 2 kali untuk meminta. Apabila pakcik tersebut berlalu pergi, secara tiba-tiba saya terasa menyesal. Kenapa pada bulan Ramadhan yang mulia itu, apabila Allah datangkan peluang untuk saya menderma dan membuat amal, saya menolak peluang tersebut mentah-mentah. Saya start enjin cepat-cepat dengan niat untuk mendapatkan pakcik tersebut, tetapi akibat dihalangi beberapa kereta, saya tidak berjaya mendekatinya.

Petang itu, saya menceritakan apa yang berlaku kepada housemate saya dan saya mendapat nasihat ini:
'dulu saya pun fikir tentang sindiket juga dan tak nak bagi, tapi kemudiannya saya dengar seorang ustaz berkata, apabila ALLAH datangkan kepada kita seorang peminta sedekah, maknanya ALLAH sedang memberikan peluang kepada kita untuk beramal. Orang lain susah-susah cari fakir miskin nak hulur sedekah, tapi kita, seorang fakir ada di depan mata, maka perlukah kita menolak peluang berbuat baik itu? Kita tidak tahu apakah benar dia didalangi sindiket, atau mungkin memang dia benar-benar fakir. Maka bersangka baik dan ikhlaskanlah hati beramal, insya-ALLAH ada ganjarannya.'

Jadi lepas ni, bila hati rasa berat nak hulurkan bantuan, saya akan berusaha mengingati ayat surah al-Imran tersebut, dan pesanan housemate saya ini. Sesungguhnya sedekah itu penghapus dosa. Sama-sama lah kita berkongsi apa yang kita miliki dengan mereka yang memerlukan.




Tuesday, August 30, 2011

Yeayyy!!! Saya Bukan Anak Angkat!!!

Saya terpaksa mengaku yang saya mempunyai beberapa kebodohan yang agak memalukan. Antaranya, saya baru sahaja mengetahui jenis darah saya, pada usia yang hampir mencecah 28 tahun. Balik dari klinik, dengan bersemangat wajanya kerana baru mengetahui jenis darah, saya pun bertanya kepada adik saya:

Saya : Lim, darah ko jenis apa?
Adik : O. 
Saya : Hu? Kenapa kakak A?
Adik : Sapa cakap?
Saya : Doktor la cakap. Kakak baru check blood type tadi.
Adik : Bodoh gila doktor tu. Kenapa tak sama dengan aku? Darah daddy O juga tau. Abis la, ko mesti
          anak angkat.
Saya : Mak?
Adik : Apa pulak, ikut jenis darah bapak la, suka-suka hati ko je nak ikut mak.
Saya : Kenapa kakak lain? 
Adik : Malas aku nak ulang, terima je la kenyataan ko anak angkat.
Saya : Peliknya. 
Adik : Tu la, dulu mak ambil ko dari Muthusamy jadikan anak angkat.
          Terima je la kenyataan kak.
Saya : Ko jahat. Tipu lah.
Adik : Kalau betul ko anak angkat macamana?
Saya : Sedih lah. Belum betul pun da nak nangis ni. Tapi daddy cakap darah Wak Salam (pakcik saya) pun
          A juga. Maknanya adik beradik tak semestinya sama.
Adik : Kalau macam tu maknanya ko anak Wak Salam.
          Nanti raya aku anta ko balik rumah bapak ko.
Saya : Kejam. Huhu...

Agak musykil, walaupun saya sangat yakin saya adalah anak kandung ibu bapa saya, tapi saya masuk ke dalam bilik air dan menangis selepas perbualan tersebut. Tiba-tiba teringat cerita Autumn in My Heart, tiba-tiba terfikir kalau betul saya anak angkat, macamana, saya sayangkan mak, daddy dengan Halim, saya tak nak ada keluarga lain. Sambil terasa nak gelakkan diri sendiri, saya menangis beria dalam bilik air. Macam tu rupanya perasaan seseorang apabila tiba-tiba mengetahui yang dia adalah anak angkat.

Kerana tidak puas hati dengan confident level Halim yang terlampau tinggi, saya pun meng'google' la maklumat mengenai jenis darah, dan menemui website ini. Jenis darah manusia terbahagi kepada 4 jenis iaitu A, B, AB dan O bergantung kepada antigen yang mereka miliki. Antigen A dan B adalah dominan. Ini bermakna jika seorang individu mempunyai antigen B dan O, antigen B akan lebih bersifat dominan terhadap O dan darah individu tersebut akan react sebagai darah jenis B.

