Saturday, April 19, 2014

Cuti-Cuti Pulau Pangkor

Dua minggu lepas, mengambil sempena cuti pertengahan semester (lebih-lebih plak, macam dia yang student) saya telah memaksa Halim untuk ke Pangkor. Macam biasa, percutian yang tak dirancang memang selalu jadi bukan-bukan, tapi itu yang best nak dibuat bahan ketawa (yang plan baik punya pun jadi bukan-bukan ni plak yang pakai redah).

Kami bertolak dari Meru lebih kurang pukul 5 petang. Gigih nak berjalan punya pasal sedangkan saya ada appoinment dengan student pukul 2 petang dan Eyma balik keje pukul 4 petang. Tak tengok kanan kiri, lepas solat asar kami pun bertolak dengan senyuman. Disebabkan saya ni kaki checklist, asal nak pergi mana-mana yang bermalam mesti sedia dengan checklist, tapi kelam kabut punya pasal, barang pun pakai sumbat-sumbat, dah tengah jalan baru teringat power bank tertinggal kat ofis. Sempat singgah Petronas beli kabel (tu pun untung Halim ada in-car charger).

Eyma kata feri terakhir dari Jeti Lumut ke Pangkor pukul 8.30 malam. Disebabkan rasa macam malas nak terkejar-kejar, kami amik keputusan untuk bersantai-santai di perjalanan dan menikmati pemandangan (eceh, malam-malam nampak apa?). Akibat nak bersantai-santai punya pasal, tambah pulak dengan hujan sepanjang perjalanan, pukul 9 lebih baru kami sampai Lumut. Tanpa survey-survey, kami masuk sebuah hotel, betul-betul berdepan dengan jeti dan tanya harga. RM169 satu malam. Lepas decide nak amik bilik tu tiba-tiba terasa confuse kenapa ada dua harga. Standard room RM89 dan satu lagi RM169 standard room juga tapi seaview. Yang murah dah penuh, jadi terpaksa ambil yang mahal sambil saya gelak-gelak tanya Halim 'nak seaview menda malam-malam?'. Masuk-masuk bilik tu benda pertama yang menyapa kami adalah encik lipas. Bukan sekor, tapi berekor-ekor. Bila kami nak keluar makan, tarik pintu, rupa-rupanya tak boleh kunci. Saya turun jumpa receptionist, dan dia pindahkan kami ke bilik sebelah. Sekali lagi, encik lipas tersenyum tengok kami. Malas nak bising-bising buat spoil mood, kami minta Ridsect dan jadi cockroach hunter kejap sebelum pergi makan. Mungkin sebab hujan, Lumut agak sepi di malam hari.

Seaview pukul 6 lebih. Jadilah. Mahal ooo nak dapat view ni. ;p

Esok paginya, pukul 5 pagi kami dikejutkan dengan Mat-Mat Rempit yang berbahagia merempit sambil ketawa depan hotel. Tak sanggup nak tahan telinga punya pasal, kami bangun bersiap dan check out dalam pukul 7 (nampak sangat bersiap sambil bersantai-santai). Feri paling awal dari Jeti Lumut pukul 7 pagi, tapi kami dapat feri pukul 7.30am. Di jeti ni ada makcik-makcik menyapa tanya perlukan khidmat kereta sewa atau tak, jadi kami ambil keputusan untuk dapatkan kereta sewa terus dari sini. Nak amik motor pun bole, satu motor RM30, kereta sebuah RM70, beza RM10 je... 


Perjalanan mengambil masa dalam setengah jam, sampai Pangkor tuan punya kereta sewa tak muncul lagi, jadi kami sempat merayau-rayau area jeti, dan sempat berkenalan dengan sorang uncle yang kagum dengan GoPro dan monopod Halim (entah kenapa lepas tu asik terserempak dengan uncle tu sepanjang kami berjalan. hihi).

ini kenderaan awam Pangkor.

Sangat kelakar bila kereta sampai kami sempat ketawa sakit perut dulu tengok keadaan kereta tersebut. Kemik sana sini. Haha.... Teringat cerita sewa Iswara pintu tak boleh buka di Langkawi. Yang ni siap cermin tingkap pemandu tercabut, nasib baik boleh pasang balik.


Belakang kereta tu kelihatan sebuah gerai kecil, kami breakfast di situ dan baru tau nasi lemak Pangkor berlaukkan ikan. Disebabkan saya bukan pemakan ikan, dia bagi sambal ikan bilis dengan telur mata (hihi, ikan juga tu walaupun kecik).

