Ini adalah sambungan dari sedikit info ringkas yang saya catatkan di
bahagian 1.
Kami ke Sabah.
Jalan-jalan menghabiskan duit.
Eh, bukan.
Saya pergi menunaikan janji pada Encik suami untuk jalan-jalan jauh sikit lepas defends.
Kesian dia asyik kena tinggal isteri memerap di bilik PhD pagi, petang, siang, malam, hujung minggu dan hari biasa.
Kebetulan Air Asia sedang buat promo.
Dan harga tiket pulang campur luggage lebih kurang Malindo, jadi kami balik dengan Malindo.
Saja nak test.
Oh by the way, pizza yang Malindo bagi dalam flight sangat sedap.
Hingga menjilat jari.
Hari Pertama
Pagi tu tiba di KLIA2 rupa-rupanya flight delay.
Dari jam 7.50am, bertukar ke jam 8.30am.
Oh, tidak mengapa, lepas check in luggage dan solat Subuh, kami cari breakfast.
Pagi-pagi buta makan KFC.
Baru tau KFC ada bubur ayam pagi-pagi.
Malas nak layan sejuk aircond, kami duduk di kawasan open air luar KFC.
Dan, wow, subhanallah.
Boleh nampak matahari terbit dari situ.
Terus rasa tak senang duduk.
Bubur KFC tu dah tak menarik lagi dah.
Kami tiba di Kota Kinabalu jam 11.00am.
Lepas proses imigresen semua, jumpa wakil
Daeng Rent Car di airport.
Senang berurusan dengan syarikat ni.
Urusan tempahan semuanya online.
Mula-mula saya book Viva, tapi sampai airport dia hantar Axia, kondisi Viva tak berapa bagus katanya.
Tapi dia tak charge harga Axia, cuma mark up dalam RM3 sehari dari harga Viva.
Jadi kira ok lah.
Lagi pun Axia lagi selesa untuk naik Kundasang berbanding Viva.
Walaupun saya confident je masa book tu sebab pernah baca orang naik Kundasang guna Kancil lama. Haha..
Lepas isi minyak, dan isi perut Encik Suami dengan burger, kami bertolak ke Kundasang.
Sambil-sambil mata melilau kiri kanan jalan cari kedai aksesori kereta nak beli in-car charger.
Tapi tak jumpa.
Nasib baik bawak power bank sampai tiga, almaklumlah, kami bukan tau jalan.
Bergantung sepenuhnya pada Google Map.
Dalam perjalanan singgah sekejap di Pekan Nabalu.
Banyak kedai cenderahati.
Tapi tak nampak apa-apa yang menarik.
Sempat beli penggaru rotan.
Saya pun tak taulah suamiku ni.
Pergi mana-mana pun asyik beli penggaru badan.
Kena sumpahan penggaru ke apa.
Orang kata nenas Pekan Nabalu ni sedap.
Jadi kami beli juga.
Bolehlah, juicy.. tapi ada masam-masam sikit.
Niat di hati nak makan tengahari, tapi nampak banyak anjing berkeliaran.
Tak jadi makan.
Kami teruskan perjalanan ke Kinabalu Park.
Jalan berkabus.
Jarak penglihatan terhad.
Sampai Kinabalu Park konon-konon nak ke Timpohon Gate - tempat permulaan untuk mendaki Gunung Kinabalu..
Tapi saya tergoda tengok signboard Botanical Garden.
Jadi kami singgah dulu di Taman Botani.
Secara jujurnya takde apa yang menarik sangat kalau kita masuk menonong.
Periuk kera pun tak jumpa.
Orkid pun tak banyak yang berbunga.
Ramai pelancong luar hire tourist guide.
Sesekali bila terserempak kami pasang telinga.
Oh menarik, banyak dia explain tentang pokok-pokok hutan tu dan kegunaannya.
Siap pokok untuk merancang keluarga pun ada.
Tak payah pakai pil perancang. 😊
Kami ingatkan baru lepas hujan di situ.
Laluan Taman Botani tu lembab semacam.
Bila nak keluar tu kami tanya abang penjaga tiket.
Dia kata bukan hujan, memang sepanjang tahun macam tu.
Kawasan tu lembab berkabus, sebab tu nampak macam baru lepas hujan.
Benar bagai dikata, tengah sedap-sedap makan Maggi, minum teh tarik kat kedai luar Botanical Garden tu, tiba-tiba kabus tebal datang.
Tebal setebalnya.
Tebal sungguh.
Teh tarik tiba-tiba sejuk kena kabus. Haha..
