Popia kentang ni memang makanan yang sangat mudah dibuat. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk. Petang-petang boleh goreng makan ramai-ramai. ;-) Macam biasa resepi simpan sini supaya bila nak buat nanti tak perlu kena bebel dengan mak. ;-)
Gambar takde.
Gambar ni dengan rendah hati pinjam dari masmohdrazi.blogspot.com
Bahan-Bahan:
10 biji kentang
1 paket kulit popia
4 biji bawang besar
2 biji telur
Garam secukup rasa
Lada putih secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Cara-cara:
1. Rebus kentang, bawang besar dan garam sehingga empuk
2. Masukkan telur mentah ke dalam bahan yang direbus (panas-panas sebaik sahaja keluar dari periuk, telur akan masak sendiri).
3. Masukkan lada putih dan lada hitam, kemudian lenyek.
4. Kepalkan dan masukkan dalam kulit popia, kemudian lipat.
5. Goreng.
Sedap dimakan begitu saja, atau bersama sos lada hitam. :-)