Seorang anak boleh berkemungkinan untuk mempunyai jenis darah yang berlainan daripada ibu bapanya. Sebagai contoh, jika kedua ibu bapa mempunyai jenis darah yang sama iaitu B dan mempunyai antigen BO, anak mereka berkemungkinan berdarah BB (antigen B diwarisi daripada kedua ibu bapa), BO (antigen B daripada ibu dan O daripada ayah atau vice verca), atau OO (antigen O daripada kedua ibu bapa). Ini bunyinya macam agak simple. For more complicated version, boleh rujuk sini.

Maka saya dengan ini membuat kesimpulan bahawa, yeayy!!! Saya sangat yakin yang saya bukan anak angkat. Budak nakal tu, siap dia nanti!! ;-)

Rujukan:

Moral of The Story: 
Akibat ambil Sains Teknikal masa SPM dulu, percuma saya kena tipu bulat-bulat dengan Halim. Kalau dulu-dulu saya ambil Sains atau Biologi mesti saya lagi bijaksana bila kena buli bab-bab macam ni. Huhu.
Lain kali banyak-banyak la membaca perkara yang bukan bidang kita ye. ;-)

p/s: Sila abaikan allignment and balancing yang tonggang terbalik dalam dialog tu. Penat dah betulkan tak berjaya. :(