Saya ni dok bebel nak hujanlah.
Kabuslah kata Encik Suami.
Bukan, nak hujan.
Tapi nak pergi Timpohon Gate.
Dalam perjalanan ke Timpohon Gate tiba-tiba hujan.
Lebat pulak tu.
Cancellah, esok kita singgah lagi kata Encik Suami.
Tiba-tiba keluar dari Kinabalu Park cuaca terang-benderang.
Jalanraya tak basah pun.
Hujan dalam tu je.
Masya-Allah, kuasa Allah.
Jadi kami teruskan perjalanan ke tempat penginapan.
Sambil Encik Suami terkinja-kinja nak berhenti tengok pemandangan kiri-kanan jalan.
Sempat juga berhenti ambil gambar.
Langit agak mendung.
Gambar tak berapa cantik.
Tapi tengok betul-betul tetap mengujakan.
Kami tiba di Nabalu Kundasang Lodge lebih kurang jam 4.00pm.
Senang je nak jumpa Lodge ni sebab tepi jalan.
Bilik luas dan bersih.
Katanya betul-betul menghadap puncak Gunung Kinabalu.
Tapi petang tu tak nampak pun gunung.
Harga bilik ni sebenar RM250.
Tapi kami dapat RM190/nett termasuk sarapan melalui Expedia.
Mula-mula cuak sebab Expedia tak hantar pun confirmation e-mail.
Tapi saya sempat screenshot semua detail masa buat tempahan.
Jadi boleh check status tempahan melalui website Expedia.
Sehari sebelum check in saya call juga, cuma nak pastikan tempahan berjaya, dan nak bagitau kami mungkin tiba lambat.
Petang tu lepas solat dan berehat-rehat seketika saya ajak suami ke Kiram's Village.
Saja nak tengok sebab katanya cantik sangat sampai viral.
Untuk peminat bunga memang sangat mengujakan.
Rasa macam dalam taman bunga yang memang banyak bunga (apa punya ayat ni?).
Saya panik seketika tak tau bunga mana nak diambil gambar.
Suamiku malas layan, dia perati je dari jauh isteri dia teruja sorang-sorang.
Macam ni punya orang pun ada, dia kata.
Haha...
Tetiba pekerja Kiram tu balik angkut-angkut barang naik Hilux.
Segan pulak den.
Terus pura-pura mengundur diri.
By the way, kalau ada yang nak duduk Kiram ni tapi penuh, cuba call chalet kat depan dia, Alpine D'Bayu Residence (014-6720324), boleh jugaklah ambik feeling bunga-bunga Kiram ni.
Gitu sekali terujanyaku terhadap Kiram sampai tolong promote chalet sebelah.
Kiram ni saya tak jumpa nombor telefon sebab dia tak cacak papan tanda letak nombor telefon depan chalet macam Si Alpine tu. Haha..
Keluar dari Kiram's Village, saya minta suami ke arah lain, sebab nampak macam ada pemandangan cantik.
Rupa-rupanya padang golf.
Tiba-tiba Google Map tukar arah ikut jalan yang kami masuk.
Jadi kami layankan je.
Entah mana dia pergi, jumpa jambatan, jumpa H Benjamin Residence, tetiba nampak puncak gunung Kinabalu malu-malu kucing mengintai dari celah awan.
Wow, terus suamiku terkinja-kinja nak merayau ke situ lagi esok pagi.
Jalan punya jalan tiba-tiba Google Map soh masuk laluan kecik macam untuk motor.
Terus takut.
Dah Maghrib pulak tu.
Kelam-kabut patah balik ke Kundasang.
Sempat singgah isi minyak bagi penuh tank, takut esok tak jumpa stesyen minyak nak jalan jauh.
Lepas tu makan kepak ayam yang boleh tahan sedap.
Dan makan nasi goreng cili padi di Intan's Cafe & Restaurant.
Makanan kat sini macam agak kurang pedas.
Ada sekumpulan gadis-gadis depan kami minta cili potong kakak kedai tu tak faham, last-last dia kata takde.
Lain kali mungkin kena sebut nak minta cili api je kot baru dia faham.
Haha..
Hari Kedua
Subuh masuk jam 4.50am.
Lepas siap-siap solat dan sebagainya, jam 5.30am saya buka langsir dan nampak puncak Kinabalu depan mata.
Terus jerit-jerit bagitau suami yang baru nak tidur-tidur ayam lepas Subuh.
Apalagi, melompat dia dari katil, siap-siap, dan kami terus keluar.
