Wednesday, October 23, 2013

Muka Pandai

Amaran
Ini post mengarut dan membuang masa pembaca dan pencerita. Sila berhenti dari membaca kalau anda tak ada banyak masa untuk dipoya-poyakan. 

Allah ciptakan manusia dengan pelbagai bentuk, rupa dan warna kulit. Walaupun secara amnya kebanyakan orang ada dua kaki, dua tangan, dua mata, dua lubang hidung, dua telinga dan satu mulut, tapi hasil akhirnya rupa seorang dari seorang yang lain adalah berbeza. Untuk lagi berbeza, kulit manusia juga lain-lain, ada putih melepak, kuning langsat macam buah langsat, hitam manis si tampuk manggis, sawo matang macam buah sawo, juga gelap gelita tapi hati baik (hehe...). Selain itu, rambut manusia juga lain-lain ada kerinting macam Pua Chu Kang, lurus licin macam iklan Rejoice guna jari pun boleh, dan ikal mayang macam rambut saya yang cantik (perasantan!).. Di sebalik wajah yang berbeza-beza ini, disebabkan pengaruh iklan atau mungkin cakap-cakap orang, atau mungkin pemerhatian sendiri, manusia suka membuat kesimpulan pada karakter orang lain hanya berdasarkan rupa yang dilihat (first impression) tanpa terlebih dahulu mengenali individu tersebut. Ada manusia nampak orang pakai spek tu macam pandai, orang mata kuyu suka tidurdan orang ada misai macam miang (bukan saya kata ye, saya sampaikan je...). 

pinjam image encik google

Zaman saya sekolah rendah dulu, sekolah kami takde beza pandai tak pandai ikut kelas macam sekolah zaman sekarang. Bila saya masuk Tahun 5, tiba-tiba sekolah dah jadi bijak kononnya, lalu mengklasifikasikan pelajar mengikut kepandaian atas kertas. Bila sekolah buat sistem macam ni baru saya tiba-tiba tahu yang saya takdelah tak pandai sangat sebab tanpa sogok duit bawah meja pada cikgu saya dapat masuk kelas nombor dua. Waktu periksa pertengahan tahun, saya dapat nombor 3 daripada 40++ pelajar (nombor 3 je pun...). Tiba-tiba satu hari ada seorang kawan perempuan yang tak rapat mana dengan saya tiba-tiba datang dekat dan beritahu:
"mula-mula masuk kelas ni dulu aku ingat ko bodoh, macamana la boleh masuk kelas pandai, rupa-rupanya sekarang baru aku tau ko pandai"
See, see, apa kataku tadi? Manusia suka menilai orang lain berdasarkan rupa kan? dan sah-sah seperti kata kawan tu tadi, muka saya muka tak pandai... (sampai ati... haha)

Waktu saya sekolah menengah, saya agak aktif dengan kokurikulum dan masuk segala macam persatuan  dan kelab (sebab tu SPM saya hancur sebab sibuk berpersatuan macam datin-datin). Saya juga adalah setiausaha Badan Pengawas sekolah dan selalu menjadi fasilitator untuk program motivasi  di sekolah. Satu hari sewaktu menjadi fasilitator untuk program motivasi pengawas (bukan mawas ye..), saya meminta para peserta untuk memberi penilaian kepada kami the so called facilitator. Sewaktu membaca komen-komen yang ditulis ahli kumpulan saya untuk saya (apa da ayat belit-belit), saya mendapat beberapa komen berbunyi seperti ini:
"fasi periang, cantik dan baik"
Hahaha..... yang ini bukan first impression. Manusia boleh bertukar pandangan selepas mengenali seseorang. Individu yang muka tak pandai macam saya pun boleh kelihatan cantik kalau dia periang dan baik... kiki...



Apabila tamat sekolah menengah, saya melanjutkan pengajian ke peringkat diploma (SPM hancur, sebab tu tak dapat matriks.. haha). Disebabkan saya konon-konon dah insaf dengan kemalasan zaman sekolah menengah, saya belajar rajin-rajin dan selalu mendapat Dean's List. Satu hari waktu mengadap cermin pakai tudung nak pergi pasar malam Alor Gajah yang roti John dia sangat sedap, seorang kawan yang sedang duduk di kerusi memerhatikan saya, berkata begini pada kawan-kawan lain:
"Aku kan first jumpa Siti dah boleh agak dia pandai. Gaya dia memang macam budak pandai" 
Kahkahkah... yang ni dah tak dapat nak gelak sopan santun sebab sungguh tak logik. Setelah berkawan dan mengenali seseorang, manusia mudah dikaburi dengan perwatakan orang tersebut sehingga dia mungkin melupakan first impression-nya lalu mengatakan pandangannya hari ini pada orang tersebut memang telah wujud sejak azali.

Kesimpulannya, saya lapar tapi malas nak pergi beli makanan. Manusia yang lapar memang suka menulis mengarut-ngarut. Jadi sila abaikan saya. ;-)

mi jawa Sarawak yang nampak sedap sebab kebulur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...