Wednesday, August 24, 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W


Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Tuesday, August 23, 2011

Tazkirah untuk Diri Sendiri di Hari Selasa

  • Sentiasalah berbaik sangka kepada ALLAH s.w.t. DIA yang menciptakan kita. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin kita merasakan apa yang berlaku kepada kita hari ini tidak adil, tetapi tahukah kita bahawa mungkin apa yang berlaku hari ini itu ada kebaikannya pada masa akan datang?
  • Jangan pernah berputus asa dalam berdoa kepada-NYA. DIA lebih tahu masa yang terbaik untuk memakbulkan doa kita. 
Saya berdoa untuk menjadi seorang pendidik sejak tahun 2004, tetapi baru dapat menceburi bidang itu tahun ini. Selepas berusaha menghantar resume, menghadiri temuduga dan mengisi borang jawatan kosong di pelbagai institusi setiap tahun. Saya percaya ada hikmahnya. Tanpa tahun-tahun yang berlalu itu, saya mungkin tidak akan pernah mempunyai pengalaman industri, saya mungkin tidak akan pernah mengenali teman-teman rapat di PSDC yang saya anggap seperti keluarga sendiri, dan saya mungkin tidak akan pernah mempunyai pengetahuan yang cukup mendalam tentang industri perkhidmatan profesional. ALLAH biarkan saya melalui semua pengalaman itu sebelum memakbulkan doa saya kerana DIA tahu itu yang terbaik untuk saya.
  • Tanamkan sikap berbaik sangka sesama manusia. Setiap manusia boleh berubah. Seseorang yang kita lihat buruk perilakunya pada hari ini mungkin boleh jadi lebih baik daripada kita di kemudian hari.
Saya pernah mengenali seseorang di YM yang membuatkan saya sangat tertarik kepadanya (bukan kerana rupanya, tetapi kerana keceriaannya). Disebabkan perasaan ingin tahu yang tinggi dan ingatan untuk berhati-hati dengan insan-insan yang dikenali di alam maya, saya bersama seorang rakan me'nyekodeng' myspace nya. Saya sangat terkejut dan belajar untuk mengawal hati pada waktu itu. Rakan-rakannya, bahasanya, gambar-gambarnya di myspace itu membuatkan saya mengucap panjang dan terus membatalkan hasrat untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Tetapi Alhamdulillah, hari ini dia sudah berubah. Sudah tiada kata-kata ganas dan kesat lagi, sudah rajin mendekatkan diri pada ALLAH, sudah tidak tinggal puasa lagi, dan insya-ALLAH akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis yang sederhana dan bertudung tidak lama lagi. Apa yang berlaku ini benar-benar membuatkan saya menginsafi diri. Sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH. Saya tidak punya apa-apa hak untuk menilai baik buruknya manusia.
  • Berkawanlah dengan semua orang, kerana sesungguhnya ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripada setiap orang yang kita kenali.
Saya mengaku dahulunya saya seorang yang agak memilih kawan. Kawan-kawan saya adalah yang sejenis dengan saya. Tetapi kemudiannya saya menyedari tidak semua orang yang pakai skirt pendek itu, yang rambut blond itu, yang berbaju sendat itu tidak baik. Saya pernah mengenali seseorang yang berpakaian dedah-dedah sebegitu (sekarang tidak lagi) dengan sangat rapat. Dia berkahwin dan kemudiannya menghadapi masalah rumah tangga yang sangat mencabar. Tetapi kesabaran, kekuatan dan keredhaannya dalam menghadapi kemelut itu cukup hebat sehingga saya percaya belum tentu saya temui di dalam 50 wanita bertudung labuh, ada seorang yang mempunyai kesabaran sehebatnya. Dari dia saya belajar bahawa pakaian kita bukan 100% menentukan sifat sebenar kita.
  • Ibu bapa adalah harta paling berharga yang ALLAH berikan kepada kita. Walaupun kita kehilangan seluruh kasih sayang di atas muka bumi ini, kasih sayang ibu bapa akan sentiasa bersama kita, walau di mana pun kita berada.
Saya hanya mempunyai dua orang adik beradik. Mungkin kerana jumlah anak yang kecil ini, ibu bapa saya sentiasa mahu tahu di mana saya berada, pukul berapa saya tiba di rumah dan mengapa saya pulang lewat dari kerja. Ada suatu ketika saya merasakan kenapa pada umur yang begini saya masih perlu melaporkan semua itu. Tetapi kemudiannya saya sedar, kasih sayanglah yang membuatkan mereka sangat mengambil berat tentang saya. Kasih sayang mereka terlalu ikhlas untuk dipersoalkan. Walaupun mungkin tiada orang lain yang mahu mengingati saya, tetapi mereka tanpa gagal akan sentiasa mengingati dan menghubungi saya setiap hari. (ini kes terbalik, bukan anak telefon mak ayah, mak ayah yang telefon anak setiap hari)
  • Cuba elakkan daripada mencampur adukkan hubungan persahabatan dan kekeluargaan dengan wang ringgit.
Hubungan persahabatan yang harmoni boleh jadi beku hanya kerana wang ringgit. Apabila kita redha untuk meminjamkan wang kepada sahabat atau ahli keluarga, sematkan di dalam hati bahawa kita mungkin tidak akan mendapat wang kita kembali dan kita mesti rela untuk menghalalkannya. Ini yang selalu saya tanam dalam hati, dan selalu berjaya menyelamatkan sesuatu hubungan, andai jumlah yang dipinjamkan kecil. Kalau banyak 'tak dapek den nak nolong'. 
  • Keislaman kita bukan hanya terletak kepada solat 5 waktu tak tinggal, mengaji Al-Quran setiap hari, bertudung dan berpuasa di bulan Ramadhan semata-mata. Penghayatan dan kefahaman kita tentang intipati agama itu, dan kesedaran kita tentang mengapa kita perlu melakukan itu dan ini, dan mengapa dilarang mengerjakan itu dan ini adalah sangat penting di dalam menyelamatkan akidah kita.
Aishah Bukhari yang dikatakan murtad pada tahun 1997 adalah seorang yang bertudung, hafal surah Yaasin dan beberapa surah yang lain, solat tidak tinggal dan mengikuti kumpulan dakwah ketika belajar di ITM. Persoalannya bagaimana dia boleh murtad? Nauzubillah min zalik. Sungguh saya takut untuk berlebih-lebihan mengomen dalam bab ini. Sama-samalah kita menghayati Islam yang sebenar-benarnya, menyedari bahawa sesungguhnya Allah itulah pemilik segala-galanya dan mempercayai dengan hati, jiwa dan raga bahawa hidup kita bukan setakat di sini, tetapi ada akhirat yang lebih kekal dan abadi.
Amalkanlah doa ini, semoga hidup dan mati kita kekal di dalam Islam.
'rabbana la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana wahab lana min ladunka rahmah, innaka antal wahab'
'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau, Kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (Kurnia). -al-Imran; 8-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...