Jam 5.40am, dari tempat letak kereta Puteri Nabalu (nama restoran tempat penginapan kami).
Tempat ni lah yang kami tuju.
Berdekatan dengan padang golf yang kami jumpa semalam.
Yang ni kat tepi jalan yang sama.
Punyalah lama kami kat sini bergambar.
Kebetulan pagi tu tak banyak kenderaan lalu lagi.
Kalau ada pun dua tiga orang jogging yang lalu lalang tersenyum tengok kami.
Apa lagi, dunia ini ana yang punyalah.
Sungai ni arah ke H Benjamin Residence.
Ada jambatan satu laluan atas sungai ni.
Jadi kena amik giliran untuk kenderaan lalu.
Lepas H Benjamin Residence, belok kanan dan akan jumpa Pusat Latihan Islam Kundasang.
Gambar ni diambil betul-betul depan Pusat Latihan tu.
Sebelah kanan boleh nampak puncak Kinabalu yang berdiri gagah.
Subhanallah, Masya-Allah, cantik yang amat.
Ini bunga pokok lobak putih yang ditanam depan rumah orang dalam gambar atas.
Jam 8.00am kami dah terpacak depan Desa Cattle Dairy Farm.
Ingatkan kami yang terawal, rupanya dah berderet-deret kereta sampai dulu.
Waktu kami tiba di kawasan yang berkabus dalam gambar atas tu masih nampak puncak Kinabalu.
Dalam pukul 9 dah tertutup dah.
Agak kecewa sebab lembu yang bersepah-sepah meragut rumput ni agak jauh untuk ditangkap oleh lensa kamera bukan DSLR kami.
Sambil-sambil minum air susu lembu segar, makan yogurt dan aiskrim di sini, boleh tengok susu lembu diperah.
Boleh juga bagi anak lembu ni makan rumput.
Segenggam rumput seringgit.
Balik dari Desa Cattle singgah seketika di Pasar Kundasang.
Gigih sebab saya nak beli Avocado.
Tapi yang saya jumpa cuma avocado cheese, yang rasanya agak pelik.
Bawak balik KL istighfar mak mertuaku makan buah rasa gitu. Haha..
Mahal juga avocado cheese ni, sekilo RM15.
Oh, kami beli madu lebah hutan juga di sini.
Satu botol RM20.
Memang betul-betul pure punya.
Pekat dan menyengat.
Jam 10 kami tiba di Puteri Nabalu.
Nak breakfast rasa ragu-ragu sebab semalam masa check in staf dia bagitau breakfast dari jam 7.00am sampai 9.00am.
Tapi kami pura-pura tanya.
Rupanya ada lagi.
Breakfast dia bukan style buffet.
Bila kita order baru dia masak.
Punyalah banyak portion dia, sampai kekenyangan tak habis-habis.
Jam 12.00 tengahari kami bertolak ke Kudat.
Sebenarnya banyak lagi tempat boleh dilawati di Kundasang, tapi sebab saya memang nak juga menjejak Kudat, saya abaikan je tempat-tempat lain tu.
Lagi pun sesetengah tempat tu saya dah pergi dulu.
Hujan turun agak lebat dalam perjalanan ke Kudat.
Saya pun agak ragu-ragu sama ada patut teruskan perjalanan ke tak.
Tapi Encik Suami layankan je memandu.
Dalam perjalanan nampak sungai cantik dengan air berwarna hijau macam kat Kashmir.
Ya ampun menjerit-jerit ku dalam kereta.
Malangnya hujan.
Huhu..
Banyak juga sawah padi berlatar belakangkan gunung-ganang yang memang menggoda untuk ambil gambar.
Tapi hujan kak, nak buat macamana..
Kami tiba di Bavanggazo Village menghampiri jam 3.00 petang.
Tempat ni adalah perkampungan rumah panjang Suku Rungus.
Ada pelajar sekolah sambut kami dan beri penerangan tentang apa yang ada dalam rumah tu.
Ada juga tempat jual cenderahati.
Sesetengah barang kat sini lebih murah dari KK.
Yang bestnya sebab kita beli terus dari makcik yang buat cenderahati tu dengan tangan, bukan mesin.
Dan makcik tu pun sporting je.
Kami siap pinjam topi dia pergi posing depan rumah panjang.
Jam 4.20pm kami tiba di Tanjung Simpang Mengayau - Tip of Borneo.
Awan agak tebal, gelap, jadi gambar pun kelabu asap.
Ni lah tanah paling hujungnya.
Tempat pertemuan Laut Cina Selatan dan Laut Sulu.