Lepas sarapan, kami mula pusing-pusing suka hati. Disebabkan Halim selalu ke Pangkor dulu atas urusan kerja, dia bawa kami pusing satu pulau, sampai tempat pelupusan sampah ditunjukkan pada kami. Sabar je la. Dan disebabkan Halim agak gila bergambar (taknak ngaku saya pun sama, hihi), asal jumpa view cantik je kami berentikan kereta walaupun kat belakang rumah orang.

ni belakang rumah orang.

Pangkor ada banyak menara pandang jauh yang boleh nampak view jauh ke bawah macam ni.

yang ni di Teluk Kemang. Tangganya agak menggayatkan, tapi sebab tak tahan kena paksa saya naik juga. Huhu..

Ini tapak warisan sejarah, Kota Belanda. Dulu sebelum jejak Pangkor mati-mati saya ingat ni replika Tembok Besar Cina. ;p (gamba keseluruhan penuh muka kami, tak sanggup nak upload)

Tak jauh dari Kota Belanda, ada Batu Bersejarah ni. Gigih cari mana cerita sejarahnya tapi tak jumpa.

Ini view belakang Batu Bersejarah. Cantik kan?

Lepas pusing-pusing merata, kalau nak pergi melawat Kilang Sate Ikan/ Sotong pun bole (tapi kami tak pergi), akhirnya kami tiba di satu kawasan (tak tau nama, ya ampun), yang ada banyak gerai dan boleh dapat pakej Island Hoping, Snorkeling dan segala macam aktiviti laut dengan mudah.

Kat area ni sebelah kiri ye. Nak membeli belah pun boleh kalau suka.

Disebabkan saya agak tak suka untuk memasukkan diri ke dalam air di khalayak ramai (Halim kata kera sumbang. hihi), maka kami ambil pakej Island Hopping plus Snorkeling. Sorang RM20. Sewa goggle RM5 sebuah, kalau hilang kena bayar balik standard RM120. Hati-hati menggunakan goggle jangan sampai tertinggal beberapa minit sebab kemungkinan akan hilang adalah tinggi. Hihi, saya cakap sebab kami punya hilang satu, dan pakcik tu dengan rasa bersalah minta bayar balik RM80.

Agak crowded sebenarnya tempat snorkeling ni, yang mana Halim kata tak berbaloi. Air keruh. Sekian lama jadi ikan duyung cuma nampak sekor je Nemo.

Lepas snorkeling baru dia bawa pusing-pusing pulau kat situ, cantik, tapi tak singgah pun.

Pemandangan yang cantik ni diambil sambil menikmati air kelapa di pantai tempat kami dapatkan pakej Island Hopping tadi.

Lepas makan, tak tau nak buat apa dah, kami pusing-pusing lagi tiba-tiba jumpa jeti balik. Secara rasminya pukul 2 lebih kami dah keluar dari Pangkor. Ya Ampun, kecilnya pulau ni. Sesuai untuk percutian sehari dan tidak dirancang macam kami ni. Kalau lama-lama rasanya tak tau nak buat apa dalam tu.

Keluar dari Pangkor, sebab masih awal, kami sempat cari makanan-makanan laut sikit di Lumut untuk dibawa pulang. Menurut Eyma, di Lumut ni lagi murah dari dalam Pulau. Jadi memang tak tengok langsung ikan bilis dan sebagainya sepanjang kat Pulau.

Lepas solat jamak dan qasar, kami pulang ke Meru lalu jalan dalam sebab sengaja nak menikmati pemandangan sawah padi di Sabak Bernam. Lawaknya entah macamana terlepas Sabak Bernam dan Sungai Besar, last-last berenti di Sekinchan ambil gambar. Sawah padi di Sekinchan ni secara amnya dimiliki majoriti Cina. Jadi suasananya pun sedikit berlainan dari sawah padi Melayu.


Bangunan kat tengah sawah tu adalah untuk dapatkan sarang burung layang-layang. Pemandangan yang saya tak nampak di sawah padi orang Melayu. Mau kaya yang amat tuan punya sawah ni. Berpuluh ribu tu harga sarang burung.

Cantik kan? Cantik kan?
Kat sini juga first time nampak bangsa lain dating tepi sawah dan bawa motor sebelah-sebelah sambil bergossip (hihi, sebab tu saya lagi suka berjalan tengok orang dari shopping, seronok tengok cara hidup orang lain).

Ok dah, babai. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...