Adakalanya kita terlalu seronok bercakap sehingga kita terlupa memikirkan perasaan orang yang mendengarnya. Adakalanya kita merasakan kita punya ilmu setinggi langit tanpa kita sedar di atas sana ada yang Maha Bijaksana yang memberikan ilmu itu kepada kita, yang kalau tanpa izinnya ilmu kita yang setinggi langit itu boleh jatuh terperosok ke tanah, tidak ingin dikais ayam, tidak mahu disudu itik, kerana hilang kehormatannya.
Astaghfirullah-al-azim.Beristighfarlah sebelum menghentam orang. Berkongsilah buah fikiran dengan hikmah.
Apa yang menyenangkan hati kita belum tentu menyenangkan hati orang lain. Kita jua punya kelemahan. Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Maka janganlah berkata yang menyakitkan seolah-olah hanya kita seorang yang tahu segalanya di atas muka bumi ini.
Adakalanya kita perlu belajar untuk menekan butang 'pause' dan berhenti bercakap dari menyakitkan hati orang. Sesungguhnya diam itu ibadah.