Air jernih, nampak karang-karang di bawah.
Ikutkan hati saya nak turun ke bawah, tapi sebab kena jegil dengan suami terusku jadi sopan, walaupun dah turun separuh.
Ni Pantai Kalampunian, dekat dengan Tip of Borneo.
Masa ni dah pukul 5 lebih.
Kami solat pun belum.
Ada satu surau berdekatan dengan pantai ni.
Tapi air takde.
Tengok-tengok kat belakang ada tong tadah air hujan.
Kami ambil wudhu dan solat.
Pelik surau ni.
Siling runtuh, sampah, ranting kayu, najis cicak bertaburan kotor kat lantai.
Nampak macam takde orang guna.
Tapi sejadah banyak terbentang, dan bersih macam selalu digunakan.
Siap ada tasbih lagi terletak.
Haish, otak dah menerawang fikir bukan-bukan.
Ingat ni cerita Misteri Nusantara ke apa?
Jam 7.00 lebih kami tiba di Pekan Kudat nak isi minyak.
Ada lagi 3 jam perjalanan nak ke Kota Kinabalu.
Hotel dah booked.
Tapi kami kelaparan dan kepenatan.
Tak tau nak makan kat mana.
Tengok ada blog suggest Restoran Kampung Kelapa.
Tengok signboard ada tulisan Cina, konfius seketika.
Tengok pekerja pakai tudung.
Pelanggan pakai tudung.
Haish, konfius betullah Sabah ni.
Kami sedapkan hati masuk, dan order semua seafood.
Masakan dia ok-ok saja.
Nak kata sedap sangat pun tak.
Lagi pun saya dah sakit perut masuk angin.
Tak berapa lalu sangat nak makan dah.
Malam tu kami check in di Kinabalu Daya Hotel, KK lebih kurang jam 10.30pm.
Walaupun sebelum ni saya baca blog ada je orang lain yang ke Kudat dari Kundasang dan balik semula hari yang sama, tapi bila dah lalui rasa macam kerja gila pun ye.
Jangan bayangkan jalan ke Kudat tu macam highway PLUS ye.
Jalan kecil, muat-muat kenderaan.
Kena senggol sikit terbabaslah kau.
Berbukit-bukit, gelap tanpa lampu jalan.
Orang sana banyak guna 4WD, dan memotong tanpa belas kasihan terhadap masa depan.
Seram wei.
Hari Ketiga
Kami nak ke pulau awal pagi kononnya hari ni.
Tapi semalam punya penat tak hilang lagi.
Jam 8.30am kami turun sarapan di mamak bersebelahan hotel.
Lepas tu jalan kaki lebih kurang dalam 10 minit ke jeti di Jesselton Point.
Masuk-masuk tu ada dalam 10 kaunter, tak tau nak pergi yang mana.
Tengok ada orang kat kaunter panggil-panggil jadi kami pergi je kat dia.
Kaunter 9 ke 8 tak ingat, tapi nama dia Island Express (kat signboard dia Green Holiday kot).
Kecelaruan identitikah banyak-banyak nama ni?
Ikutkan harga tiket pergi dan balik untuk ke dua pulau sorang RM35, jadi kami berdua RM70.
Yuran terminal RM7.63, jadi kami berdua RM15.26 (kau tengah buat kelas ilmu hisabkah bah?) 😜.
Tapi dia bagi kami all in RM80 untuk dua orang.
Lepas tu dia bagi kami sewa 1 jaket keselamatan dan 2 snorkeling set RM15, walaupun sebenarnya setiap satu item tu RM10.
Ini pantai di Pulau Manukan.
Nak kata air dia jernih sangat pun tak, mungkin sebab kami datang dah dekat musim tengkujuh.
Ombak dia agak kuat, kata suami sebab bulan penuh, tengah bulan.
Saya iyakan je, sebab saya bukan peminat laut macam dia.
Saya ni dah lah gelap, laut-laut ni cuma makin menggelapkan kulitku.
(motif bebel sini?) 😆
Dari Manukan kami betolak ke Pulau Sapi jam 1.30pm.
Pulau Sapi lebih kecil tapi lebih cantik, lebih banyak ikan, dan lebih jernih.
Tapi yang tak bestnya kat sini snorkeling set saya hilang dihanyutkan air dan kena denda RM80.
Terus hilang mood nak ambil gambar.
Jam 3 petang bot tiba dan bawa kami pulang ke jeti.
Petang tu lepas solat, berehat, dan merayau seketika di Pasar Filipina dan Pasar Sinsuran, kami ke Pantai Tanjung Aru untuk tengok sunset.
Punyalah ramai orang dah macam pesta rupanya.
Dan punyalah perak saya ni tak pernah tengok matahari terbenam, mula-mula saya tengok ada je matahari tu.
Tiba-tiba saya tengok dia jatuh sikit, saya toleh cari suami yang pergi mana entah.
Tengok-tengok balik laju je matahari tu dah menjunam turun bawah.
Allahuakhbar, macam tu rupanya cara-cara matahari membenamkan diri.
Dah tua-tua baru tau. Haha.. 🙆
Dari Tanjung Aru kami ke Jalan Salut untuk makan lokan bakar dan puding kelapa.
Kat Jalan Salut ni ada banyak gerai jual benda yang sama.
Kami tak tau nak makan kat gerai yang mana.
Kami singgah je kat Gerai 1 Malaysia sebab tengok ramai orang.
Sedap yang amat lokan dan puding ni.
Mula-mula order RM10 takut tak kena selera, lepas tu order RM15 pulak.
Tapi kena bersabar nak makan, ada dalam setengah jam dia ambil masa nak bakar baru siap.
Disebabkan lokan bakar belum cukup mengenyangkan (tak baca bismillah ke apa?), kami ke gerai-gerai bersebelahan dengan Pasar Besar Kota Kinabalu untuk makan nasi dan seafood.
Sekali lagi tak tau nak makan kat gerai yang mana.
Tapi ada sorang adik tu beria promosi sampai kata kalau tak sedap tak payah bayar.
Jadi kami singgahkan kaki makan jenahak tiga rasa, udang butter, sayur campur dan nasi di Gerai Pulau Mabul.
Semuanya RM70.
Masakan dia sedap sebenarnya, tapi kurang kepedasan, yang mana membuatkan suamiku si hantu cili merasa terkilan. Kesian.
Balik dari makan kami cari Dobi Layan Diri dan jumpa di Kampung Air berdekatan dengan Pasar Malam Kampung Air.
Punyalah nak senang hidup balik KL tak payah fikir baju kotor menimbun, gigih pi basuh baju malam-malam.
Sambil-sambil tunggu kain siap dibasuh kami pergi berurut dekat makcik-pakcik tepi jalan kat Pasar Kampung Air tu.
Penat ooii tiga hari jalan tanpa henti. Haha...
Hari Keempat
Pagi-pagi bangun kami ke Tamu Gaya Street di belakang hotel.
Kinabalu Daya Hotel ni memang strategik sebab kami boleh jalan kaki ke kebanyakan tempat.
Disebabkan tak shopping lagi, dan kawan-kawan mengirim barang, jadi belilah apa adanya di sini.
Menarik juga pasar ni, macam-macam ada.
Kucing dan anjing pun ada jual kat pasar.
Lepas penat jalan kaki kami singgah kedai tepi jalan dan makan soto tapi rupa-rupanya bihun sup.
Nasib baik sedap.
Lepas tu jalan kaki lagi ke Waterfront, dan cari pasar basah nak beli udang sebab ada orang kirim juga.
Pasar ikan ni di belakang Pasar Besar Kota Kinabalu.
Ada perkhidmatan packing juga untuk kita bawa naik kapal terbang.
Kami janji dengan kedai ni untuk ambil barang yang dah dipack jam 1.00pm, tapi bila kami tiba jam 1.00pm lepas check out hotel, barang tak pack lagi.
Sambil-sambil tunggu udang siap packing, kami jalan kaki ke belakang dan jumpa bot tengah naikkan ikan.
Wah... kagum, besar yang amat ikan ni.
Fresh baru lepas pancing, tak kena air batu lagi.
Lepas ambil udang saya google-google tempat makan berdekatan airport dan makan tengahari di Restoran Prapheni Thai.
Boleh tahan jugalah makanan kat sini, standard masakan Thai.
Tapi paling penting jarak dia cuma 6 minit dari airport, jadi kami tak kelam-kabut.
Jam 3.00 petang kami bertolak ke airport, check in, dan berlepas pulang jam 5.10pm.
Apa pun, walaupun ni bukan kali pertama saya ke Sabah, Sabah tetap mengujakan.
Negerinya cantik, seafoodnya segar-segar, dan orangnya baik-baik.
Berkali-kali kami nak melintas jalan di KK akan ada kenderaan yang bagi laluan.
Sangat mengesankan.
Insya-Allah, panjang umur, ada rezeki kami datang lagi.
😍